Percutian Menarik Menginap Di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor
Salam
kesayangan…
Seringkali
kita pergi bercuti tanpa di rancang atau senang kata percutian main terjah
sahaja. Kebiasaan percutian singkat kita lakukan hanya sekitar Malaysia tanpa
memerlukan perancangan yang lama. Orang kata, terjah sahaja destinasi yang
ingin dituju.
Kali ini, percutian menarik di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor yang membawa konsep
penginapan “Back to Nature”. Sampai di sini
kehadiran kami disambut baik oleh pekerja dan kakitangan De Palma Eco Resort.
De Palma Eco Resort menawarkan penginapan Chalet & Villa buat
pengunjung yang ingin menginap di sini sebagai tanda menikmati suasana yang
lebih privacy. Secara tidak langsung, para pengunjung turut merasai sendiri
pengalaman melihat keindahan alam semulajadi di sekitar resort ini. Nora sangat
recommended tempat ini untuk korang yang ingin lari dari kesibukan tanpa perlu
pergi jauh untuk bercuti.
Untuk
pengetahuan korang, De Palma Eco Resort, KualaSelangor terletak di
kawasan perkampungan Kuala Selangor yang berhampiran dengan sungai Selangor.
Persekitaran yang tenang dan nyaman jauh dari kesesakan kota pasti membuatkan
percutian korang berbeza tanpa perlu memandu jauh dengan kos yang tinggi.
Seronok bercuti di sini habiskan hujung minggu bersama keluarga.
Untuk lari dari kesibukkan, tempat ini sesuai berbeza dengan hotel 4 atau 5
bintang di tengah kota kerana De Palma Eco Resort, Kuala Selangor menawarkan bilik penginapan yang selesa bersama
keluarga dengan 48 chalet dan 12 villa antaranya :
Chalet
- Superior (Single / Twin) – Harga Promo RM175.00++
- Deluxe (Triple Sharing) – Harga Promo RM165.00++
- Junior Suite (Family Room) – Harga Promo RM195.00++
- Dara Suite – Harga Promo RM260.00++
- Anjung Suite – Harga Promo RM280.00++
- Malawati Suite – Harga Promo RM205.00++
- Superior Villa – Harga Promo RM185.00++
Apa yang diterapkan De
Palma Eco Resort, Kuala Selangor adalah kerana resort ini sedang dalam
proses untuk mendapatkan Syariah
Compliance. Selain kemudahan sejadah dan kiblat di dalam bilik penginapan,
De Palma juga menyediakan kemudahan seperti surau dan imam tetap yang dilantik
khas untuk melaungkan azan setiap kali masuknya waktu solat fardhu.
Kemudahan dan Service yang Ada di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor
- Surau
- Imam tetap
- Kolam Renang
- Kemudahan Dobi
- Internet (WiFi)
- Shuttle Service
- City Tour(atas permintaan)
- Penerimaan Penggunaan Kad Kredit
Sepanjang Nora menginap di De Palma Eco Resort ni, terdapat banyak aktiviti yang ada disediakan di sini. Senang kata, kalau korang ada plan nak buat team building atau riadah bersama family gathering sangat recommended untuk buat di sini dengan pilihan package yang disediakan.
Selain itu, korang
juga boleh menikmati suasana seperti backpackers
kerana De Palma Eco Resort turut menyediakan tapak perkhemahan sesuai untuk
aktiviti sekolah dan pengakap dengan tempat yang menarik. Jadi, sekiranya tidak
dapat tempat untuk menginap di chalet, korang boleh memilih untuk aktiviti
adventure dengan camping bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Baru syok.!!!
Aktiviti-Aktiviti Riadah
- Horse Riding
- Zumba
- Berbasikal(Cycling)
- Team Building
- Badminton
- Jungle Tracking @ Night Walk
- Volley Ball
- Tele-match
- Ice-Breaking
Rumbia Coffee House
Untuk pengetahuan
korang, De Palma Eco Resort mempunyai restaurant yang diberi nama Rumbia
Coffee House boleh memuatkan sekurang-kurangnya 150 orang dalam satu masa.
Rumbia Restaurant dibuka bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 malam dengan
menawarkan hudangan masakan tempatan dan hidangan barat. Suasana di dalam
Rumbia Coffee House selesa, cantik dengan hiasan interior yang menenangkan.
Pihak De Palma juga
menerima tempahan majlis makan malam mengikut konsep yang dikehendaki pelanggan
seperti tema Bollywood, tema Cowboy, tema Lanun dan
bermacam lagi bergantung kepada permitaan. Dinasihatkan untuk majlis sebegini
harusnya memaklumkan lebih awal kepada pihak resort.
Destinasi Menarik Di Sekitar De Palma Eco
Resort, Kuala Selangor
Sekiranya korang
menginap di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor, korang boleh menikmati
pemandangan cantik dan tempat-tempat menarik di sekitar resort dalam kawasan
Kuala Selangor. Wowwww seronok sangat percutian singkat lari dari kesebokan
boleh nikmati keindahan alam yang mendamaikan. Kalau datang ke Kuala Selangor
jangan lupa untuk singgah di beberapa destinasi menarik antaranya :
Ini kali
kedua Nora datang ke Bukit Malawati yang merupakan destinasi tumpuan pelancong
dari dalam mahupun luar negara. Bukit Malawati merupakan tempat bersejarah di
zaman Pemerintahan Kesultanan Selangor yang pertama sehingga ketiga. Di sini
terdapat peninggalan sejarah seperti Batu Hampar, Meriam 3 sederet,
Tangga Seratus, Busut Malawati, Pemandangan Selat Melaka dan paling best datang
sini adalah dapat bermain dengan monyet yang berkeliaran di kawasan Bukit
Malawati.
Pemandangan
di sini sangat menarik maklumlah tempat bersejarah so, Nora tidak lepaskan
peluang mengabadikan beberapa gambar di sini bersama monyet-monyet yang jinak. Dengan
syarat korang pelu membawa makanan ataupun sekiranya tak berani boleh je selfie
bersama monyet. Hehehehe
Untuk naik
ke Bukit Malawati ni, ada disediakan TRAM atau keretapi sebagai kemudahan
pengangkutan kepada pengunjung. Tak rugi bawa anak-anak dan keluarga datang
sini sebab view yang menarik.
Keli-Kelip
Kampung Kuantan
Merupakan destinasi pelancongan di Kuala Selagor. Ini kali kedua juga Nora datang ke sini. Kali pertama zaman anak dara datang bersama kawan-kawan study. Seronok datang sini sebab boleh tengok lebih dekat kelip-kelip even masa kecik memang suka tangkap kelip-kelip. Kelip-kelip merupakan khazanah yang semakin pupus di mana habitat ini tinggal di kawasan lembap seperti kawasan paya bakau.
Sky Mirror
Tarikan
terbaru di Kuala Selangor adalah Sky Mirror iaitu pantai yang mempunyai
perairan yang cetek terletak di “Pulau Misteri” yang dijumpai oleh penduduk
tempatan. Siapa sangka tempat ini menjadi tarikan baru pelancong yang datang ke
Kuala Selangor untuk abadikan gambar yang cantik.
Perairan yang cetek dan berpasir menjadikan kawasan ini kawasan yang lapang berada di tengah-tengah laut. Tarikan pelancong di sini adalah pantai yang memberi pantulan cahaya atau senang kata pantai yang mencerminkan langit sepanjang masa. Sky Mirror di beri nama kerana memberikan pantulan imej seperti refleksi dari cermin yang hanya berlaku pada waktunya.
Perjalanan
dari jeti ke Sky Mirror ini mengambil masa selama 45 minit dan hanya satu trip
perjalanan sahaja setiap hari. Perjalanan bermula lebih kurang jam 8-9 pagi dan
hanya boleh berada di sana sehingga tengahari. Ini kerana kawasan ini hanya ada
pada waktu-waktu tertentu sahaja maklumlah perairan cetek di tengah-tengah
laut.
Setiap
satu bot boleh memuatkan lebih kuran 10 orang dan harga pakej ke Sky Mirror
adalah RM80/seorang.
Taman Alam Kuala Selangor
Taman
Alam Kuala Selangor terletak berhampiran Bukit Malawati. Taman Alam ini merupakan
kawasan peliharaan flora dan fauna dengan keluasan 200 hektar tanah yang
sebahagiannya adalah paya bakau. Taman Alam ini mempunyai habitat yang tinggal
di kawasan hutan skunder, muara sungai berlumpur, tasik payau yang mana dihuni
oleh haiwan spesis lembap.
Kawasan
ini menempatkan lebih daripada 150 spesis burung dan 100,000 burung terdiri
daripada 30 spesis yang berhijrah ke sini pada aktiviti penghijrahan tahunan mereka.
Oleh itu, melihat dan mengenali lebih dekat spesis burung merupakan salah satu
aktiviti menarik di Taman Alam Kuala Selangor.
Terdapat
empat jejak untuk melihat hidupan liar iaitu Egret Trail (550 meter), Pangolin Trail (1km), Bund Pantai (1.7km) dan
Langur Trail (1.1km) masing-masing mengambil masa selama kira-kira 30 minit, 50
minit, 2 jam dan 2.5 jam.
Selain
itu, terdapat juga Menara permehati untuk pelawat yang datang di sini. Juga
dinasihatkan untuk membawa sendiri teropong dan kamera untuk pemandangan burung
dan habitat haiwan lain. Di sini juga ada disediakan chalet untuk mereka yang
berminat rasai pengalaman bermalam di hutan. Aktiviti di sini boleh disertai
oleh murid sekolah sebagai pembelajaran mereka.
Waktu Operasi Taman Alam Kuala
Selangor :
Harian:
9.00 pagi - 6.00 malam
Tambang
/ Kadar: Seperti di gambar
Kadar Bayaran :
RM4 untuk
Dewasa,
RM1 untuk
Kanak-kanak (di bawah umur 17 tahun)
RM 2 untuk
Warga Emas (melebihi 60 tahun)
Sebenarnya
seronok datang ke Kuala Selangor memandangkan banyak tempat menarik sebagai
tarikan pelancong. Bagi korang yang inginkan percutian singkat bersama keluarga
untuk lari dari kesibukan kota, boleh datang ke Kuala Selangor dan menginap di
De Palma Eco Resort. Ini merupakan pegalaman yang menarik bagi Nora sepanjang
berada di sini.
Trip
kali ini sangat menyeronokkan. Sambil bercuti sambal tu kita boleh explore
tentang keindahan alam yang ada di negara kita. Selain dari destinasi yang menarik
Nora kongsikan di atas, di Kuala Selangor juga mempunyai pekan yang membangun
dan tempat menarik yang lain tarikan pelancong adalah seperti Pasar Penambang,
Makam Anak Dara, Muzium Bersejarah dan banyak lagi.
Banyak
gambar-gambar yang Nora ambil sebagai kenangan. Walaupun dekat tetapi rasa
tidak puas berada di sini. Untuk korang yang cuba lari dari hiruk pikuk kota
boleh merancang percutian menarik di sini dan menginap di De Palma Eco Resort,
Kuala Selangor.
Kalau
datang ke Kuala Selangor, Nora sangat recommended korang untuk menginap di De
Palma Eco Resort, Kuala Selangor kerana dapat merasai keindahan alam
semulajadi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
website : www.depalmahotel.com
Intagram : www.instagram.com/depalmahotels
Tel : 03-3289 7070
19 Comments
Wow menarik tempatnya. Teringat zaman cari kerang.
ReplyDeleteWahhhh akubiomed ade kenangan di Kuala Selangor ye.. Best kan sini banyak tempat menarik yang belum habis di explore
DeleteFirst time pi sini...lepas ni nak bawak family pi sini gak...nak diorang experience jugak...seronok kan..
ReplyDeleteBetul kak SA. Saya pun nanti nak bawa zarra. sebab dia xpernah pergi tempat2 mcm ni..
Deletepernah stay sini masa outstation kuala selangor dlu...ada tgk bloggers update p sky mirror tu...cantik
ReplyDeleteWah, kampung saya ni...
ReplyDeletebestnyaaa..
ReplyDeleteBest giler sebenarnya walaupun penat.. xpuas nya kt Sky Mirror tu
ReplyDeletewaa.. tak sangka ada tempat menarik di selangor.. nampaknya kena standby masa untuk bawa keluarga bercuti ni..
ReplyDeletetempat menarik, harga pun murah...bnyak aktiviti pulak tu..teringin nak pergi sky mirror tu
ReplyDeletebest menginap dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor ni. banyak aktiviti yang boleh buat.
ReplyDeleteWah bestnya. Teringin buat aktivit sky mirror tu. Banyak info ni dan boleh masuk list menghabiskan cuti sekolah anak-anak.
ReplyDeleteJadi wishlist bila berkunjung ke kuala selangor nanti. Memang suka suasana tenang.
ReplyDeleteSeronok juga ya kat sini. Pernah pergi Bukit Melawati tu ajelah. Btw, banyak aktiviti boleh buat kat sini. Teringio nak pi Sky Mirror tu!
ReplyDeleteAlways wanted to visit Kuala Selangor for sky mirror! Will keep this hotel in mind :)
ReplyDeleteTak sangka Kuala Selangor ada banyak dan banyak tempat best boleh terjah.. Bagi korang yang sukakan alam semulajai.. memang Kuala Selangor port terbaik untuk datang
ReplyDeleteseems like cuaca tak cukup bagus when you went for the sky mirror right! need a lot of sun to have the mirror effect!
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
Banyaknya aktiviti yang menarik.....
ReplyDeleteMenarik. Boleh letak di list tempat best untuk stay nanti..
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿