Riang Ria Hari Raya Bersama Keluarga Tercinta
Masih mood raya?
Mesti banyak open house sekarang kan.. Kalau korang ada niat nak diet, boleh lupakan seketika waktu ni.
Girls only |
Ok, nora nak kongsi sedikit kemeriahan syawal bersama keluarga nora. Walaupun dah terlewat, rasanya ini entri pertama kali nora update tentang Riang Ria Hari Raya di blog ummizarra ini.
Sedondon. Terima kasih mak untuk baju yang cantik ni. |
Sambutan syawal bagi nora seperti biasa. Sebagai anak kedua daripada tiga orang adik beradik, macam tahun-tahun sebelum ini nora jugalah yang akan sibuk fikirkan kuih raya mak, baju raya mak abah dan zarra Nora juga yang sibuk bertanyakan langsir baru atau senang kata segala kelengkapan raya. Ini adalah rutin nora dari nora bujang lagi.
Nora menggayakan dari Red Audra, GISELLE Kurung |
Untuk pengetahuan korang, raya kali ini merupakan syawal yang penuh bermakna bagi nora. Kenapa ia bermakna? Nora akan story pada entri yang lain.
BAJU RAYA TEMA SEDONDON
Raya sedondon?? Sudah semestinya nora sekeluarga tidak terkecuali. Dari sebelum puasa memang dah decide nora dan zarra akan pakai warna Emerald Green termasuk dengan Mr.Arrogant. Tup-tup mak pun nak juga warna yang sama sebab mak dah ada kain warna tu. So, apa lagi tema Hari Raya 2017 nora sekeluarga emerald green.
Inilah family nora |
Nak jadikan cerita, punya payah nak mencari baju si zarra. Jenuh mr.arrogant cari baju zarra di dataran senawang. Tapi warna dan material yang diinginkan tidak menawan hati. Itulah dalam dok budget akhirnya pertama kali zarra dapat baju yang dia idamkan iaitu baju Lara Alana by Jakel. Beria zarra nak baju Lara sebab zarra dah jumpa Lara. Terima kasih awak untuk baju raya anak dara tahun ini.
Tak disangka rupanya kami sekeluarga beraya dengan tema Emerald Green sebab adik dan suami dia juga warna yang sama. Raya kali ini semua adik beradik nora (cerita macam ramai je kan walhal 3 orang je punnn) balik beraya bersama. Dan raya kali ini juga pertama kali raya pertama kami pulang ke Johor.
RIANG RIA HARI RAYA
Pada hari mantai, macam biasa mak akan sibuk siapkan menu untuk di hantar ke rumah sedara-mara terdekat. Istilah orang jawa di panggil munjung. Maka pada hari mantai nora dan mak lah insan paling busy. Apa tidaknya kami berdua bertungkus lumus memasak rendang ayam, kuah kacang, rebus ketupat, lodeh kering, rendang limpa dan hati. Tetiba mak nak pulak masak gulai daging salai lemak cili padi campur dengan bacang. Haaaaa tengoklah mak nora punya perangai semua nak di masaknya. Sakit hati bila air di kampung tidak ada. Letihhh oittt dengan cuaca yang panas lik lik...
Tibanya 1 syawal, kami sekeluarga bersiap-siap untuk meraih kemenangan orang islam. Yang lelaki sibuk nak ke masjid, kami yang perempuan jenuh kemas apa lagi yang tidak terkemas. Semasa sesi salam bersalaman macam biasalah akan berlakunya drama air mata. Okeh ini bukan drama yang di paksa okeh tapi kemaafan yang dihulurkan tulus ikhlas dari hati. Time memang perasaan sebagai manusia yang tanpa sedar kita ada kesalahan mahu menuntut kemafaan dari orang lain terutama mak dan abah serta adik beradik.
Syawal 2017 merupakan tahun ke-6 nora dan zarra beraya bersama keluarga. Selama 6 tahun zarra tidak pernah kucup tangan insan bergelar ayah, zarra tak pernah beraya bersama insan bernama ayah, zarra juga tak pernah menerima sepasang baju raya dari manusia bernama ayah. Namun, itu tidak menjadikan zarra seorang anak yang lupakan lelaki bernama babah. Ini juga tidak menjadi sebab untuk kami berdua tidak gembira berhari raya. Nora bersyukur sebab keluarga sentiasa ada bersama nora dalam masa nora membesarkan zarra. InsyaAllah, ini mungkin raya terakhir zarra beraya tanpa ayah.
OOTD raya ke berapa ntah. |
Selesai bersalaman, rumah mak start busy dengan kujungan daripada jiran tetangga. Kami tidak terkecuali pergi beraya di rumah jiran-jiran yang terdekat. Sekejap sahaja nora mengenakan pakaian sedondon sebabnya selepas itu kami adik beradik busy di dapur untuk prepare barang nak bawa balik ke Sagil, Tangkak Johor.
Raya pertama, nora balik rumah atok di Sagil. Setiap tahun kami balik jenguk atok pada raya ke-2, kali ini balik awal sebab raya ke-4 ada kenduri. Kenduri apa tunggu entri selanjutnya.
Di kampung, habikan beraya di rumah-rumah sebelah emak dan abah. Masa nilah nak jengu orang lebih tua iaitu atok nenek sedara-mara yang jarang sekali kita dapat berjumpa.
Dengan emak ratu hati dunia akhirat |
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk beraya bersama keluarga dan insan-insan tersayang. Macam mana pula dengan sambutan raya korang? Pastinya saat inilah kita dapat berkumpul bersama, kenal sedara-mara dan menikmati Riang Ria Hari Raya bersama keluarga tercinta.
7 Comments
Wah sedondon beremereld green. Fav color ana tu. InsyaAllah next raya zarra boleh salam tgn ayah. Mana tau ada adik br sekali. 😍
ReplyDeleteAlhamdlillah.. InsyaLAlah Ana. doakan untuk kami ye dipermudahkan urusan kami. TQ Ana.
DeleteInsyaallah..xlama lg je dapt ayah. Sabr ye, nak.
ReplyDeleteSelamat hari raya.
Btw..lawa bj raya
InsyaALlah. TQ mama lin.
DeleteBaju zarra tu habis terabur manik. ahhaha
Kakak dania pun sama dah 13 tahun beraya tanpa kucup tgn ayahnya...ayahnya pun x ingat ke dia..xde persiapan raya xde duit raya tp akak x pernah ajar dia membenci ayah dia..dgn bakal papa dia plak susah nak ckp..maybe dulu masa kecik dia ok..la ni ada batas sbb dia anak dara...
ReplyDeletewah meriahnya raya...apatah lagi bila dapat balik kampung...raya di kampung suasananya lain...
ReplyDeletecomel zara berbaju lara alana....anak arz belum pandai mintak baju raya lagi...ikut saja apa yang mama dan abah belikan..
Selamat Hari Raya AidilFitri buat Nora dan Zara...Semoga hidup sentiasa ceria selalu dan bahagia
Meriahnya raya k.nora. selamat hari raya kak
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿