Salam kesayangan...


Terlebih dahulu nora mengucapkan syukur alhamdulillah kehadrat ilahi kerana sempurna sudah Majlis Pertunangan Nora dan Mr. Arrogant pada Hari Raya Ke- 4 bersamaan 28 Jun 2017 yang lalu.

PERTUNANGAN YANG TIDAK DIDUGA

Nora & Family
Untuk makluman semua, pertunangan ini bukanlah dirancang awal dan ini merupakan keputusan tanpa diduga yang dibuat oleh Mr. Arrogant. Syukur alhamdulillah akhirnya Allah membuka pintu hati dia untuk meminang Nora menjadi suri hati dia, syukur dan berterima kasih pada dia dan keluarganya kerana menerima Nora dan Zarra menjadi sebahagian dalam hidupnya dan diterima baik dari keluarga dia.

Bride to be
Tidak diduga kerana, dia tidak pernah menyatakan perasaan dia pada Nora dan tidak pernah melafazkan kata azimat cinta pada Nora. Haaaaa mau nora tak terkejut bila dia beritahu nak datang sekeluarga pada raya ke-4. Pada asalnya Nora tidak ambil kisah sebab saban tahun memang Mr.Arrogant datang beraya ke rumah tapi raya kali ini dia datang bersama keluarga. Ingatkan datang beraya sahaja rupanya ada hajat menyunting bunga di taman. Hahahha, lucu terkejut, rasa gembira nak menangis, hiba semua ada. Masa kata datang dengan hajat rasa nak melompat sampai call mak mengigil-ngigil. Syukur Ya Allah dengan lorongan jalan yang Kau berikan.

PENANTIAN BERAKHIR DENGAN JAWAPAN

Terjawab sudah segala persoalan
Alhamduilillah syukur akhirnya dia terbuka hati untuk berkahwin dan meminang diri Nora. Masa Mr.Arrogant sampaikan nak datang raya ke-4, merisik dan meminang, 1001 macam perasaan yang ada dalam diri ni. Yelahkan perkenalan kami dah terlalu lama, dari sebelum kahwin, nora kahwin dan bercerai. Tanpa diduga pertemuan kali kedua semasa zarra berumur 1 tahun 3 bulan. Sepanjang ukhwah itu berlangsung serous dia tidak pernah luahkan perasaan dia. Hubungan kami berlangsung macam tu sahaja tanpa apa² ikatan atau kata menyatakan bahawa kami couple atau special.

Makeup by Noradila
Disebabkan Nur Izarra Qistina, hubungan kami terus lebih rapat, sepanjang besarkan zarra Mr.Arrogant ada bersama, dari nora tak boleh handle zarra, sampaikan dialah pengganti untuk nasihatkan zarra. Rapat kerana zarra hanya dengar kata dia, zarra ikut kata dia dan everything is Aken.

Tiada kata mampu diucapkan melainkan kesyukuran

Haaaa macam mana panggilan aken kekal sampai sekarang? Asalnya sedari kecil bahasakan uncle tapi disebabkan zarra pelat dia panggil aken, dan kami pun gelarkan aken.

2013 sehingga kini, akhirnya dia terbuka hati untuk menerima kami anak beranak. Siapa tidak suka kan, segalanya untuk zarra sebab dia memang tak nak orang lain melainkan aken dia.

Busana by Guru Besar (Pn. Norlaily bt Md Yusoff)

MAJLIS PERTUNANGAN YANG SIMPLE
Cincin Tunang disarungkan ke Jari - Thank you Mak Long
Untuk Majlis Pertunangan ni, memang tidak dirancang. Ingatkan sekadar nak sarung cincin dan dalam fikiran nak pakai baju raya sahaja. Sekali Mr. Arrogant nak ada hantaran. That mean memang majlis pertunangan.

Terima Kasih Kak Ngah Sudi Menerima Nora & Zarra
Maka bermulalah episod mencari barang-barang untuk buat hantaran. Terus-terang Nora kata, memang Nora tak ada plan or idea hataran dari segi warna mahupun decoration. Sampai kedai barang hantaran ditemani dia dan zarra, Nora terus pilih bunga yang nora berkenan dan match kan dengan barang yang lain seperti riben dan paper.

Hantaran Coklat dari Pihak Perempuan
Settle satu part untuk hantaran jenuh pula nak pikir siapa nak tolong gubah dan siapkan semua hantaran. Slowly nora buat, senang kata main hantam saja asalkan jadi. Hantaran bertemakan Gothic color iaitu purple, black, grey and white. Pihak perempuan 7 dulang dan pihak lelaki 5 dulang hantaran. So, barang pun hanya simple iaitu Kain Ela Baju Nikah, Toiletries, Cake, Sireh Junjung, Buah, Coklat dan Cheese Tart. Di balas pula dengan pihak lelaki iaitu Telekung, Baju Nikah, Brownise, Tepak Sireh dan Buah.

Hantaran Kedua-Dua Pihak
Sehabis boleh kami hanya buat Majlis Petunangan yang Simple. Untuk busana pertunangan pula, memang diluar jangkaan kerana Guru Besar Nora iaitu Pn. Norlaily bt Md Yusoff hadiahkan sempena majlis ini. Tidak terkata rasa dan sangat terharu bila majikan hadiahkan sesuatu untuk kita.

Ini yang terhasil dari No Idea
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Nora dalam membuat persiapan sehinggalah selesainya Majlis Pertunangan. Asalnya, memang tidak plan untuk bertunang sebegini, hanya fikir untuk sarung cincin tanpa hantaran. Namun, bila dia kata bawa satu dua hantaran sah kena buat hantaran.

Toiletries untuk dia
Pilihan makeup semasa majlis, Nora hanya nak makeup yang simple. Tidak perlu foundation yang berat. Terima kasih mom to be Noradila Nordin sebab sudi makeupkan akak. Haaaa kalau nak tahu dila ni memang MUA area Cheras. Nora kenal dia sebab nenek dia sebelah rumah mak. Masa kecil-kecil memang dia main di sini.

Untuk story makeup dan cake Pertunangan, nora akan cerita di part seterusnya.

IKATAN DUA HATI
Everything untuk kamu
28 Jun 2017 bersamaan hari Rabu iaitu Syawal ke-4, maka jadilah Nora tunangan orang. Hampir 4 tahun akhirnya hubungan kami terikat. Berkat kesabaran dan niat hanya untuk anak, segala cabaran, tekanan, dugaan sepanjang hubungan kami akhirnya penantian Nora dan Zarra berakhir dengan jawapan yang pasti.

Bride to be

Terima kasih awak untuk ikatan ini. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk langkah seterusnya.

Terima kasih keluarga kerana merestu hubungan kami berdua.

Untuk my daugther Nur Izarra Qistina, ini bukti pengorbanan ummi untuk awak. Everything untuk awak. Ummi korbankan masa, hati dan perasaan untuk awak. Segalanya untuk awak hanya satu sebab, Ummi nak awak juga boleh merasa kebahagiaan seperti orang lain. Sedari awak 6 bulan awak ditinggalkan dan tidak merasa kasih sayang seorang insan bergelar ayah. Namun, apa pun yang berlaku syukur awak tahu yang awak ada seorang babah walaupun bertahun tidak berjumpa. Dan akan datang awak juga merasa mempunyai insan bergelar ayah. Maafkan ummi kelewatan ini, maafkan ummi andai ianya tidak sempurna.




24 Comments

  1. Alhamdulillah. Tahniah kak nora :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak. Alhamdulillah berkat sabar akak dengan apa yang pernah dilalui.Semoga akak terus cekal dan tabah harungi semuanya. Yang pasti Ty tahu akak n Zarra akan bahagia nanti. In sha Allah.

    ReplyDelete
  3. Cantik baju akak...berkenang dengan baju akak dah ni..hehhe. apa2pun congrats ya akak

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, one step closer dear...mudahan dpermudahkan...happy 4u...cantik, gojes, letopssss

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat...bahagia tgk bila sahabat bahagia...juju doakan yang baik2 utk masa depan my sahabat. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Cantik sangat adik akak..im happy for you..nampaknya Nora yang dulu dari akak...akak blom ada lagi perancangan nak meterai ikatan pertunangan ni dengan perkahwinan sebab banyak benda belum settle lagi..mana tau lepas Nora kahwin akak plak menyusul..i'm happy for you and zarra...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Cantik sangat. Smoga urusan akan datang dipermudahkan olehNYA ☺

    ReplyDelete
  8. wahh Alhamdulillah, tahniah, kak! Semoga kekal berpanjangan, bahagia dunia akhirat dan dilimpah rezeki untuk akak, anak dan suami. tumpang gembira ya!

    ReplyDelete
  9. Congratulation! What a beautiful engagement ceremony.

    ReplyDelete
  10. Tahniah... yeay, boleh makan nasi minyak nanti 😍

    Semoga berbahagia hingga akhit hayat dan semoga segala persiapan berjalan lancar ye

    ReplyDelete
  11. Tahniah..semoga dipermudahkan langkah srterusnya

    ReplyDelete
  12. Alhamdullilah, tahniah Nora

    ReplyDelete
  13. Tetiba rasa nak bertunang lagi. Re-bertunang gitu. Hahaha. Suka tengok barang hantaran dan hias dulang. Puasa hati kalau dapat buat sendiri. Hehehe

    ReplyDelete
  14. orang kata kalau dah jodoh tu kan...xperlu nak beria bercinta2 kan..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah kak...sally pun tumpang gembira bg pihak akak...walaupun kita kenal tak lama..tapi sally nmpk betapa struggle nya akak nak besarkan zarra...semoga dipermudahkan segala urusan akak di masa hadapan :)

    ReplyDelete
  16. tahniah Kak Nora.. :)

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    ReplyDelete
  17. Cantiknya nora. Terserlah darah manis tu. Hantaran pun cantik. Suka warna purple tu.

    ReplyDelete
  18. tahniah ye..darah manis rupanya hehehe..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah dah jadi tunagan orang darah manis tu orang tua2 kata ;)

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿