Perjalanan Menjadi Selesa Dan Menjimatkan Dengan MPV Hyundai Starex Royale
Sebelum ini Nora ada attend event di Johor Bahru bersama rakan blogger dari Kuala Lumpur. Senang kata dah macam rombongan cik kiah ke Johor. Memandangkan seramai 10 orang blogger yang terlibat ke Johor termasuk Nora, so decide menaiki kereta sewa jenis MPV bagi menjimatkan masa dan kos yang perlu ditanggung.
Haaaa, Nora selama ni tak pernah terfikir ada kereta sewa jenis MPV. Untuk korang yang mempunyai keluarga besar sangat sesuai untuk merancang perjalanan dengan menyewa kereta MPV, ye kan mana tahu nak ada rombongan bersama family, kawan-kawan ke kan. Dengan menyewa MPV korang dapat menjimatkan kos dan yang pasti ianya sangat selesa selain dapat mengeratkan hubungan sesama kita.
Korang percaya tak, yang kami rakan blogger seramai 10 orang naik MPV Hyundai Starex Royale ke destinasi di Johor Bahru sangat menjimatkan kos dan masa kita orang. Serius, ia sangat selesa dan paling best part boleh borak-borak dengan rakan blogger yang lain. Haaaa kalau nak tahu, ni semua atas usaha rakan blogger yang inginkan #RombonganCikLilyPutihKeJB selamat, cepat dan selesa dengan menyewa MPV dengan Adikfira.
Dengan menaiki kereta sewa jenis MPV
perjalanan ke Johor sempena majlis Perasmian Joy Design Studio di Johor menjadi lancar dengan mengambil masa selama 4 jam tanpa
rasa bosan dan ketidak selesaan. Sebabnya, kereta sewa jenis MPV ni boleh muat
untuk 10-12 orang dengan kondisi semua orang boleh duduk dengan selesa tanpa
perlu berhimpit-himpit. Selain itu, mempunyai ruang yang selesa kerana kerusi
kereta jenis MPV boleh dilipat. So tiada istilah susah atau sempit.
Perjalanan yang jauh dengan mengisi minyak sebanyak RM120 sahaja kerana MPV ini menggunakan diesel dengan perjalanan sejauh 700km. Haaaaa sangat-sangat menjimatkan kos tau berbeza kalau korang pergi rombongan secara konvoi mau lebih kos yang perlu ditanggung kan.. Berbelanjalah dengan jimat uols time zaman semua benda naik ni. Hehehhe
Selain itu, sambil dok menanti sampai ke destinasi yang di tuju, perkhidmatan kereta sewa MPV Hyundai StarexRoyale ada DVD dan USB player dengan skrin 7 inch dan sound system yang best dan jelas. Haaaa perjalanan yang jauh pasti tidak bosan sebab boleh tonton cerita yang korang minat dengan kereta yang mempunyai aircond keseluruhan sehingga ke belakang. Paling best aircond tu korang boleh laras sendiri di tempat yang diduduki, mana tahu orang lain panas, korang sejuk pula kan kan kan...
Ini detail sewa kereta jenis MPV
Hyundai Starex Royale Adikfira yang tidak rugi kalau korang sewa :
1. RM20 per jam (minima 5jam)
2. RM225 separuh hari (12jam)
3. RM450 per hari (24jam)
4. RM2800 seminggu (7hari)
5. RM200 Service vvip Drop & Pickup
Only + Driver
Perkhidmatan kereta sewa ini meliputi
beberapa kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. So, korang yang ada plan
nak pergi bercuti boleh dah fikirkan untuk perjalanan yang selesa dan yang
penting seronok dapat berbual beramai-ramai dalam satu kereta. So jimatkan kos
daripada korang naik kereta secara berasingan sebab kena bayar minyak dan tol.
Kereta sewa jenis MPV Hyundai Starex Royale menjadikan
perjalanan korang selesa dan menjimatkan kos.
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 017-3136065 (fira)
011-11424959 (Zikri)
8 Comments
Fuh Memang menjimatkan apa lagi kalau enjin diesel...
ReplyDeletekalau ramai-ramai elok sangat naik satu kenderaan berbanding perseorangan...
Eh..menarik la...kalau nak pi jalan jauh kira ok la ni...nak menghantar rombongan kawen ke kan?
ReplyDeletebestnya..nak ikutttt
ReplyDeleteMPV impian Mimi dan suami ni. Memang nak beli. Suami cakap guna diesel memang jimat. Yang best luas dan selesa kan
ReplyDeleteWow sampai 10 org muat Dan Masih selesa tu
ReplyDeletememang menjimatkan.. mpv da la besar :D
ReplyDeleteSeronok klu jln beramai2 mcm ni.. meriah. MPV pun selesa.. best! :)
ReplyDeleteHi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/Starex)? Pun ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿