Hye Girls!!!!

Nak share dengan korang ni, Nora ada new item beauty product from Korean. Wowwwww so cute miut and for sure korang juga akan tertarik dengan produk baharu ini.


Product Klairs : Mochi BB Cushion & Mid Day Blue Sun Lotion

Klairs, merupakan salah satu syarikat kosmetik yang popular di Korea dan cepat memasuki pasaran antarabangsa dengan konsep penjagaan kulit. Klairs mencipta formula melalui bahan-bahan yang dipilih dengan teliti khusus untuk kulit yang sensitif.


Love sangat dengan BB Cushion dari Klairs ni
Nora dah mula tertarik dengan produk-produk kecantikan dari Korea. K-beauty memang tidak pernah menghampakan kerana ia sangat sesuai dengan kulit muka dan jarang sekali berlaku keradangan kulit memandangkan produk ini tidak mengandungi akohol, paraben, sulfate, pewangi dan pewarna.

KLAIRS MOCHI BB CUSHION (Merry Between)


Packaging Mochi BB Cushion

Mochi BB Cushion mengandungi mineral yang mampu melawan peluh dan minyak sepanjang hari. Jadi, tak perlu risau dengan istilah makeup cair. Mochi BB Cushion ini mempunyai packaging yang sangat comel dan cute. Direkabentuk sebagai produk kecantikan dengan texture yang halus bagi menutupi liang-liang pori yang terbuka. Selain itu, dengan sapuan daripada BB Cushion ini ia dapat membantu menghilangkan kulit kusam dan sesuai untuk semua jenis kulit.



Texture yang halus membantu menutup liang-liang pori

1. Mempunyai warna yang natural iaitu beige apricot tone gabungan warna merah dan kuning yang sesuai untuk semua jenis tona muka.
2. Dengan texture yang halus mampu menutup keseluruhan kulit muka. Senang kata coverage yang sangat mantop.
3. Tidak berminyak, halus, melembabkan dan cantik
4. Membantu menutup liang pori dan mengurangkan kemerahan kulit

Volume : 15g
All Skin Type
Made in Korea


MID DAY BLUE SUN LOTION SPF40/PA++

Merupakan produk K-Beauty untuk melindungi kulit muka daripada kesan sinaran UV secara tidak langsung memberi perlindungan dari haba khusus untuk kulit sensitif. Krim Mid Day Blue Sun Lotion dengan SPF40/PA++ ini membantu memberi kesegaran dan membantu penghidratan tanpa rasa berminyak. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Smooth dan ringan

Kelebihan / Kebaikan Mid Day Blue Sun Lotion

1. Texture yang ringan
2. Tahan Lama
3. Hidrat
4. Berfungsi sebagai primer atau asas makeup
5. Membantu mengurangkan kemerahanpada kulit muka.

Digunakan pada muka dan leher. Usap perlahan-lahan dan rata  keseluruh bahagian sehingga diserap sepenuhnya. Hanya digunkaan untuk kegunaan luar sahaja. Tidak boleh digunakan pada kulit yang luka dan jauhi dari mata.

Packaging untuk keselamatan bagi mengelakkan habuk
Produk ini terdapat dalam bentuk tiub dan mempunyai penutup silver menandakan produk ini belum terbuka atau digunakan dan adalah bagi mengelakkan produk ini menjadi rosak. Pembungkusan sebegini adalah untuk melindungi produk ini daripada sebarang habuk atau kotoran. Keterangan berkaitan Mid Day Blue Sun Lotion ada terdapat di kotak itu sendiri tentang arahan penggunaan dan ramuan atau bahan yang digunakan produk keluaran KLAIRS.

Volume : 50ml
All Skin Type
Made in Korea

KLAIRS TRIAL SAMPLE SET (8x3ml)

Dapatkan best trial kitt produk KLAIRS yang sesuai untuk di bawa ke mana sahaja. Antara 8 produk Klairs Trial Set ini adalah :

1. Gentle Black Deep Cleansing Oil
2. Supple Preparation Facial Toner
3. All-Over Lotion
4. Rich Moist Soothing Serum
5. Rich Moist Soothing Cream
6. Midnight Blue Calming Cream
7. Midday Blue Sun Lotion SPF40/PA++
8. Illuminating Supple Blemish Cream SPF40/PA++

Kalau uols nak tahu, produk Klairs telah berada di pasaran Malaysia dengan harga yang menarik boleh di dapati di HERMO MALAYSIA dan juga boleh follow Instagram Klairs.

Jom kita sama-sama cantikkan diri untuk kepuasan sendiri. Wowieeeee...





4 Comments

  1. comel sangat! Klairs memang produk yg bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... comel sgt packaging dia kan Madihah. Klairsn pun jenama yang bagus untuk kulit muka.

      Delete
  2. packaging nampak cantik. hebat juga produk korea ini. hihi.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿