Salam kesayangan...

Hanya menghitung hari sahaja untuk menanti Ramadhan. Bahang Ramadhan mula terasa di mana ramai umat Islam ternanti-nantikan bulan yang penuh makna. Jadi kita sebagai hamba bersedia atau tidak selagi panjang umur pasti kita akan menunaikan Rukun Islam ke-3.


Menjadi satu kelaziman apabila menjelangnya bulan Ramadan setiap tahun, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan menu Ramadan masing-masing.  AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama sahaja lagi. Pada tahun ini, AnCasa Hotel & Spa telah memilih tema ‘Kampong Boy’ bertepatan dengan Kempen ‘Stay, Dine & Win’ yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.

Arabian Fusion (Kambing Bakar)

Ulaman dan sayuran
Memandangkan sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan-pelanggan hotel yang telah menikmati Ramadan Bufet pada tahun lepas, AnCasa Hotel & Spa, telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung di dalam bufet Ramadan bagi tahun 2018.

Rendang Maman

Daging Gulai
Bertemakan ‘Kampong Boy’, gabungan idea cef-cef dari AnCasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu dan seni kulinari akan menampilkan kelainan  dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada kali ini. Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya adalah Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup Iman Madina, Sotong Sumbat Sos Pedas ,Kambing Golek , Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan macam-macam lagi. Selain itu, AnCasa Hotel & Spa, turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, kuih talam, seri muka dan pelbagai manisan yang pastinya akan mengubat rindu anda akan masakan bonda di kampung halaman.

Butter Prawn

Apam Balik
Menurut Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan AnCasa Hospitaliti, “Pada tahun ini, kami masih lagi mengekalkan konsep gerai dan ‘live cooking’ di mana 12 gerai dihias bertemakan ‘Kampong Boy’ dengan harapan agar pelanggan dapat merasai ‘homely dining experience’ semasa berbuka puasa di sini. Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda.”

Dessert


“Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bahan mentah semakin meningkat, pihak kami masih lagi mengekalkan harga yang sama dengan tahun lepas iaitu RM58 kepada pelanggan yang membeli baucar sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Harga yang kami tawarkan adalah amat berbaloi jika di bandingkan dengan harga Ramadan Bufet yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang lain”. Ujar beliau lagi.


Haaaa jangan lepaskan peluang untuk dapatkan early bird pada harga yang berpatutan iaitu :

RM58 sebelum 12 Mei 2018
RM68 dewasa selepas tarikh early bird
RM40 kanak-kanak

Untuk maklumat lanjut ataupun membuat tempahan di Ancasa Hotels & Resorts sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com atau hubungi 03 2026 6060 untuk mendapatkan harga yang terbaik.




8 Comments

  1. Harga dia memang betul2 menarik la...rasa nak bawak dania la berbuka kat sini..mesti best

    ReplyDelete
  2. Sedap tahap merecik air liur :') heehe
    .
    Thanks for the review ^^ Hana follow sini ya..

    ReplyDelete
  3. mengimbau kenangan lah kampung boy ni

    ReplyDelete
  4. Harga berbaloi tgk mknn dia trus terliur heheh

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..masakan kampung .Kini ada di bandar..yeaay, senang dah

    ReplyDelete
  6. Berbaloi sangat dengan harga kan Nora, memang banyak pilihan kat sini..

    ReplyDelete
  7. Ok semua nampak sedap dan menggoda. Harga serius murah sgt. Berbaloi buka dekat sini.

    ReplyDelete
  8. Banyak pilihan yang ada. Macam macam menu.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿