DNCE LIVE IN KUALA LUMPUR UNTUK PERTAMA KALI PADA OGOS 2017
DNCE akan muncul buat
pertama kalinya di Malaysia pada Ogos depan dan dibawakan oleh Universal
Music Malaysia dan Wilbros yang merupakan kolaborasi
kali pertama kedua pihak ini untuk merealisasikan impian peminat-peminat
DNCE di Malaysia.
Universal Music Malaysia telah melancarkan
aktiviti yang dinamakan ‘stream to unlock’ sebagai salah satu
cara mendapatkan perhatian dan respon peminat di Malaysia. Para peminat harus
men’stream’kan album DNCE seberapa banyak yang boleh sebagai
tanda keinginan mereka untuk DNCE muncul di Malaysia. Para peminat malah telah
membuktikan kesungguhan mereka kerana kempen ini mendapat sambutan di luar
dugaan hanya dalam masa dua minggu dilancarkan.
Kumpulan pop rock kuartet ini telah
membawakan irama muzik mereka dengan campuran lagu-lagu yang menarik beserta
dengan persembahan yang hebat. Dianggotai oleh Joe
Jonas (dahulunya dari kumpulan Jonas
Brothers) dan ditubuhkan pada musim panas 2015, DNCE
menampilkan pemain gitar JinJoo Lee, pemain bass / keyboardist Cole
Whittle dan pemain drum, Jack Lawless, yang dilahirkan dari
perancangan lama Jonas untuk melancarkan projek yang diilhamkan oleh Earth,
Wind & Fire serta Hall & Oates.
Kumpulan DNCE mula
memperkenalkan diri mereka kepada penonton dunia melalui single debut mereka
yang bertajuk Cake By The Ocean yang telah meraih
platinum berkembar dan menjadikan mereka salah satu kumpulan terbaik pada tahun
2016. Single perdana tersebut telah berjaya menjadi hits di corong-corong radio
dan menjadi salah sebuah lagu yang paling banyak dimainkan. Hingga kini,
penggunaan lagu ini telah mencapai lebih enam juta.
Lagu-lagu seperti Tootbrush dan Body
Moves juga merupakan kombinasi tenaga remaja dengan bass yang groove
dan vokal yang sangat meyakinkan dalam album yang bertajuk DNCE yang telah pun
dilancarkan pada bulan November 2016. Album ini telah meraih
penjualan melebihi 8700 unit di Malaysia!
Nama yang diberikan kepada
grup ini iaitu DNCE mempunyai maksud yang mendalam dan memberi refleksi kepada
kesedaran diri. “Ia tidak sempurna, tidak lengkap tetapi tepat,” ujar Lee
tentang nama DNCE.
“Seseorang itu tidak perlu menjadi penari yang hebat. Mereka boleh menari semahunya dan dalam masa yang sama berseronok dengan tarian tersebut.Itu sebenarnya kecantikan di dalamnya,” sambung Lee secara filosofi tentang nama grup ini. Kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa DNCE membawakan satu ikatan kimia yang boleh dirasai dengan kuat dan ini yang dirasakan kelebihan untuk mereka berada dalam industri seni ini.
“Kami benar-benar ingin berasa seperti dalam sebuah parti,” kata Jonas.
Dengan kemunculan DNCE buat
kali pertama di Malaysia pada 8 Ogos ini,
Tiket berharga :
RM288 (PS2)
RM388 (PS1)
RM538 (VIP)
Pemegang tiket VIP akan diberikan
laluan masuk khas dan barangan istimewa.
0 Comments
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿