The Three Village Boys

Merupakan sebuah buku kanak-kanak hasil karya Dr Liza Mydin yang cuba mengetengahkan dan menerapkan nilai-nilai murni pada anak-anak kecil masyarakat kini.

Pelancaran Buku The Three Village Boys by Liza Mydin dirasmikan oleh Prof Abas Mirakhor (kiri)

Buku ini telah dilancarkan secara rasminya pada 12 November 2017 yang lalu oleh tetamu kehormat Prof Abbas Mirakhor iaitu seorang pakar ekonomi dan cendiakawan tersohor. Sepanjang majlis pelancaran ini berlangsung pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak diadakan seperti aktiviti bercerita, seni pasir dan dekorasi topi tarbus.


Dr Liza Mydin merupakan ibu kepada tiga orang anak menzahirkan harapan agar buku hasil penulisannya dapat menjadi wadah perbualan ibu bapa dan anak tentang persoalan nilai-nilai murni, keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat dan etika dalam kehidupan.


Bagi melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang, Dr Liza menegaskan bahawa The Three Village Boys ditulis dengan dua tujuan utama iaitu ingin meningkatkan imaginasi kanak-kanak bagi tujuan mengasah minda kritis semasa pengembaraan bersama karekter tiga orang kanaik-kanak lelaki dari kampong yang bernama Youssef, Zayyed, dan Omar dalam kisah pengembaraan mereka. Keduanya adalah menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat tentang jurang agihan pendapatan dan ketidakadilan yang berlaku.

Versi baru dengan kulit buku yang tebal
Sepanjang Nora berada di Majlis Pelancaran Buku The Three Village Boys ini, Nora sangat tertarik dengan majlis sebegini kerana memberi inspirasi buat Nora sebagai seorang ibu yang mempunyai anak kecil untuk menerapkan nilai-nilai murni dan etika untuk anak-anak. Selain itu, sepanjang majlis ini juga turut diadakan persembahan Storytelling daripada Shenna and the team yang sangat memukau audience yang hadir.

Persembahan Storytelling by Shenna & The Team
Buku yang mempunyai 26 halaman dengan paparan ilustrasi berwarna menjadikan The Three Village Boys sebuah buku cerita dengan kisah pengembaraan yang menarik dan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Untuk pengetahuan, buku ini telah diterbitkan keluaran pertama pada tahun 2012 dan terjual sehingga di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble sebagai memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.


Bersama rakan blogger & media.Kredit Photo : www.khirkhalid.com
Versi keluaran buku kali ini didatangkan dengan versi kulit tebal dan yang menariknya boleh diberi secara online di www.thetvb.com

"Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang"-ujar Dr Liza Mydin



Melalui ini, Nora juga berharap dapat menerapkan nilai-nilai murni pada zarra. Dan tidak sabar rasanya ingin luangkan masa bersama zarra untuk sama-sama meneroka buku yang memberi kebaikan dalam kehidupan.

Bersama rakan blogger & media.
Kredit Photo : www.khirkhalid.com

19 Comments

  1. Terapkan budaya suka membaca untuk anak- anak..kena ajar di awal usia..bagus buku ni sebab ada nilai- nilai murni

    ReplyDelete
  2. dpt jugak event ni.. tp ada clash dengan event lain..mesti best buku citer dia kan..

    ReplyDelete
  3. bagus la buku ni..boleh bagi fariza

    ReplyDelete
  4. Bagusnya dapat terapkan nilai nilai murni pada ank anak melalui buku :) satu perkara yang positif.

    ReplyDelete
  5. boleh beli ni utk bacaan anak2...

    ReplyDelete
  6. menarik buku macam ni untuk perkembangan anak kan nora..

    ReplyDelete
  7. Mcm menarik aje buku ni...nt nak beli la

    ReplyDelete
  8. bagusnya buku ni utk terapkan nilai2 murni dalam diri anak2 kita kan

    ReplyDelete
  9. Elok la ada buku-buku fizikal macam ni kalau tak anak-anak terdedah kat gadget je kan...lagipun sekarang buku-buku nilai-nilai murni macam ni perlu ada sebab anak-anak skrg mudah sgt terpedaya dan terikut-ikut benda yg tak baik

    ReplyDelete
  10. ohh..buku ni memang fully english lah ea nora? Bagus jugak untuk dijadikan bedtime story kat anak-anak

    ReplyDelete
  11. bagus event macam ni. terapkan semangat untuk membaca di kalangan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  12. Bahan bacaan yang menarik untuk anak2.. boleh beli ni.. masukkan dalam list..

    ReplyDelete
  13. dulu masa kita kecik, memang selalu sgt beli buku cerita. ayah kita sebulan wajibkan at least beli 3-4 buah buku. best! sbb boleh tambahkan imaginasi, penggunaan kosa kata yang bagus and memang develop minda utk membaca & berfikir

    ReplyDelete
  14. Macam best je buku ni. Sesuai untuk kanak-kanak. Terapkan budaya membaca, dalam masa yang sama,boleh terapkan nilai murni yang ada dalam naskhah yang dibaca

    ReplyDelete
  15. Buka cerita kanak2 pun dah makin menarik. Xde lah bosan sangat. Memang kena tarik minat kanak2 dan pupuk minat membaca.

    ReplyDelete
  16. Waaa bestnyalah kalau dpt g event ni... Suka beli buku2

    ReplyDelete
  17. kisah buku ni banyak moral dan value jangan suka sangat mendriminasi orang lain

    ReplyDelete
  18. Alamak.. ni bukan anak2 je suka.. mak mak budak pun suka ni.. macam menarik je cover dia.. hehe

    ReplyDelete
  19. buku mane boleh beli? kedai buku ade?

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿