Muat Turun Aplikasi Aduan Dan Paparan Harga Barang - KPDNKK
Assalamualaikum.
Salam
Maal Hijrah buat pembaca Monolog Tanpa
Suara. Sempena cuti ni, Nora nak berkongsikan kepada korang sebagai
pengguna bahawa kita mempunyai hak tidak kira dalam perkara apa sekalipun
terutama melibatkan pembelian sesuatu barangan.
Baru-baru
ini KPDNKK telah menperkenalkan
aplikasi bagi memudahkan pengguna untuk membuat semakan harga bagi mengelakkan
berlakunya penipuan. Secara tidak langsung dengan adanya aplikasi seperti ini kita
sebagai pengguna boleh terus memaklumkan kepada pihak KPDNKK secara atas talian
sekiranya terdapat unsur-unsur yang menyalahi undang-undang. So, dengan adanya
aplikasi ini kita tidak perlu lagi untuk hadir ke pejabat KPDNKK untuk membuat
aduan.
DAFTAR
SEBAGAI AHLI KPDNKK (Friends of KPDNKK - FOK)
Muat Turun Aplikasi Friends of KPDNKK di Play Store |
Sebagai
langkah untuk mendekati pengguna, KPDNKK telah membangunakan aplikasi yang
dikenali sebagai Ahli KPDNKK iaitu Friends
of KPDNKK bagi memudahkan pihak kerajaan untuk mengemaskini data dan
laporan yang diterima setiap hari. Secara tidak langsung, aplikasi Friends of
KPDNKK membantu KPDNKK untuk mengenalpasti para peniaga dan premis-premis yang
berdaftar dengannya secara berkala dan tidak melanggar undang-undang.
Keistimewaan korang mendaftar sebagai ahli KPDNKK ini, korang boleh membantu kerajaan dalam memantau harga barang dan perkhidmatan. Korang boleh melaporkan kpd KPDNKK jika terdapat penipuan ataupun menyalahi undang-undang dengan mudah hanya menggunakan aplikasi ini. Selain itu, korang juga dapat membantu hak masyarakat sebagai pengguna dengan melaporkan aktiviti penipuan peniaga dan juga dapat membantu pihak KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat dan pantas.
MUAT TURUN
APLIKASI PAPARAN HARGA
Selain
daripada menjadi ahli KPDNKK, korang juga boleh memuat naik aplikasi Paparan
Harga. Aplikasi PAPARAN HARGA adalah untuk membantu pengguna membuat
perbandingan harga yang ditawarkan dipasaran. Dengan adanya aplikasi ini, kita
sebagai pengguna boleh membuat pilihan terbaik untuk membeli barangan sekaligus
dapat menjimatkan kita memandangkan kini kos sara hidup semakin meningkat. Pada
masa yang sama, kita boleh tahu sekiranya penjual atau peniaga menaikkan harga
barang dan ini merupakan satu penipuan harga kepada pengguna.
Macam
mana aplikasi ini berfungsi? Haaaa apabila korang dah install aplikasi ini
korang boleh membuat semakan harga kepada lebih 500 barangan yang ada di
pasaran. Bila korang dah semak, korang boleh compare kan harga barang di
kawasan yang terdekat dengan korang. So dengan cara ini korang boleh membuat
pilihan untuk membeli barang tersebut di tempat yang menawarkan harga murah.
MUAT TURUN
APLIKASI EZ ADU
EZ
ADU adalah aplikasi peranti pintar mudah alih yang di bangunkan oleh KPDNKK
yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan terus kepada KPDNKK
supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut. Pengguna hanya perlu melakukan 4 langkah mudah untuk membuat aduan seperti:
Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut. Pengguna hanya perlu melakukan 4 langkah mudah untuk membuat aduan seperti:
1)
Memasukkan Butiran Aduan
2)
Laporan Aduan
3)
Memasukkn Kordinat/Geo-Tanging
Mudahkan? Hanya di hujung jari sahaja.
Jadi memang penting korang untuk mendaftar sebagai friends of KPDNKK sebab korang dpt membantu untuk melindungi hak pengguna dari ditipu peniaga yg tidak sepatutnya. Dengan cara ini tidak akan mengharapkan 100% penguatkuasa KPDNKK untuk membuat pemantauan. Melalui aplikasi yang dibangunkan oleh KPDNKK ini juga secara tidak langsung segala aduan akan terus kepada pihak KPDNKK dan tidak perlu melalui penguasa lagi.
18 Comments
baguskan wujudnya app macam ni sebab sekarang semua orang memang hadap phone je
ReplyDelete-https://shafyqahazahar.blogspot.com/
oh my, always love discounts, this is great and thanks for sharing!
ReplyDeletebagus ni sbb akak ada kad tu tp tak tau nak guna..haha
ReplyDeleteMudah skrg ni . Hanya di hujung jari. Hak kita sebagai pengguna kita perlu ambil tahu.
ReplyDeleteMemang sesuai utk pembeli dan juga peniaga agar tidak ambi kesempatan naik harga...
ReplyDeleteBagus juga ni. Boleh jd mato2 kpdnkk so xdelah Kita jadi mangsa penjual yg nak untung lebih tu
ReplyDeletePerkongsian yang amat berguna untuk rakyat Malaysia. Aplikasi terbaik demi membantu kita semua membuat perbandingan harga supaya kita dapat menjadi pembeli yang bijak
ReplyDeleteKerana akak tulis ni saya dah buat satu aduan pasal kenakan harga mahal kepada pengguna terus saya buat report kat situ juga... Terima kasih...
ReplyDeleteGood info. Sebelum ni memang tak tahu nak semak harga kat mana. Sampai search tak jumpa pula daftar harga. Memanag memudahkan pakaai apps ni!
ReplyDeleteBagus aplikasi ni. Kita sebagai pengguna memang wajib ada app ni
ReplyDeleteLepas ni senang la...
ReplyDeleteSemua kt hujung jari ja
Hrp2 xdaknlagi yg amik kesempatan dgb ekonomi mcm skrg ni
glad you share this. now I can tell my friends about this too!
ReplyDeleteMudahnya bila dah ada aplikasi seperti ini.... Nak report ape ek.. Erm.. macam xde lagi je
ReplyDeleteBagus betul sekarang dah ada app, senang nak report atau tengok paparan harga. Bagus la, harap lepas ni lagi banyak app macam ni untuk memudahkan rakyat malaysia. hehehe
ReplyDeleteApps macam ni dah disediakan. Semoga bermanfaat kepada semua. Pihak KPDNKK juga kena kerap kemaskini apabila sebarang aduan diajukan. Well done dapat bantu pengguna!
ReplyDeletebaru tau hahaha
ReplyDeletepas ni senang lah nak tgk harga bagai
Nice job to the organisation. time to check it out for more
ReplyDeletethnks info.. nak p report hujung jari jugak ni
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿