Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Buat Bakal Raja Sehari
Assalamualaikum,
Salam kesayangan setelah lama Nora menyepi. Syukur alhamdulillah selesai Majlis Raikan Cinta Nora & Suami pada minggu lalu. Haaaa sempena cuti sekolah ni, pasti banyak kenduri kahwin dan juga majlis-majlis sambut menantu kan. Sebelum menutup tirai 2017, buat mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 boleh datang ke Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Buat Bakal Raja Sehari.
Atas pengalaman Nora yang baru melangsungkan perkahwinan pada 09 Disember 2017 yang lalu, ingin berkongsi serba sedikit tentang persediaan dan persiapan menguruskan majlis sendiri. Majlis perkahwinan Nora dibuat secara sederhana sekadar meraikan kami dan kenalan family. Untuk kali ini pilihan untuk busana pengantin Nora memilih Songket kerana ingin mengembalikan era seperti zaman dahulu. Cuma kali ini perincian songket telah diperkemaskan dengan labuci dan design songket juga telah dipelbagaikan. So, sekiranya korang suka busana pengantin material songket boleh survey mulai sekarang.
Jadi, untuk bakal raja sehari yang merancang untuk berkahwin tahun hadapan jangan ketinggalan untuk hadir ke Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan pakej lengkap di bawah satu bumbung yang sama bagi perkhidmatan persiapan perkahwinan untuk para pengunjung yang bakal mendirikan rumahtangga nanti. Jadi, para pengunjung terutamanya bakal pengantin mempunyai banyak pilihan untuk pakaian pengantin, pelamin, hantaran dan katering untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Bakal pengantin boleh mula merancang untuk mencari pakej-pakej perkahwinan bagi melancarkan majlis dan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Jom Rewang 2018 kerjasama antara Puspawangi Event Management dan Kerja Kahwin membuka peluang kepada vendor-vendor yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan khusus untuk bakal pengantin. Lebih
kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan
akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk
melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering,
persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
Selain itu, terdapat hampir 300
syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan
mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan
menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat
tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin
melangsungkan perkahwinan. Korang tak perlu mengambil cuti kerja dan balik
kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal
masing-masing kerana perkhidmatan yang ditawarkan boleh berhubung dan berurusan secara atas
talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di negeri yang terlibat.
Terdapat kemudahan kawasan parkir untuk para pengunjung yang hadir dengan kadar yang murah di dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral. Dengan adanya kemudahan ini membantu korang merancang perjalanan dan waktu untuk hadir ke Event Jom Rewang 2018 ini.
Sebagai pengalaman sendiri, Nora suggestkan korang bakal raja sehari untuk membuat perancangan seawal yang mungkin dan servey keperluan yang diperlukan. Sekiranya kedua-dua pasangan sibuk, sangat recommended untuk mengambil pakej lengkap perkahwinan ataupun mengambil perancang perkahwinan bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak. Tidak rugi dan sangat membantu sekiranya korang datang beramai-ramai ke Jom Rewang 2018 yang akan berlangsung pada 26 - 28 Januari 2018.
Untuk Info Lanjut
Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
5 Comments
Bagus ada pameran mcm ni memudahkan bakal pengantin mencari butik yg boleh penuhi kehendak mereka
ReplyDeleteTahniah.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru.
tahniah Nora !
ReplyDeleteTahniah Nora. Cantiknya Nora gambar kawen Tu. Sama cantik sama padan
ReplyDeletecantiknya gambar tu memang menakluk jiwa saya
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿