Salam kesayangan...

Hye korang !
Siapa yang suka pakai body lotion? Mesti ramai suka pakai untuk memastikan kulit sentiasa lembab dan wangi. Sayang kalau muka cantik tapi kulit tubuh yang lain tak secantik muka.

Serius, kulit kering sangat merimaskan dan terasa kasar apabila tersentuh. Nahh, kali ini Nora kongsikan lotion Enchanteur yang bukan sahaja untuk body lotion malah ia juga wangi. Ok, memang kebanyakkan body lotion tu wangi, tapi produk dari Enchanteur ni membawa elemen-elemen wangi bak perfume.


Koleksi Echanteur Perfumed Body Lotion

Enchantur Perfumed Body Lotion ini ada 5 variasi, Romantic (bunga pink), Alluring  Radiant White (bunga ungu), Alluring 24H Moist, Stunning (bunga peach) dan Charming (bunga kuning). Pada awalnya tertarik dengan pink, maklumlah wanita atau perempuan sering dikaitkan dengan warna pink. Tetapi dari zaman sekolah Nora selalu gunakan Charming dan Alluring kerana bau yang sedap dan wangi. Ini berdasarkan apa yang Nora rasa dan mengikut citarasa individu. Ye lah kan, ada orang suka yang lain kan. Deria menghidu setiap individu berbeza. Hheheheh.. Kalau dari segi kekemasan, Nora lihat botol yang berwarna putih, ada sedikit lekukan dan mudah untuk dipegang. Bagi Nora cantik dan nampak slim gittew.

Nora suka warna bunga-bunga yang ada di depan botol. Kalau diperhatikan bentuk bunganya sama sahaja, hanya warnanya sahaja yang berbeza membawa maksud yang tersendiri dan miliki bau yang berbeza. Tetapi dengan perbezaan warna itu, kita tidak perlu susah-susah untuk tahu kelebihan lotion Echanteur ni sebab melalui nama dan warna bunga itu telah membezakan bauan wangi lotion tersebut. Eh, Nora baru perasanlah kalau perfumed berada di ingredients yang ketiga, ini bermakna wanginya seharum semerbak.



Kalau dilihat pada penutup botol Enchanteur Perfumed Body Lotion adalah kecil, tetapi Nora suka yang macam ini kerana apabila nak guna ia tidak keluar terlalu banyak. So, kira agak-agak kita boleh guna untuk sapu di kulit tangan, badan dan kaki.

Wangian dari Romantic (warna pink) ini adalah dari bulgarian roses dan white jasmine, sesuai yang suka bau wangi bunga ros. Wangian dari Alluring Radiant White pula adalah menggunakan Vitamin C, Rose, Iris dan ditambah dengan creamy vanila yang menghasilkan wangian seperti mawar dan bau kemanisan sikit dari vanila. Alluring 24H Moist dan Charming 24H Moist pula miliki bahan yang sama rose water, Pure Olive Oil dan Lily Extract bagi memastikan kelembapan. Haaa sebab itu namanya 24H Moist. Manakala Stunning  menggunakan bahan dari Turkish Rose, Gaerdenias dan Blackcurrent Buds dan akhir sekali wangian Charming dari rose, muguet, dan soft cendarwood, yang mana wangi dari bunga mawarnya tidak begitu ketara dan sebati dengan campuran bahan lain. Bagi Nora, wangi Charming susah nak describe sebab ianya menghasilkan bau yang sedap, wangi dan sedikit manis datang dari cendarwood nya.



Penggunaan Enchantuer body lotion ni sama seperti body lotion yang lain, yang mana kebiasaan Nora akan gunakan lotion selepas mandi saat kulit masih lembab-lembab dan pakai sebelum tidur agar masa nak tidur tu bau haruman yang wangi. Pasti lena je nak tidur tau. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang lembut dan tahan wangi lebih lama Nora recommend korang gunakan Enchanteur Perfumed Body Lotion.



Kandungan lotion dari Enchanteur ni dilihat tidak terlalu cair-cair dan tidak terlalu pekat. Nora masih dapat rasakan ada oil-nya (olive oil) tapi ia tidak membuatkan kulit rasa berminyak atau melekit sebaliknya Nora rasa lembut dan kulit rasa lembab. Dengan adanya campuran olive-oil, kulit juga akan kelihatan glowing dan glowingnya bertahan beberapa jam. Apa yang penting lotion dari Echanture melembabkan kulit dan tahan wangi yang lebih lama seharum bau perfume. Kalau malas nak spray perfume, hanya sapu lotion Enchanteur je korang dah bau wangi.


Terdapat 2 variasi Wangian Lotion Echanteur Alluring

Perfumed Body Lotion ni wangi sangat, semerbak bau kalau di tambah dengan perfume tapi lama-kelamaan bau wangi beransur sikit tapi masih tidak hilang dari body kita. Nora aka pastikan bau body lotion ni sentiasa di tangan sebab rasa fresh selain bagi mengekalkan kelembapan kulit. 

Enchanteur Perfumed Body Lotion bertahan lebih kurang 8 jam, walaupun cuba untuk gores kulit tapi masih mengekalkan kelembapan. Sebab ada sesetengah lotion ia meninggalkab kesan putih. Cuma, apabila terkena air terutama untuk ambil wuduk ada rasa sedikit licin dan berminyak tetapi ia tidak keterlaluan.




Nora rekomen korang Enchanteur Perfumed Body Lotion buat korang yang suka mencium wanginya body lotion untuk korang yang kulitnya kering, kerana lotion ini lembab lebih kurang selama 8 jam.

Kesimpulan:

Pendapat positif Nora Enchanteur Perfumed Body Lotion adalah :-

·         Wangi
·         Mudah untuk didapati
·         Lembab
·         Keadaan lotionnya yang wangi dan lembab

Pendapat negetif Nora adalah:-

·         Ada kesan licin jika terkena air
·         Awal-awal bau yang kuat namun, lama-kelamaan makin soft wangian lotion ni.

Repurchased?
Of course, yang pasti Nora nak Charming.

Produk Enchanteur boleh di dapat di mana-mana pasaraya, kedai dan farmasi.

Boleh layari laman web Enchanteur di http://enchanteur.com.my/


10 Comments

  1. Suka losyen brand ni dari dlu lagi Nora, nanti nak carilah yg alluring tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama jue. Nora pun dr zmn skolah mmg guna lotion ni and brand ni. mse duk asrama smpai beli lah shower gel brand ni. heheheh alluring tu best.. nora suka.

      Delete
  2. Bestnya bau enchanters semuanya best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul semuanya best.. heheh dr zmn skolah gune..

      Delete
  3. Enchanteur tak pernah tak wangi baik perfume, talkum atau lotion. Harga pula mampu milik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhh zaman ank dara ni lah koleksi yg selalu guna... dr zmn skolah asrama lg set enchanteur mandian smpailah segala mak nenek yg ade. heheheh

      Delete
  4. echanuter ni mmg best bau dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn wangi even lotion dia je kan semerbak gittew.

      Delete
  5. Sukaaa lotion ni 😊 wangi ja rasa xyah pkai perfume pun boleh

    ReplyDelete
  6. enchanteur ni dah jd brand besar. lama dah dia bertapak kat Malaysia yak!!!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿