Thymos Anti Sinus Allergies Spray Membantu Mengatasi Radang Sinus Dan Allergy
Thymos Anti Sinus Allergies Spray Membantu Mengatasi Radang Sinus Dan
Allergy |
Untuk korang yang mempunyai masalah allergy ataupun
resdung meh baca apa yang ingin Nora kongsikan pada korang. Kebiasaannya kita
ambil mudah akan perkara sebegini kerana ia berlaku pada keadaan-keadaan
tertentu sahaja. Kali ini Nora akan kongsikan cara untuk mengatasi
masalah radang sinus ataupun allergy. Sebelum itu, apa kata kita
kenali dulu apa itu Sinus.
Sinus adalah penyakit hidung yang disebabkan oleh
radang pada selaput sinus. Ramai antara kita yang kaitkan sinus dengan penyakit
resdung walaupun sebenarnya ia tiada kaitan dengan resdung.
Nora sering mengalami gatal-gatal hidung, hidung
berair, hidung tersumbat dan kerap bersin setiap pagi mahupun bila terkena
habuk. Selain itu, Nora juga akan alami gatal pada muka, dan mata. Ini
merupakan tanda-tanda allergy ataupun sinus. Korang yang ada masalah sama
seperti Nora pasti tahu akan rasa ketidakselesaan sekiranya allergy atau sinus
melanda dekat diri korang.
Simptom yang sering dikaitkan dengan pesakit Sinus adalah :
- Selesema
- Demam
- Rasa Letih
- Sakit di bahagian muka apabila ditekan
- Rasa sakit apabila menundukkan kepala
- Sakit kepala / migrane
Penyakit ini kadang-kadang boleh terjadi disebabkan
oleh debu, perubahan cuaca dan juga makanan. Macam Nora seringkali alami
bersin, selesema, gatal muka dan mata apabila berlaku perubahan cuaca dan juga
debu. Memang alah sangat-sangat dengan debu, kalau mengemas rumah habis naik
merah-merah dan gatal-gatal pada muka.
Bila perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, Nora
kerap akan alami tersumbat hidung, hingus yang jernih (rhinorrhea), bersin dan
sakit kepala. Terus terang bila ini terjadi memang susah nak tidur. Hingus yang
keluar tu dah macam air dan susah nak hembus sebab automatik tunduk kepala
boleh keluar sendiri. Haaa gitulah seksanya rasa apabila allergy tu melanda
Nora.
Simptom yang Nora alami lebih kepada allergy iaitu
alahan rhinitis. Bagi korang yang mempunyai penyakit sinus pasti akan mengalami
hingus berwarna hijau, kuning atau bercampur darah, sakit kepala yang sangat
seperti migrane, akan alami rasa sakit pada hidung, pipi dan juga dahi. Bila
alami simptom ni, hidung past tersumbat dan badan seakan rasa nak demam.
Sebagai seorang pesakit yang mengalami
simptom-simptom seperti yang dikongsikan di atas, Nora telah menemui satu bahan
disinfektan yang mampu melegakan radang sinus dan allergy. Ubat
yang Nora maksudkan adalah THYMOS Anti Sinus/ Allergies Spray iaitu
produk keluaran THYMOS dari London yang kini ada dijual di Malaysia.
THYMOS Anti
Sinus/ Allergies Spray
Baru-baru
ini Nora diperkenalkan dengan produk baru untuk mengatasi masalah allergy dan
sinus yang Nora alami selama ini. THYMOS
Anti Sinus/ Allergies Spray merupakan produk dari luar Negara yang kini
berada di pasaran Malaysia.
THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray mempunyai penyelesaian revolusi yang berkesan bagi mengurangkan alahan
yang disebabkan oleh bakteria. Dengan menggunakan Spray ini, ia cepat memberi
perlindungan dalam jangka masa panjang sehingga 12jam terhadap mereka yang
mengalami alahan sepanjang hari.
Semenjak
Nora menggunakan spray keluaran THYMOS ni, memang sangat membantu mengurangkan
masalah alahan dan sinus Nora. Bangun pagi tidak ada lagi bersin mahupun
selesema. Cuma setakat ini apabila debu Nora masih menghadapi alahan seperti
gatal muka dan mata cuma tahap keradangan sinus itu sudah berkurangan.
THYMOS Anti Sinus/ Allergies Spray mempunyai kekuatan kuasa melepaskan ion negatif bagi melindungi alahan
pada bakteria berbahaya. Dengan menggunakan mineral yang berkualiti tinggi,
Thymos mengaktifkan perlindungan secara automatik apabila bersentuhan dengan
udara dan cahaya. Dengan ini, tiada lagi pertumbuhan bakteria dan bakteria
dapat dihancurkan.
Teknologi
“Self
Sanitizing” (pembersihan secara utomatik) yang telah dipaten ini
mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative
bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan
allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula
secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh
tahan 12 jam.
Cara
Penggunaan THYMOS Anti Sinus/ Nasal
Allergies Spray
1. Sembur di bahagian baju seperti memakai minyak
wangi
2. Sembur pada bantal bagi mengurangkan alahan sinus
3. Sembur diudara atau jarak permukaan muka bagi
mengurangkan kerangsangan sinus.
Nora cadangkan supaya mengguna dosage seperti yang disarankan
oleh THYMOS, sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah
cukup.
Sangat
selesa selepas menggunakan THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni
tau. Hanya perlu sembur setiap hari untuk mendapatkan keselesaan hidung yang
kurang berair dan bangun dalam suasana yang sempurna. Hanya sembur dapat melegakan
segera keradangan kerana THYMOS Anti
Sinus/ Allergies Spray ni mampu membunuh 99.999% bakteria hanya dengan 60
saat sahaja.
Selain itu,
spray ini membantu menguatkan antibodi dalam diri Nora. Ia juga bebas alkohol,
bahan kimia toksik, wangi-wangian dan steroid. THYMOS Anti Sinus juga memberi
perlindungan selama 12 jam kerana proses pembuatannya menggunakan teknologi
paling maju di dunia iaitu teknologi AirShield yang tidak dapat dilihat dan perlindungan
teknologi revolusi yang luar biasa dari UK.
Kini tiada
lagi allergi dengan Thymos Anti Sinus/
Allergies Spray.
Untuk
maklumat lanjut tentang produk keluaran THYMOS boleh layari web seperti berikut
:
Web : https://www.thymosglobal.com/
Produk Thymos juga boleh didapati di Guardian yang berhampiran dengan korang atau boleh layari laman web berikut :
Produk Thymos juga boleh didapati di Guardian yang berhampiran dengan korang atau boleh layari laman web berikut :
Atau
2 Comments
Wah sekali spray tahan 12 jam tu. Boleh recommend dkt husband ana ni since dia ada resdung.
ReplyDeleteMcm sesuai utk mama be ni.. tersalah nk try puka
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿