MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor
Alhamdulillah rezeki dapat sehelai uniform sekolah baru untuk Zarra. Maklumlah ini kali pertama Zarra akan bersekolah Tahun 1 pada 2018. Uniform sekolah yang diterima adalah daripada Jenama FR Junior hasil sumbangan daripada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Adanya sumbangan ini boleh tambah-tambah baju uniform sekolah untuk Zarra.
Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.
Dalam
merealisasikan usaha ini, MBI telah
mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada
golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang
memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf
hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.
OBJEKTIF PROGRAM
1) Meringankan bebanan keluarga yang
berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan
anak-anak.
Antara program yang telah dianjurkan oleh
MBI antaranya :
1) Program di Hope For
The Future di Sunway Lagoon
2) Program di Tadika
Cahaya Takwa
Melalui
pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap
kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli
keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan
Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup.
Pemberian
bantuan ini juga bertujuan memudahkan penerima untuk menerima bantuan tersebut
apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.
Program
ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam
menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan
lain.
Nora bersyukur sangat kerana salah seorang penerima
sumbangan pakaian seragam sekolah. Untuk pengetahuan semua, jenama FR
Junior direka dan dikeluarkan oleh designer Encik
Fairuz Ramdan. Uniform Sekolah FR Junior ini menggunakan
material yang sangat berkualiti dengan jahitan yang kemas dan selesa dipakai
sepanjang sesi persekolahan.
Untuk melihat perkembangan kerja-kerja CSR dan ingin
mengetahui tentang FR Junior boleh
follow :
Instagram : @csrmbiselangor
Instagram @theofficialfrjunior dan @itsfr
3 Comments
Mungkin ramai yg tak tau ada sumbangan ni. Saya tak tau sebelum baca ni. Tapi saya tak ada anak sekolah.
ReplyDeleteBagus ada program sumbangan macam ni membantu golongan yang kurg berkemampuan kan
ReplyDeleteAna sokong adanya program mcm ni. Sgt membantu golongan yg memerlukan serta meringankan kos persekolahan buat mereka.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿