IJM Land Half Marathon 2017 disambut meriah dengan 7,500 penyertaan dari Malaysia dan negara luar. Ini bukan event marathon pertama anjuran IJM tetapi ini merupakan tahun ke-6 IJM Land menganjurkan IJM Land Half Marathon 2017. Acara tahunan ini menjadi sasaran pendudukan di sekitar Seremban 2 dan terbuka seluruh rakyat Malaysia dan melibatkan juga peserta dari negara luar seperti Korea, New Zealand, Filipina dan United Kingdom.


IJM Land Half Marathon 2017 dengan penyertaan diluar jangkaan seramai 7,500 perserta. Masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran tentang kesihatan. Seramai 7,500 peserta telah berlari dengan jarak larian baru sejauh 10KM dan 21KM bermula seawal 5.30 pagi hanya untuk kebajikan dan juga kesihatan sendiri. Selain daripada itu dengan adanya event sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan dan keluarga. Haaaa mana tahu bertemu jodoh dekat sini kannn. Hehehe.

Yang Berbahagia Dato ‘Soam Heng Choon (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad bersama pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2017, Ow Yong Jin Kuang (kiri) dan Yee Pei Ni dengan Trophy Challenge Trophy IJM Land Half Marathon yang mereka menangi.
Pada acara kali ini ini, IJM Land juga mengumumkan lelaki dan wanita terpantas perlumbaan, dan menerima Trophy Challenge Trophy IJM Land Half Marathon. Trofi ini bertujuan untuk meraikan detik-detik pelari yang paling berjaya, Trophy Challenge Trophy Istimewa diberikan kepada lelaki dan wanita yang menang dalam kategori masing-masing selama tiga tahun berturut-turut, yang mana 2017 menjadi tahun kedua.
Keputusan Rasmi IJM Land Half Marathon 2017:
·         21 KM Men Open (18 – 44 years) : Ow Yong Jin Kuang – 01:18:00
·         21 KM Men Veteran (45 years and above) : Vadiveelu Arumugam – 01:21:13
·         21 KM Women Open (18 – 44 years) : Yee Pei Ni – 01:39:13
·         21 KM Women Veteran (45 years and above) : Susan Khoo – 01:45:22
·         10 KM Boys Junior (12 – 17 years) : Thanesh A/L Selvaraj – 00:39:31
·         10 KM Girls Junior (12 – 17 years) : Ainur Shafiqah Bt Azmi – 00:41:32

IJM Land Half Marathon telah berjaya menambat hati ramai peminat larian dan mereka yang ingin berseronok sepanjang tahun. Kami menetapkan dari awal untuk menjadikan acara ini bukan hanya platform untuk pelari tetapi untuk mengukuhkan ikatan komuniti dan membawa orang dari semua lapisan masyarakat untuk menikmati sukan, contohnya slogan “Run Together, Bond Stronger” – Mr Edward Chong, Managing Director of IJM Land Berhad.


Marathon kali ini menyumbangkan kepada dua badan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA). Ini merupakan program charity yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.


Acara ini akan diteruskan oleh IJM Land pada  tahun hadapan.

Untuk keterangan lanjut korang boleh follow event IJM di laman web IJM LAND HALF MARATHON 


1 Comments

  1. Program meningkatkan kesihatan macam ni memang bagus diadakan selalu..cumanya bila la akak nak join..tgok ari tu ada uncle umur dah tua pun join kan..salute betul la..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿