Rawatan Oxygen Facial Terbaik Dan Murah Di Dr Medispa And Wellness
Salam kesayangan...
Sebagai seorang wanita sudah
semestinya ingin memiliki kulit wajah yang sihat dan bersih. Semakin bertambah
usia membuatkan kulit wajah kita memerlukan penjagaan
rapi terutama apabila sering terdedah dengan cuaca panas, dan udara kurang
bersih.
Rawatan Muka Oksigen (Oxygen Facial) |
Selain itu, kemasukan oksigen dan nutrien ke kulit
yang semakin berkurang juga boleh menyebabkan kulit hidrat atau kering. Bagi
seseorang wanita yang mementingkan penampilan diri, hal ini sudah semestinya
menjadi masalah seperti cela hitam, jerawat, kulit kusam dan pigmentasi bukan
sekadar menjejaskan penampilan malah menghakis keyakinan diri.
Tanda kulit kekurangan oksigen apabila timbul kedut
halus dan kulit tampak kusam yang seharusnya diberi perhatian. Haaa inilah yang
Nora alami yang mana kulit Nora kelihatan kusam dan adakala kering.
Baru-baru ini Nora berkesempatan ke Dr
Medispa And Wellness untuk menerima rawatan facial bagi masalah kulit
kering dan berminyak. Ini pertama kali Nora datang ke spa yang terletak di
Jalan Reko, Kajang menawarkan rawatan oksigen pada harga berpatutan iaitu hanya RM150 sahaja. Haaa murah sangat berbanding spa yang lain pernah
Nora ketahui.
Lebih menarik lagi, Dr Medispa And Wellness yang dibuka ini menawarkan perkhidmatan profesional oleh doktor perubatan bertauliah yang pastinya menjamin keselamatan dan kebersihan tanpa keraguan terhadap kesan sampingan seperti sesetengah pusat kecantikan yang lain.
Sebelum Rawatan Form Pelanggan untuk Dianalisis |
Bagi menjamin kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, doktor akan dianalisis terlebih dahulu kulit wajah. Haaaa, mula-mula doktor cek kulit muka Nora untuk memastikan rawatan apa yang sesuai. Doktor cadangkan untuk Nora membuat rawatan Oxygen Facial dan Anti Aging memandangkan kulit Nora yang kering, kusam dan mula ada jeragat.
Apply Mask Rose |
Apakah Rawatan Muka Oksigen (Oxygen Facial)
Salah satu terapi wajah yang baik untuk meremajakan
kulit adalah rawatan muka oksigen. Rawatan
muka oksigen adalah satu
prosedur bukan perubatan yang tidak memerlukan suntikan atau penggunaan
mana-mana bahan kimia.
Sebelum rawatan oksigen dimulakan,
doktor akan membersihkan wajah untuk memastikan bahawa ia bebas daripada
kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas
pembersihan wajah, seterusnya adalah proses merawat akan menggunakan mesin yang
akan menyerap masuk oksigen terus ke dalam liang-liang pori pada kulit wajah.
Proses Buang Whitehead |
Oksigen yang digunakan biasanya
ditambah dengan beberapa suplimen yang baik untuk kulit seperti vitamin bagi
membantu kulit kekal anjal dan mengurangkan atau menghilangkan terus
garis-garis halus dan kedutan pada wajah. Di Dr Medispa And Wellness, menggunakan serum Rose di mana bau yang wangi dan rasa segar pada kulit wajah.
Proses memasukkan oksigen dalam
kulit muka ni tidak menyakitkan dan ia membekalkan oksigen ke dalam kulit
supaya ia boleh bertindak dengan lebih cepat.
Apakah Kebaikan Rawatan Muka Oksigen
1) Melancarkan aliran darah untuk kesegaran kulit
2) Mengecutkan jerawat dan pudarkan parut jerawat
3) Menjadikan kulit lebih lembap, halus dan mulus
4) Mencerahkan kulit serta lingkaran hitam di bawah mata
5) Mengurangkan ‘eye bag’ di bawah mata
6) Meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih muda
1) Melancarkan aliran darah untuk kesegaran kulit
2) Mengecutkan jerawat dan pudarkan parut jerawat
3) Menjadikan kulit lebih lembap, halus dan mulus
4) Mencerahkan kulit serta lingkaran hitam di bawah mata
5) Mengurangkan ‘eye bag’ di bawah mata
6) Meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih muda
Sepanjang proses rawatan muka oksigen, doktor
memberi beberapa tips untuk mengatasi kulit Nora yang kering dan berminyak.
Salah satunya Doktor pesan cari sunblock
yang mempunyai SPF 50+ sebelum
menggunakan foundation dan kerap
apply alovera atau hyaluronic acid pada muka sebagai pelembab dan menutup
garis-garis halus pada wajah.
Rawatan Oksigen : Memasukkan Serum |
Doktor juga menerangkan bahawa rawatan ini juga
menjadikan kulit kurang kusam dan lebih bermaya di samping melicin serta
menyegarkan kulit. Selain itu, sepanjang proses rawatan muka oksigen ini penggunaan
LED Mask juga membantu untuk
meningkatkan peredaran darah di kulit.
Selepas menerima rawatan, kulit muka
terasa lebih lembab dan soft serta tampak licin dan berkilat. So, untuk Nora
perlu datang lagi menerima rawatan bagi memastikan kulit benar-benar sihat dan
pigmentasi dapat dikurangkan... Risau tau umur baru 30++ dah ada jeragat
bertepek-tepek.
Untuk menerima rawatan muka yang
terbaik, Dr Medispa And Wellness sangat recommended untuk korang cuba di sini
dengan pelbagai rawatan yang disediakan selain terdapat beberapa promotion
dengan harga yang bagi Nora sangat berbaloi.
Rawatan Oksigen atau Anti Aging yang Nora buat ni hanya RM150 sahaja tau. So, kalau korang rasa murah dan berbaloi apa tunggu lagi, Dr Medispa And Wellness menawarkan rawatan yang "awesome" ini untuk semua para wanita di luar sana yang ingin miliki kulit yang cantik dan sihat.
Nak
buat facial murah macam ni? Layari laman web atau terus booking appointment
untuk rawatan seperti berikut :
No. Telefon : 013-7706708
/ 016-9377392
Alamat :
Dr Medispa And Wellness
No.
6 Jalan Reko Sentral 6
Reko
Sentral, 43000 Kajang
Selangor
13 Comments
Wah bestnya Nora.. me time la masa ni
ReplyDeleteWah bestnya Nora, kalau tak sakit teringin juga nak buat nanti.. hehehe..
ReplyDeletebest kan buat rawatan muka..akak dpt yg Toscana tu..tgh fikir bila nak redeem
ReplyDeletemenarik rawatan ni sebab takde suntikan semua tu. harga pun murah je. nak try lah nanti.
ReplyDeletebesntyaaa dh lama tak buat facial.. muka pun dh kusam ni T_T
ReplyDeletefollow sini #1346
bestnya manjakan kulit mukaaa
ReplyDeleteWah bestnye dapat belai manja wajah kan.
ReplyDeleteUuuu..ploles lah lepas ni dia. Hehehe..rawatan oksigen ni harituh Nany ada pergi gak. Tapi kat Hannan Medispa. Cuma aprt buang whitehead tuh die sedut guna ape ntah. Heheh..anyway, lama juga tak berfacial. Nak kena buat balik ni.
ReplyDeleteBestnya dapat buat treatment untuk muka Bonde suka juga tapi tak ada masa... Nanti ada masa yg sesuai nak pergilah
ReplyDeleteMemang nampaklah lerbezaan kulit muka nora before and after...adter lg nampak glowing dan cerah
ReplyDeleteLama tak pi spa.. teringin nak p lg
ReplyDeleteWah bestnya kak. Sesekali buat rawatan muka rasa fresh ja kan.
ReplyDeleteBestnya sempat lagi ne nak booking untuk muka raya.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿