Salam kesayangan semua readers ummizarradotcom.

Baru-baru ini Nora berkesempatan untuk hadir ke ”Baby Shower Mega” anjuran Happikiddo. Apa itu Happikiddo? Untuk mereka yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu semestinya sudah tahu apa itu Happikiddo kan?




Happikiddo merupakan sebuah kedai bayi yang popular dan mendapat tempat di pasaran Malaysia. Kali ini, Happikiddo menganjurkan “Baby Shower” khas buat pelanggan-pelanggannya terutama meraikan para ibu-ibu yang mengandung.


Ini merupakan acara tahunan yang diadakan dengan menyaksikan lebih dari 100 orang ibu bapa berkumpul di outlet Happikiddo di Quill Mall untuk sama-sama memanjakan diri bersama model dan selebriti terkenal, Hanis Zalikha.


Hanis Zalikha bersama Yusuf




Tujuan Happikiddo mengadakan “Baby Shower” ini adalah bagi meraikan ibu hamil berkumpul untuk berkongsi perasaan dan detik-detik bergelar ibu. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan disamping menyertai permainan dan aktiviti di mana hadiah cabutan bertuah bernilai RM30,000 akan diberikan kepada peserta.


Acara Permainan meraikan bakal ibu bapa
“Baby Shower” merupakan acar tradisi yang lazim disambut dalam pelbagai kebudayaan, di mana seorang ibu mengandung akan diberi perhatian dan diraikan oleh kawan-kawan dan keluarganya melalui sebuah acara. Ini adalah cara yang bermakna untuk menandakan transformasi wanita menjadi seorang ibu."-Chew

Happikiddo menganjurkan “Baby Shower” khas buat ibu-ibu dengan menawarkan nasihat serta tips untuk mereka yang bakal bergelar ibu bapa. Malahan Hanis Zalikha turut berkongsi nasihat dan pengalmaan buat bakal ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata. Di dalam majlis ini Happikiddo menyediakan panduan tentang persiapan kedatangan bayi dalam hidup mereka.

Chew dan Dee

“Kehamilan merupakan pengalaman istimewa dalam kehidupan setiap wanita. Happikiddo berbangga untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan menjadi sebahagian dari perjalanan mereka menuju “Baby Wonderland’. Malahan sebagai ibu juga, Happikiddo berasa bangga dan terhormat untuk berkongsi pengalaman bersama mereka dengan menawarkan produk bayi yang berkualiti dan praktikal serta ditambah dengan pelbagai lagi faedah pada nilai yang lebih baik.” - Chew
Acara Ramah Mesra Tetamu & Hanis Zalikha
Happikiddo berusaha menjadi hos untuk “Baby Shower” buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa setiap tahun dan berharap dapat memperluaskan acara ini ke negeri-negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.


Nad Zainal turut hadir untuk majlis "Baby Shower" by Happikiddo

Pada kesempatan majlis tersebut, Happikiddo turut melebarkan sayap perkhidmatan hadiahnya sebagai memenuhi permintaan pemberian hadiah secara peribadi. Perkhidmatan ini dinamakan ‘Happikiddo Gifts’ yang merupakan anak syarikat bekerjasama dengan pihak Flores KL bagi menawarkan bakul yang dipenuhi dengan barangan daripada Happikiddo dan dihiasi dengan bunga segar. ‘Happikiddo Gifts’ ini ditawarkan untuk pelanggan sekitar Lembah Klang dengan harga sebakul bermula RM299.

       

Untuk makluman korang, Happikiddo menawarkan lebih dari 100 jenama antarabangsa dengan lebih daripada 10,000 produk yang merangkumi segala keperluan ibu bapa dan bakal ibu bapa hanya di bawah satu bumbung. 

Happikiddo menawarkan barangan dari makanan bayi, permainan pendidikan, pakaian, mandian, buku dan perabot nursery sebagai penyelesaian kepada ibu bapa dengan barangan yang paling selamat dan berkualiti tinggi.



Untuk maklumat lanjut mengenai Happikiddo boleh lawati :

Facebook : Happikiddo
Instagram : @happikiddo_



11 Comments

  1. wah, ada baby shower...
    menarik.

    ReplyDelete
  2. suka tpt ni, teringin nak bawa DAim

    ReplyDelete
  3. Makin mendapat tempat baby shower ni kan. Siapa yg berminat boleh mah amik service happikiddo ni kan.

    ReplyDelete
  4. Seronok kaum ibu bila diraikan macam ni :)

    ReplyDelete
  5. meriahnya... boleh info kat adik ipar nanti

    ReplyDelete
  6. Wow, bolehlah ke sana untuk dapatkan sepasang dua untuk baby.

    ReplyDelete
  7. bestnya..happikiddo brg2 baby pun menarik

    ReplyDelete
  8. Cute betul benda macam ni. 😍 bahagia je bila dah nak timang cahaya mata.

    ReplyDelete
  9. geramnya tgk si Yusuf tu. bijak muka tu! hahahah btw, baby Shower sekarang dah jadi trend kan utk raikan mommy to be. bukanlah ikut budaya barat tapi sekadar untuk kegembiraan. apa salahnya

    ReplyDelete
  10. Oh Happi kiddo sayang tak dapat join. So cool baby shower event tu

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿