Salam Sayang,

Baru-baru ini Nora berkesempatan jumpa dengan en.tunang untuk uruskan tempahan baju nikah kami berdua.


Bukan senang nak dapat berdua macam ni. :)

Jenuh juga nak cari tailor untuk jahit baju melayu. Lagi jenuh nak fikir design baju melayu yang boleh menampakkan en.tunang ni segak. Hahahahha ginilah kalau orang cerewet dia punya stress tahap langit ketujuh gamaknya.

Dalam pada survey tu, Nora juga dapat beberapa tips untuk menempah baju melayu. Ramai yang kata kalau nak tempah baju melayu nikah ni jangan cakap dengan tailor baju tu untuk nikah sebab rata-rata tailor akan charge lebih sehingga mencecah RM300. Nora pun diberi tahu dari kalangan tailor juga, so bila dah tahu macam tu pesan dengan en.tunang jangan sebut baju nikah tapi baju function. Hahahhaha nipu tak erk?


Salah Satu Design Baju Melayu Moden
Sumber : Google
Okay, dalam sibuk buat survey ada sorang cikgu dekat sekolah sharing tempat dia tempah baju melayu. Cikgu Amirul siap kata baju melayu zaman sekarang design baju melayu moden. So, Nora pun gigih minta tolong dengan Mr. Google cari design baju melayu modern. Haaaa ginilah baju melayunya. Fit pada badan memang ngam dan siapa yang pakai nampak segak.


Proses ukur pinggan. Dulu muncit sekarang susut dah dari dulu.
Walaupun diberi nafas baru, ketulenan baju melayu tetap ada iaitu dengan cekak musang nya, dengan kocek atas dan bawah kiri kanan. Apa yang membezakannya baju melayu asli dengan moden adalah dari segi bahagian tepi. Jika baju melayu asli ia mempunyai pesak dan bila di pakai ia kelihatan longgar dan berbeza dengan baju melayu moden di mana tidak mempunyai pesak malah ada yang letak zip dengan tujuan bagi fit dengan badan si pemakai.


Sesi mengukur untuk seluar
Haaaaa curlasss kan baju melayu untuk orang lelaki sekarang ni. So, Nora dan en.tunang decide nak tempah di kedai tailor seperti Cikgu Amirul katakan. Sampai di kedai yang terletak di Kota Damansara, terus buat tempahan. Tailor pun mula ukur badan en.tunang dan macam biasa Nora mesti borak, sebab tak reti duduk diam jerk.

Siap ukur semua, Nora tanya deposit, apa yang best kedai ni tidak meminta deposit sebaliknya diberitahu apabila hendak mengambil baju, akan ada sesi fitting dengan tiada charge tambahan. Waaaaa sangat menarik ni kan. Haaaaa korang rasa baju melayu moden untuk nikah nora ni mahal ke tidak?

Haaaaa sebenarnya tailor ini hanya mengambil upah sebanyak RM130 sahaja untuk sepasang baju melayu. Dari segi tema warna dan design macam mana, korang tunggu update di hari pernikahan Nora. Wahhh gittew kan. 

Alamat Tailor :

Saurinah Resources Tailor
KB-2, Jalan Cecawi 6/19,
Seksyen 6 Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
+60 12-917 6965






4 Comments

  1. Mmg curlasss design baju Melayu tu nora. Mcm x percaya je harga tempah tu RM130. Murah sungguh tu. Siap x amik deposit dan xde caj tambahan. Mana nak dpt service mcm ni skrg ni kan.

    ReplyDelete
  2. wahh, murah juga tu. tapi sye kahwin nanti baju melayu tu beli siap je. tunang malas nak tempah2. haha. tapi payah gak cari saiz hahaha

    ReplyDelete
  3. menarik harga berpatutan....ada fitting maknanya memang berkualiti

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿