Salam kesayangan...

Siapa suka makan nasi lemak? Haaa kebiasaannya kita makan nasi lemak waktu pagi sebagai sarapan dan mostly dengan sambal dan bahan yang biasa sinonim dengan Nasi Lemak seperti sambal, ikan bilis, kacang, telur dan timun. Namun kini, Nasi Lemak ada yang dah belauk bermaksud tambahan samada rendang, paru, ayam berempah dan lain-lain.

Nasi Lemak Cajun
Kali ni Nora nak share dengan korang Nasi Lemak yang di makan bersama seafood. Siapa suka seafood? Of course ramai yang suka makan seafood kan. Ada satu port makan yang awesome iaitu Nasi Lemak Cajun yang dimakan bersama seafood hanya terdapat di Restoran Just Seafood, Sunway Giza.



Korang masih ingat lagi tak yang sebelum ni Just Seafood pernah menghidangkan Nasi Lemak Cajun? Tapi hanya dijual pada tarikh yang tertentu sahaja. Haaa good news buat korang yang ternanti-nantikan Nasi Lemak Cajun kini kembali lagi di Just Seafood. Nora dah menikmatinya dan ia sangat berbaloi makan dengan rasa yang cukup nikmat dengan kombinasi bahan yang digunakan.


Menikmati lunch hour bersama buah hati di Just Seafood
Penggemar Nasi Lemak jangan lepaska peluang untuk menikmati Nasi Lemak Cajun di Just Seafood. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak nasi lemak ini adalah dari bahan yang segar. Meh Nora kongsikan keistimewaan Nasi Lemak Cajun.


Nasi Lemak Cajun di Just Seafood dimakan bersama seafood yang dimasak dengan rempah ratus tersendiri. Seafood yang segar terdiri daripada ketam, udang besar, sotong, kepah, kupang, kerang dan tidak lupa nasi lemak mesti di makan bersama kacang, ikan bilis, lobak dan kentang.


Mula nampak je ketam besar dah risau sebab terfikir macam mana nak makan. Rupa-rupanya pekerja akan siap pecahkan kulit ketam tersebut. Hahhahah mana taukan nak kokak kulit ketam besar ni mau terabur gigi.


Haaa ini harga Nasi Lemak Cajun di Just Seafood :

Korang boleh pilih mengikut harga package yang tersedia.

1. Untuk 2 Pax - RM119
2. Untuk 4 Pax - RM219
3. Untuk 8 Pax - RM429

Korang juga boleh Add-On untuk hidangan Nasi Lemak Cajun ni selain dari bahan yang Nora cerita di atas. 

Add-On :

1. Brokoli - RM10
2. Siput Sedut - RM10 (300g)
3. Petai - RM8
4. Kerang - RM10 (300g)
5. Sotong Kembang - RM10 (150g)

Golden Salted Egg Sauce Seafood
Ok, selain dari Nasi Lemak Cajun, Just Seafood juga ada menghidangkan masakan seafood yang lain dengan pelbagai sauce antara yang menarik minat Nora adalah Golden Salted Egg Sauce Seafood. Hidangan ini sedap di makan dengan roti yang digoreng iaitu Deep Fried Man Tou. Sangat recommended untuk korang cuba.

Menu terbaru adalah Creamy Durian Sauce Seafood. Kepada korang yang minat durian boleh try menu ni. Rasa durian yang creamy tersalut dengan seafood yang segar. Nak try, boleh terjah ke Just Seafood.

Hidangan lain yang terdapat di Just Seafood antaranya Nasi Lemak Lobster dan banyak lagi yang boleh korang cuba.


Kalau korang nak tahu, Just Seafood ni diusahakan oleh Mr Terence Ham dan hidangan di sini adalah HALAL dan menggunan bahan yang segar dan berkualiti. Hidangan ang terdapat di Just Seafood berkonsepkan 'Shell-Out' di mana trend masa kini makanan yang dilambakkan di atas meja. Pasti menyernokkan makan bersama keluarga tercinta.


Boleh dikatakan ramai juga pelanggan Melayu datang makan di sini walaupun kebanyakkannya berbangsa Cina. Ini mungkin disebabkan ramai yang tidak tahu bahawa Just Seafood adalah restoran dengan hidangan Halal.

Bersama Maria Tunku Sabri
Nak rasa keenakan Nasi Lemak Cajun yang kini kembali di Just Seafood, boleh datang ramai-ramai bersama keluarga, dan teman-teman seperti detail berikut :-

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14,
Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Malaysia.

Waktu Operasi : 12pm- 10.30pm (Mon – Sun)

Contact Number : 012-2290855 (Reservation)


8 Comments

  1. serius nampak lazat lah makanan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. seafood dia sedap mamapip.. beso² padan dgn harga. heheheh

      Delete
  2. Sedapnya nasi lemak cajun nih nora. Lain dari yang lain

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak Nasi Lemak Cajun nie Nora.. Nasib ketam tu depa tolong kopekkan ya Nora.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. Bonde suka seafood, rasa rugi pula tak pergi hari tu... tapi apakan daya harap ada rezeki nak terjah just seafood nanti

    ReplyDelete
  5. terkejut tengok harga T_T tp memang nampak menarik walaupun FD jenis tak makan seafood

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿