Hye korang yang suka makan, kuat makan, kaki makan korang boleh sertai pertandingan memakan Churros. Haaaaa korang peminat drama korea mesti tahu dan suka makan Churros dan jika nak dapatkan Churros yang sedap korang boleh pergi mana-mana outlet Street Churros yang ada di Malaysia ni.

3 Jenis Churros Berperisa
Untuk pengetahuan korang, pihak Street Churros sedang menganjurkan pertandingan memakan churros iaitu “National Churros Eating Championship 2017” yang sedang berlangsung di setiap cawangan Street Churros.


Pertandingan ini akan mengumpulkan pemenang pada setiap pusingan dan akan bertanding pada Grand Finals. Apa yang difahamkan, mereka yang menyertai pertandingan ini perlu menghabiskan sebanyak churros yang boleh daripada 30 Churros dalam masa 15 minit. Wowwwww siapa yang rasa berkemampuan atau ada rakan-rakan yang kuat makan, why not you try join competition ni kan.

National Churros Eating Championship 2017 by Street Churros

Street Churros menganjurkan National Churros Eating Championship 2017 bermula di Berjaya Time Square iaitu pusingan pertama yang terdiri daripada tiga team dan di menangi oleh Team A – Budget Good Good. Manakala pusingan kedua telah berlangsung di One Utama dengan tiga team yang terdiri daripada Team A – Kedai Goreng, Team B – Cheeros dan Team C – Give Me Churros. Untuk pusingan kedua telah dimenangi oleh Team A – Kedai Goreng. Pusingan ketiga berlangsung di Empire Shopping Gallery, Subang dan telah di menangi oleh Team B – Suplex City. Wahhhhh mantap-mantap kesemuanya.

Team untuk pusingan ke empat
Untuk pusingan keempat, Nora berkesempatan untuk hadir bagi memberi sokongan kepada team-team yang bertanding untuk kali ini. Pertandingan bagi pusingan keempat telah berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya yang menampilkan tiga kumpulan untuk bertempur iaitu Team A – Food Lovers, Team B – Ayam Mee dan Team C – Chu Chu Three.

Team A - Food Lovers

Team B - Ayam Mee

Team C - Chu Chu Three
Sepanjang pertandingan berlangsung suasana di depan Street Churros sangat meriah dengan kehadiran orang ramai serta supporters dari team masing-masing. Nora sangat teruja melihat mereka yang menyertai pertandingan makan churros ini bertungkus lumus untuk menghabiskan sebanyak churros yang boleh dalam masa hanya 15 minit yang terdiri daripada Churros berperisa iaitu 10 Churros berperisa Chocolate, 10 Churros berperisa Cinnamon dan 10 Churros berperisa Cheese. Haaaa banyangkan mampu atau tidak ketiga-tiga team iaitu, Food Lovers, Ayam Mee dan Chu Chu Three habiskan kesemua Churros?

Aksi peserta - Team B
Ketiga-tiga team berentap memakan Churros paling banyak bagi memenangi pusingan kali ini untuk ke peringkat Grand Final. Sepanjang sesi pertandingan memakan Churros, dapat lihat pelbagai aksi dan gaya daripada peserta yang cuba untuk menghabis Churros. Haaaaa macam-macam gaya, ada yang cuba membuat lawak sambil enjoy memakan churros, ada yang serius da nada yang santai. Kita yang tonton pertandingan ini pun jadi gelak ketawa tidak kering gusi.

Aksi Peserta Team C
Setelah kesemua team bertungkus lumus menghabiskan Churros dalam masa 15 minit, akhirnya keputusan pemenang telah diperolehi. Bagi pusingan keempat di IOI City Mall Putrajaya, TEAM B – Ayam Mee telah memenangi pertandingan ini mengalahkan team yang lain. Wahhhh hebat sungguh Team B – Ayam Mee yang mampu memakan 18 Churros. Pemenang Berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM200 Street Churros Voucher + RM100 Softree Cash Voucher dan layak ke pusingan Grand Finals National Churros Eat Championship 2017 di Berjaya Time Square nanti

Pusingan Ke empat di menangi Team B sebanyak 18 Churros
Untuk tempat kedua dimenangi oleh Team C – Chu Chu Three dan membawa pulang RM100 Street Churros Cash Voucher + RM50 Softree Cash Voucher manakala Team A – Food Lovers memenangi tempat ketiga membawa pulang RM50 Street Churros Cash Voucher + RM30 Softree Cash Voucher. Selain itu, setiap pusingan yang berlangsung aka nada satu pemenang untuk memenangi Man of the Match Award dan kali ini di menangi oleh salah seorang dari Team C – Chu Chu Three. Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan pusingan keempat ini.

Man of The Match di menenangi salah seorang peserta dari Team C - Chu Chu Three
 Pertandingan memakan Churros akan berlangsung untuk pusingan yang seterusnya di cawangan Street Churros. Jadi kalau rasa yang berminat untuk sertai pertandingan ini boleh mengisi borang pertandingan National Churros Eat Championship 2017

Korang boleh membuat semakan lokasi pertandingan Churros untuk pusingan seterusnya seperti di bawah :

1) Street Churros @ Berjaya Times Square
– 3pm, 15th of July 2017
(Submit application by 9th of July 2017)

2) Street Churros @ 1 Utama
– 3pm, 22nd July 2017
(Submit application by 16th of July 2017)

3) Street Churros @ Empire Shopping Gallery, Subang
-3pm, 29th July 2017
(Submit application by 23rd of July 2017)
4) Street Churros @ IOI City Mall, Putrajaya
– 3pm, 5th August 2017
(Submit application by 30th of July 2017)

5) Street Churros @ MyTOWN Shopping Centre, Cheras
– 3pm, 12th August 2017
(Submit application by 6th of August 2017)

6) Street Churros @ Sky Avenue, Genting Highlands
– 3pm, 19th August 2017
(Submit application by 13th of August 2017)

GRAND FINALS NATIONAL CHURROS EATING CHAMPIONSHIP 2017 :
LOCATION: STREET CHURROS @ BERJAYA TIMES SQUARE
DATE : 16TH SEPTEMBER 2017
TIME : 3PM

Pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh tutup.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ms Izzati: 017-4905098 or Ms Choco: 018-6699290

Kalau anda rasa anda boleh makan banyak, anda boleh makan laju dan anda sukakan Churros, anda memang layak untuk memasuki pertandingan ini. Mana tahu anda bakal menjadi orang pertama memenangi National Eating Competition 2017 dan dapat makan free Churros pulak tu selama setahun.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Street Churros boleh layari  :

Website :

Facebook :
Street Churros Malaysia

Instagram :

Terima kasih Street Churros kerana menganjurkan pertandingan sebegini. Pertandingan yang cukup meriah dan fun. Terima kasih juga kepada pihak penaja : Cornery – the popcorn gallery dan Softree

Good luck korang yang menyertai pertandingan ini dan JOM CHURROS !

7 Comments

  1. Ana pernah try sekali makan street churros ni. Memang sedap sgt. Cicah dgn choc atau caramel memang bertambah sedap. Nak kena beli lg rasanya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Nora pun suka churros ni. Paling best yang ade filling tu. Skrg dah ada menu baru tau. Fries Churros.

      Delete
  2. tringat street churros ni yg kita mkn ms awal2 opening dlu kt ioi mall kn...sodap....syok team ayam mee menang, geng contest tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn mama memang sedap churros kat sini. Congrats kat team Ayam Mee sebab menang. memang power diaorg ni.

      Delete
  3. tahniah kepada pemenang..macam best je makan churros ni
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  4. Seronoknya pertandingan makan2 ni. Tahniah kepada pemenang :D

    ReplyDelete
  5. Tak pernah rasa Churros walaupun selalu nampak kat area supermarket or mall. tapi ramai cakap sedap. Tak sangka pula Churros pun ada national eating championship. huhu.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿