Salam kesayangan,

Pastinya setiap lelaki ingin bergaya dengan cara tersendiri namun masih tidak mengetahui tips yang betul ketika memakai sepasang suit untuk sesuatu majlis. Kebiasaannya suit dipakai ketika majlis formal, namun suit juga boleh di pakai mengikut kategori. Kaum lelaki yang memakai suit mampu menonjolkan keterampilan seseorang lelaki ke satu tahap yang lebih tinggi.

Apakah jenis suit yang sesuai untuk anda? Jom kit baca seterusnya.

JENIS-JENIS SUIT UNTUK LELAKI

Terdapat dua kategori utama jenis suit :

  1. Suit jenis Single Breasted
Iaitu hanya mempunyai satu lajur butang yang terbahagi kepada tiga jenis bilangan butangnya. Suit jenis Single Breasted sesuai untuk tubuh kecil dan sederhana serta ketinggian yang sederhana seperti kebanyakkan orang Asia.

Suit Single Breasted
  1. Suit jenis Double Breasted
Iaitu mempunyai dua lajur butang. Mereka yang tinggi lampai dan kurus lebih menyerlah mengenakan suit jenis double breasted kerana akan lebih kelihatan berisi dan tegap. Namun, merek yang mempunyai tubuh badan berisi/berotot sebaiknya mengellakan memaikai suit jenis double breasted kerana kerana bahagian tengah badan anda akan kelihatan padat dan menjadi perhatian.

Suit Double Breasted

ETIKA PEMAKAIAN SUIT

Tiga, Dua atau Satu?

Suit jenis Single Breasted  terbahagi kepada 3 jenis bilangan butang :

  1. Tiga Butang

Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketianggian sederhana dan tinggi saiz badan sederhana tetapi yang inginkan gaya dan style yang lebih menyerlah.

  1. Dua Butang

Gaya paling klasik dan universal, sesuai pada hampir semua ketinggian dan saiz badan.

  1. Satu Butang

Merupakan gaya kotemporari yang mula popular sejak tahun 2009 dan sesuai untuk mereka yang miliki tubuh badan yang tegap dan kurus serta miliki ketinggian sederhana rendah.

Etika pemakain suit ketika berdiri juga perlu dititikberatkan iaitu perlu memakai suit jenis single breasted  dan bergantung kepada bilangan butang. Jelas sekali, pemakaian suit adalah berdasarkan pemilihan butang yang membawa maksud yang tersendiri.

  1. Tiga Butang
Bagi mereka yang memakai suit yang mempunyai tiga butang, anda boleh kancing sekali sekala (sometimes) butang paling atas. Manakala butang tengah (always) mestilah dikancing dan butang paling bawah adalah tidak perlu dikancing (never)
Cara menginatinya adalah Sometimes, Always, Never
  1. Dua Butang
Always, Never
  1. Satu Butang
Always

TIPS UNTUK DAPATKAN SUIT YANG SESUAI




Pemilihan Tailor Yang Berpengalaman

Untuk dapatkan suit yang sesuai, pertama sekali kaum lelaki perlu dapatkan tailor yang berpengalaman iaitu best tailor seperti di de-Catano Tailoring & Design. Ini kerana, founder di butik ini memberikan insentif untuk lelaki mendapatkan suit yang terbaik. Butik in membantu lelaki mendapatkan pengetahuan tentang suit yang sesuai dan lebih yakin dengan keterampilan imej.



Dapatkan Ukuran Yang Tepat Untuk Badan Anda

Dalam memastikan untuk suit yang sesuai dengan badan dan kelihatan kemas, sudah semestinya ukuran yang tepat mengikut potongan badan, bahu, dada dan pinggang harus diutamakan. Jadi, kepada kaum lelaki yang ingin memakai suit, dinasihatkan menempah suit mengikut ukuran badan dan bukan membeli suit yang digantung seperti yang berada di pasaran.



PERKONGSIAN DARI MR. ALAN CHONG

Haaaaa, kalau nak tahu, Nora dapat kesemua jenis, etika dan tips tentang suit adalah hasil perkongsian daripada Mr Alan Chong iaitu pengasas de-Catano Tailoring & Design yang terletak di Seri Hartamas.  Mr. Alan merupakan seorang best tailor in Malaysia yang mempunyai penglaman yang luas tentang dunia fashion lelaki khususnya pemakaian suit dan blazer. Mr. Alan percaya bahawa kepuasan bukan hanya dari memakai pakain sesuai dengan baik, kelihatan bagus dan terasa hebat sebaliknya datag dari pereka atau mereka yang mencipta suit atau blazer yang terbaik.


Penerangan dari Mr. Alan

Menurut Mr. Alan, de-CATANO menawarkan perkhidmatan professional dari segi pemilihan kain, reka bentuk sehinggalah kebutiran kecil seperti butang cuff semuanya bergantung kepada pelanggan dalam membuat keputusan, namun khidmat nasihat dan pendapat disediakan bagi pelanggan memiliki suit atau blazer yang terbaik untuk diri mereka.


Selain itu, de-Catano Tailoring & Design telah ditubuhkan sejak tahun 1997 lagi dan ini telah membuktikan bahawa Mr. Alan merupakan seorang suit tailor Malaysia yang terkenal kerana boleh dikatakan pelanggan-pelanggan yang datang ke butik ini adalah dari golongan mereka yang berprofil tinggi dan mempunyai kerjaya sebagai seorang ahli perniagaan.

Azlan sedang fitting satu set suit dan vest

Apa yang menarik di de-CATANO ni Nora dapati para lelaki yang ingin memakai suit atau blazer sangat recommended di butik ini kerana mereka yang tidak tahu mengenai suit atau blazer mahupun kemeja, di butik ini ada menyediakan segalanya. Suit, blazer mahupun kemeja adalah custom made dan diberi penerangan tentang kesesuaian sesuatu pakaian itu pada badan mereka.

Fitting pada jacket
Kebiasaannya tempahan sepasang suit mengambil masa 10 hari bekerja atau maksima selama 2 minggu. Proses pertama bermula daripada pelanggan datang membuat pemilihan fabric dan design, kemudian part paling utama adalah mengukur badan. Proses kedua adalah, pelanggan datang kali kedua untuk fitting ataupun pengubahsuaian terhadap design bagi proses kekemasan.


Fitting Vest untuk Azlan

Bila berada di butik ini, pelbagai persoalan yang Nora tanya memandangkan didapati sepasang Suit boleh mencecah sehingga ribuan ringgit malahan puluhan ribuan ringgit. Menurut Mr. Alan, sesuatu suit menjadi mahal adalah daripada pemilihan kualiti fabric yang mengikut gred. Di de-CATANO, fabric pilihan adalah berdasarkan cotton yang lebih sesuai di gayakan pelbagai musim dan cuaca. Fabrik yang terbaik dari klasik ke ketemporari mencerminkan keyakinan seseorang pemakai yang terdiri daripada kain rumah sehingga kepada kain berkualiti premium yang terkenal kerana merupakan kain yang sesuai dengan setiap personality, iklim dan masa.


Haaaaa jangan nak terkejut bila sepasang suit mencecah harga RM58,000 sehingga RM91,000. Mahal bukan, namun Mr. Alan menerangkan bahawa ia bergantung pada pemilihan fabric dan untuk harga sebegitu fabric yang digunakan adalah daripada fabrik Holland & Sherry yang diimport dari luar negara. Sudah semestinya pemilik suit ini seorang yang ternama dan mempunyai personality yang mengagumkan. Siapakah agaknya empunya suit itukan?




Selain daripada itu, setiap pelanggan yang menempah suit atau blazer di sini, lakaran atau pelan pelanggan akan disimpan sebagai rujukan. Jadi, pelanggan yang biasa datang ke sini tidak perlu mengukur banyak kali kerana ukuran asal di simpan di sini.


Mr. Alan sedang fitting Jacket untuk konsert Azlan

Untuk pengetahuan korang, artis terkenal Malaysia juga turut memilih perkhidmatan di butik De-Catano untuk konsert mereka. Antara artis yang menempah suit di butik ini adalah Azlan Typewriter yang hadir untuk fitting baju untuk konsert yang beliau akan hadir nanti.


Azlan Typewriter akan memakai pakaian yang di tempah khas dari De-Catano iaitu sepasang suit (1 jacket dan 1 trousers), 1 set vest dan 2 t-shirt untuk di gayakan semasa Konsert Nova pada 5 Ogos 2017 nanti. Azlan akan terlibat membuat persembahan di konsert terhangat Malaysia iaitu Konsert Nova yang melibatkan artis dari Malaysia iaitu seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah serta artis dari seberang iaitu seperti Judika dan Cakra Khan secara langsung di Malaysia.

Azlan bergaya dengan sepasang suit (vest, t-shirt dan slack)
Seorang lelaki perlu memastikan pemilihan suit atau blazer perlulah tepat dan bersesuaian. Sepasang suit, perlu diperincikan dengan aksesori pilihan yang terdapat di butik ini.


Koleksi Aksesori untuk sepasang suit
Nora sangat teruja apabila berpeluang dapat memasuki butik ini dan melihat sendiri proses butik ini menerima tempahan suit.


Aksesori untuk Suit
Untuk kaum lelaki diluar sana, tidak salah sekiranya terdapat sepasang suit mahupun blazer yang mengikut ukuran badan anda memandangkan ianya sangat bernilai dan menjadikan anda seorang lelaki yang kelihatan kacak, bergaya dan smart dengan personality tersendiri.


Cantik material dan design kemeja di sini

Untuk maklumat lanjut boleh follow

 follow De-Catano Tailoring & Design kat
                                                                                                        

Desa Sri Hartamas
No 18, Jalan 28/70A, Desa Sri Hartamas
Tel : 03-2300 0881

Subang Jaya
Lot 1.23A, 1st Floor, The Summit USJ
Tel : 03-8024 7508

Shah Alam
Lot G-36, Ground Floor, Plaza Alam Sentral
Tel : 03-5510 4248

Bangsar
No 12A, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru
Tel : 03-2284 8818

Petaling Jaya
29, Ground Floor, Jalan 21/1, Sea Park
Tel : 03-7875 1927

Kajang
30, Jalan Raja Harun, 43000 Kajang Selangor
Tel : 03-8736 886







7 Comments

  1. Memakai suit memang nampak kemas dan bergaya

    tips yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Arz. Kalau org lelaki pakai suit memang nampak segak. Tapi yang kne ngn tubuh baru nampak kemas kan. ehhehe

      Delete
  2. Owh baru taw pasal suit ni.. Terima kasih ya

    ReplyDelete
  3. panduan bagus ni.. yg perempuan punya ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa perempuannya tak ada lagi kak ita. Tapi basic dia kata kalau pakai kemeja atau suit tang bahu paing utama.

      Delete
  4. bagus ada panduan macam ni...selalu tailor akan explain mana yang ok dan sesuai dengan pelanggan kan..akak plak beli suit Padini...masa kurus dulu...la ni dah x leh guna..hahahaha...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿