Salam kesayangan teman setia ummizarradotcom.


Entri kali ini Nora nak kongsikan dengan korang port makan Asian Cuisine paling best dan santai dengan dekorasi restoran yang simple dan elegan. Vine Café yang terletak di Starling Mall, Damansara merupakan restoran yang popular dengan menu western pemikat selera rakyat Malaysia dengan masakan Asian.


1st impression Nora sampai di Vine Café ni, teruja dengan konsep yang diketengahkan oleh restoran ni sebab ia kelihatan elegan dan simple senang kata port lepak yang exclusive dan bahagian hadapan ala-ala bar gittew.


Selesa untuk lepak dengan kawan-kawan atau bawa family menikmati hidangan di Vine Café sebab mempunyai tempat yang luas. Terdapat partition di restoran ini yang mana terdapat tiga bahagian untuk pelanggan lepak secara santai. Bahagian bawah dan atas, serta bahagian atas terdapat section tertutup untuk pelanggan yang inginkan privacy.

Ruangan di Bahagian Atas
Vine Café menyediakan hidangan pemikat selera dengan mengetengahkan menu-menu untuk breakfast, sandwich, salad, pasta, pizza, main course dan makanan sampingan yang super sedap seperti nanchos.

HIDANGAN PEMIKAT SELERA DI VINE CAFÉ

Antara hidangan pemikat selera yang ada di Vine Café adalah masakan Asian Cuisine yang pastinya menjadi pilihan korang.  Menu western sangat recommended untuk korang antaranya Muashroom Pesto Spaghetti dan Prawn Aglio Olio Squid Ink Pasta. Nora suka kedua-dua pasta ni sebab ia berbeza dari pasta yang selalu ada di restoran-restoran lain selain menggunakan bahan yang segar seperti udang. Yummy..


Prawn Aglio Olio Squid Ink Pasta : RM28
Mushroom Pesto Spaghetti : RM23


Selain daripada itu korang juga boleh cuba hidangan pemikat selera Chicken Roulade dan Fish Parmigiana dengan rasa sos yang menyelerakan selain menggunakan ayam yang lembut dengan perasa yang cukup enak dinikmati.


Chicken Roulade : RM25

Korang boleh lihat hidangan pemikat selera yang ada di Vine Café antaranya adalah :

Vine BLT Sandwich


Vine BLT Sandwich : RM15

Dihidangkan secara set dengan fries. Beef slice yang di grill cukup rasa dan sangat lembut isinya.

Curry Turkey Sandwich


Curry Turkey Sandwich : RM20
Sandwich yang menyelerakan dengan ayam turkey yang cukup rasa pedas-pedas kari. Siapa yang diet boleh cuba makan sandwich ni.

Freshie Toastie



Menu untk breakfast yang simple dan mengenyangkan. Yang pasti menu seigi sesuai untuk mereka yang gemarkan kelainan.

BBQ Beef Burger


Beef Burger : RM27
Menggunakan burger hitam dengan isi daging yang sangat juicy. Sekali makan pasti nak lagi. Puas hati cukup rasa.

From The Garden Salad


From The Garden Salad : RM16
Untuk mereka yang diet boleh cuba makan salad yang ada di Vine Café kerana rasa rangup sayurnya dan bahan perasa yang digunakan.

Summer & Sweet Sour Salad


Summer Swet Sour Salad : RM20
Salah yang dihidangkan dengan buah-buahan dan rocket salad.

Meat Lova Lova Pizza


Meat Lova Lova Pizza : RM34
Sangat recommended pizza ni sebab crunchy dan topping yang sedap. Melimpah cheese.

Beef Nachos
Beef Nachos : RM28
Selalu kita makan Nachos dengan cheese secara asing, tetapi di Vine Café dihidangkan secara plate. Sangat sedap dengan cheese yang banyak.

Muesli Triffle


Muesli Trifles : RM18

Sesuai untuk mereka yang sedang diet.

Oreo Milkshake


Oreo Milkshake : RM18

Yang ni pun sedap sebab sangat smooth dan tidak terlalu manis.

BabyCino


Babycino : RM10
Comel sangat hidangan yang ni dengan rasa yang pekat lemak berkrim.

Chocolate Dome


Makanan sampingan lain seperti ini sangat menyelerakan. Sesuai dinikmati sebagai hidangan hi-tea.

Haaaaa, menyelerakan tak menu dengan harga yang berpatutan. Korang boleh nikmati hidangan yang menyelerakan di Vine Café, Starling Mall Damansara bersama keluarga tersayang selain dijadikan port lepak dengan kawan-kawan. Nora sangat recommended korang datang ke Vine Café.

Servis di Vine Café memuaskan kerana akan ada staff yang datang untuk ambil order senang kata staf yang mesra pelanggan.


Ruangan Bawah Vine Cafe

Nora Review :
Taste : 4.5/5
Price : 4.5/5
Outlet : 4.5/5
Overall : 4.8/5

Details Vine Café
Vine Café, Starling Mall, Damansara Uptown
6, Jalan SS21/37, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya, Selangor


Waktu Operasi : 10 pagi – 10 malam


5 Comments

  1. Sedaap sedap makanan dekat Vine Cafe ni. Next time boleh repeat lagi :)

    ReplyDelete
  2. menarik nmpk menunya tp pasta yg color itam xpernh try...dessrt pn nmpk sedap

    ReplyDelete
  3. Wowww... makanan nampak sedap dan sangat eklusif. hihi. Teringin nak ke sini nanti kalau ada rezeki lebih. huhu. :)

    ReplyDelete
  4. Makanan kat sini sedap ikut tekak Asian macam kita kan..akak dah settle voucher dah repeat 2 kali dah...

    ReplyDelete
  5. BBQ Beef Burger tuh nampak menyelerakan...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿