Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018 Untuk Menangi Hadiah Percutian Dan Penerbangan Ke Luar Negara
Tahun baru, azam baru, impian baru pasti ada yang
ingin melancong ke luar negara kan. Maka mulai sekarang boleh dah menabung
sedikit demi sedikit. Siapa tak suka travel kan. Yelah tak kira korang nak
travel dalam ataupun luar negara mesti dah ada perancangan awal untuk bercuti
bersama keluarga.
Nora ni suka nak berjalan tetapi selalu kekangan
masa. Tabiat Nora suka scroll tempat-tempat menarik mahupun mencari
package-package percutian yang menarik. Nora ternampak iklan traveloka ada
mengadakan CNY Contest 2018 sempena untuk sambutan Tahun Baru
Cina tidak lama lagi.
Haaa, pasti contest ini memberikan hadiah menarik
kepada pemenang. Sebelum itu Nora nak share sedikit tentang Traveloka ni kan
mungkin ada yang masih tidak tahu kewujudan laman web untuk melancong hanya
dihujung jari.
Traveloka, sebuah aplikasi tempahan
pelancongan terkemuka untuk destinasi domestik dan antarabangsa di Asia
Tenggara. Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan
aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja. Senang kata korang nak pergi bercuti boleh menempah hotel, penerbangan
secara online sahaja dengan Traveloka.
Senang sahaja nak booking
online hotel mahupun penginapan dengan Traveloka hanya perlu install
aplikasi di smartphone sahaja dan lengkapkan semua keterangan yang di minta.
Sudah selesai bolehlah korang mulakan pencarian hotel mahupun kapal terbang ke
destinasi yang diidamkan melalui Traveloka.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI TRAVELOKA
Untuk pengetahuan korang,
sebenarnya banyak kelebihan sekiranya menggunakan aplikasi Traveloka dalam pencarian hotel dan penerbangan untuk percutian
korang. Aplikasi Traveloka memaparkan harga pada setiap penerbangan di mana paparan harga untuk tambang dua hala
membantu merancang kewangan untuk percutian Nora setelah memilih tarikh yang
diingini. Mudah sangat tau dengan pilih tarikh percutian, harga akan di
paparkan dan kita dapat membuat pengiraan bajet untuk percutian.
Selain itu, seronoknya menggunakan
aplikasi Traveloka ini adalah paparan harga yang dikenakan tidak mempunyai
sebarang caj tambahan mahupun caj tersembunyi. Apabila kita buat pilihan hotel
mahupun penerbangan harga tetap sama dan tiada
kos tambahan tersembunyi yang dikenakan oleh Traveloka. Haaa inilah yang
membezakan Traveloka dengan aplikasi yang lain.
Traveloka memudahkan korang membuat tempahan hotel dan penerbangan untuk
percutian korang bersama keluarga tercinta mahupun teman-teman rapat. Macam
Nora, boleh dikatakan ramai dkalangan teman-teman suka melancong dan aplikasi
Traveloka ini banyak memberi kemudahan pada mereka yang mana proses untuk booking boleh dibuat oleh keluarga
terdekat mahupun sesiapa sahaja.
Siapa pun boleh buat tempahan
sebab Traveloka tidak perlu untuk pengesahan. Ye lah kan mana tahu dikalangan
keluarga atau teman kita yang nak pergi melancong tetapi tiada masa untuk
menguruskan tempahan, haaaa aplikasi ni dah membantu untuk proses booking secara online.
Kemudahan bayaran
perbankan secara atas talian memudahkan transaksi tempahan dibuat. Selain itu
boleh juga ke 7 Eleven terdekat untuk membuat bayaran mengikut jumlah yang
perlu dibayar dengan menggunakan mesin MolPay. Semuanya mudah dengan aplikasi
Traveloka.
Okay, berbalik pada cerita Nora
tadi berkenaan contest CNY 2018 yang
di adakan oleh Traveloka rasa teruja bila hadiah yang disediakan sangat
menarik. Nak tahu sebab apa menarik? Haaa sebab salah satu hadiah yang
ditawarkan adalah pakej percutian ke luar negara iaitu ke negara Korea. Wowwww
seronok sangat kan siapa yang yang teringin nak ke luar negara joinlah contest
ni mana tahu ada rezeki korang kan.
Untuk pengetahuan korang,
sekiranya korang join Contest
CNY 2018 iaitu Traveloka
Fly & Win Challenge ni, Hadiah Pertama yang disediakan oleh Traveloka
adalah Percutian ke Seoul, Korea selama
6 hari 5 malam, Hadiah kedua ke Phuket,
Thailand selama 5 hari 4 malam, Hadiah ketiga ke Langkawi, Malaysia selama 4 hari 3 malam dan hadiah saguhati
berupa baucer daripada Traveloka sebanyak RM1000.
Wowww sangat dengan hadiah yang
giler best ni. Bukan susah pun nak join contest ni hanya guna handphone pun
boleh dan lagi senang. So, sesiapa sahaja boleh join contest ni mengikut
kelayakan seperti yang telah di tetapkan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Pastikan akaun Facebook yang digunakan
adalah akaun Facebook sendiri bukan yang fake.
2. Contest ni terbuka untuk semua
rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
3. Peserta wajib follow Facebook
Page Traveloka Malaysia
4. Peserta
dikehendaki bermain permainan Traveloka Fly & Win CNY Challenge
di laman web yang disediakan
5. Peserta
perlu resgister dengan mengisi maklumat yang disediakan
CARA-CARA PENYERTAAN TRAVELOKA FLY & WIN CNY
CHALLENGE
Terdapat beberapa langkah mudah untuk sertai contest CNY 2018
2. Baca terma dan syarat
3. Boleh memulakan permainan
dengan cara tekan anak panah untuk memulakan permainan :
·
Tekan skrin untuk menerbangkan kapal terbang
·
kumpul sebanyak yang mungkin angpow sepanjang korang masih dalam
permainan
·
boleh main sehingga korag dapat markah yang memuaskan dan boleh mencuba
sebanyak mana yang korang nak
·
markah yang korang dah puas hati tu perlu di share ke facebook sebanyak
5 kali sehari sebelum boleh submit penyertaan korang.
Haaaa ni maknanya, Traveloka beri peluang untuk
korang mencuba sebanyak yang mungkin sehingga berpuas hati sepanjang contest
ini berlangsung. Tapi perlu ingat, hanya
5 kali sahaja untuk share setiap hari. Apa tunggu lagi, cepat-cepat join
contest ni sementara ia sedang berlangsung.
Moga-moga ada rezeki Nora dan korang untuk menang.
Jom… Good Luck untuk korang yang
sertai contest ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Traveloka Fly & Win CNY Contest ataupun ingin bercuti dan mencari hotel dan penerbangan dengan harga yang berbaloi-baloi, boleh layari laman web rasmi Traveloka. Usya-usya lah mana tahu ada promosi yang best-best untuk korang bercuti ataupun melancong.
5 Comments
Best giler hadiah tu nora. Beruntung sgt kalau dpt ke seoul secara percuma. Berangan kejap ni. Hehe. Jom berjemaah main game tu.
ReplyDeleteBetul tu ANa best sgt. Tak dapat p luaq negara p Langkawi pun dah rezeki. heheheh kannnn...
DeleteJom kita join reramai jom..
ReplyDeleteJoin kak sue. Takat ni dapat sikit je. hehehehhe segan nak share.
Deleteakak xde bakat nampaknya. score sikit bebenor
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿