Kempen katakan TIDAK pada Polisterin adalah saranan daripada kerajaan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan untuk Kempen Bebas Plastik. Kerajaan menyeru kepada semua masyarakat di negara ini untuk bersama-sama menyokong kempen ini demi masa depan bumi yang lebih baik.

Oleh itu, saranan menggunakan alternatif lain seperti membawa bekas makanan sendiri ataupun gunakan bekas makanan jenis bio-terurai atau lebih dikenali sebagai "Biodegraduasi"

KEBAIKAN BIODEGRADASI

Penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan telah menjadi subjek pertuturan yang amat popular di kalangan warga Wilayah Persekutuan dalam usaha Kementerian ini mewujudkan sebuah persekitaran yang sihat dan selamat.

Biodegradasi merupakan proses penguraian sesuatu bahan seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semulajadi. Ia juga merupakan proses penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen semulajadi.

Akan tetapi penggunaan plastik global yang mula mencecah 100 juta tan setahun amat merisaukan dan produk mesra biodegradasi menjadi pilihan terbaik bagi mewujudkan persekitaran yang hijau dan lestari. Selain itu, penggunaan plastik konvensional turut memberi ancaman kepada alam sekitar, kesihatan dan pengurusan sisa pepejal.

Berikut adalah kelebihan penggunaan produk biodegradasi bagi menggantikan penggunaan polistirena dan plastik konvensional:

  1. Bahan mesra biodegradasi mudah terurai
Plastik biasa akan mengambil masa yang lama (sekurang-kurangnya 100 tahun) untuk terurai. Akan tetapi jika ia dikitar semula, adalah lebih baik. Idea menggunakan bahan mudah terbiodegradasi ini penting bagi membolehkan ia terurai dalam masa paling singkat (dalam tempoh 3 minggu ke 6 bulan)

  1. Baik untuk alam sekitar
Semestinya ia membawa kebaikan kepada alam sekitar kerana penggunaan bahan mudah terbiodegradasi akan mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau. Sekiranya plastik konvensional masih terus digunakan, proses pembuatannya yang menggunakan minyak akan terus mencemarkan alam sekitar. Selain itu juga, ia dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sisa pepejal di bandar yang semakin pesat dengan pembangunan.

  1. Penjimatan tenaga
Penggunaan bahan mudah terurai menerusi proses biodegradasi mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan berbanding tenaga untuk menghasilkan plastik.

  1. Mudah dikitar semula
Tidak dinafikan, bahan mudah terbiodegradasi bakal membolehkan ia terurai dengan lebih cepat dan proses kitar semula menggunakan jumlah tenaga yang lebih rendah berbanding produk biasa.

  1. Bukan toksik
Produk mesra biodegradasi adalah selamat dan tidak mempunyai bahan kimia serta toksin. Jadi, ia tidak rosak apabila diserap ke bumi. Ini penting kerana beban menggunakan plastik yang ada pada masa kini semakin meningkat, malah ia bakal mendatangkan pelbagai masalah untuk generasi akan datang. Sisa terurai daripada produk biodegradasi akan berfungsi sebagai sumber makan mikroorganisma.


Oleh yang demikian, penggunaan produk mesra biodegradasi ini akan mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil dan tapak pelupusan sisa pepejal. Secara tidak langsung, kos pengurusan sisa pepejal yang ditanggung oleh pihak Kerajaan dapat dikurangkan dan disalurkan kepada agenda yang dapat memberikan kepuasan kepada warga Wilayah Persekutuan. Kesan daripada penggunaan produk biodegradasi ini dilihat sebagai satu solusi dalam mewujudkan satu persekitaran yang kondusif dan lestari kepada generasi akan datang.

9 Comments

  1. Selangor dah tak pakai polisterin dah skrg ni. Dari peniaga pasar malam sampai ke kedai makan. Bagus juga kan. Keselamatan kesihatan terjamin dan alam sekitar pun terpelihara.

    ReplyDelete
  2. bagus lahhh program macam ni. uyul pun rasa kena ada program macam nih kat johor.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  3. KL dh x guna polisterin..la ni diorang guna yang jenis yg transparent tu...bagus kempen ni di pertingkatkan ke seluruh negara untuk memelihara alam sekitar...bumi kita pun dh tenat sakit..

    ReplyDelete
  4. yes..mmg bagus kempen mcm ni

    ReplyDelete
  5. TIDAK !! Kepada polistrin !

    ReplyDelete
  6. memang dah lama dengar pasal kempen ni.. tapi tu la.. kadang2 pembeli tak de pilihan kalau penjual menggunakan polisterin.. em..

    ReplyDelete
  7. It's truly inspiring to see the Ministry of Federal Territories taking a proactive step towards addressing the issue of polystyrene with their campaign "Say NO to Polystyrene." This initiative highlights the importance of sustainable alternatives and encourages responsible choices. As a concerned citizen, I believe such campaigns play a crucial role in creating awareness and fostering a greener future. Additionally, it would be valuable to collaborate with organizations that offer academic help, like academic help lebanon, to educate students about the environmental impact and promote eco-friendly practices within educational institutions. Together, we can make a significant difference!

    ReplyDelete
  8. Thank you for your excellent knowledge. I will check it soon, I also want to tell you people about the site which I always use for taking their educational services is Periodic report writing help, they have the best academic writer who provides do my assignment for me quality work which is plagiarism free original detailed and researched content, because of them I can score well to high grades in my every subject.

    ReplyDelete
  9. Thank you for your excellent knowledge. I will check it soon, I also want to tell you people about the site which I always use for taking their educational services is Periodic report writing help, they have the best academic writer who provides do my assignment for me quality work which is plagiarism free original detailed and researched content, because of them I can score well to high grades in my every subject.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿