Western Food Cafe Di Cheras
Salam
kesayangan korang.
Western food...
Siapa suka makanan
western food? Haaa kita geng. Baru-baru ni Nora berkesempatan menikmati
hidangan yang superb best di Blue Cafe yang terletak di Bandar Mahkota
Cheras. Actually boleh kategori ambil masa together bersama suami dan anak.
Genap 4 bulan kami sebagai suami isteri.
Seafood Platter |
Ok, berbalik pada
cafe yang Nora nak share dengan korang ni adalah tentang menu yang disajikan di
Blue Cafe ni. Haaa first impression Nora terhadap Blue Cafe ada sebuah cafe
yang simple and nice dengan decoration yang menenangkan. Style cafe kan mostly
sesuai di kawasan yang sibuk dengan shop lot.
Blue Cafe sebuah
restoran makanan western yang mengetengahkan kebanyakan menu-menu baru yang
berhasrat untuk menarik lebih ramai pengunjung dikalangan pelbagai golongan
termasuk yang golongan muslim. Memandangkan Blue Cafe mempunyai menu yang
menggunakan Duck ia sedikit sebanyak cabaran untuk menarik minat pelanggan yang
beragama Islam. Bagi Nora yang kaki makan, sesuatu yang baru apa salahnya untuk
kita cuba sebab selalu kita disajikan rendang itik tetapi di Blue Cafe terdapat
menu yang sedap dan menarik.
Grilled Lamb Chop |
Salah satu menu
yang Nora cuba makan yang menggunakan itik di sini adalah Smoked Duck Pizza dan Smoked Duck Aglio
Olio. Betul-betul sesuatu menu yang pertama kali Nora nikmati. Selain dari itu
terdapat juga menu westwtrn lain antaranya hidangan paling top adalah Pizza
Rendang dan Tiramisu. Korang juga boleh rasai menu yang lain antaranya Seafod
Platter, Grilled Chicken Chop, Cheese Chicken
Chop, Mix Grilled Platter, Lamb Shoulder Chop, Spaghetti Vongole, Oblong Beef Burger dan banyak
lagi.
Selain dari itu terdapat juga minuman dan dessert yang menyelerakan antara minuman yang terdapat di Blue Cafe adalah kebanyakannya bergas tetapi ada juga yang tidak bergas untuk soft drink. Minuman yang korang boleh rasa adalah Rossie Latte, Peach Mojito, Strawberry Soda, Strawberry Latte, Sirap Bandung dan banyak lagi.
Pizza Rendang. Recommended untuk korang |
Smoked Duck Pizza |
Selain dari itu terdapat juga minuman dan dessert yang menyelerakan antara minuman yang terdapat di Blue Cafe adalah kebanyakannya bergas tetapi ada juga yang tidak bergas untuk soft drink. Minuman yang korang boleh rasa adalah Rossie Latte, Peach Mojito, Strawberry Soda, Strawberry Latte, Sirap Bandung dan banyak lagi.
Dalam
banyak-banyak menu yang Nora pernah rasa, sangat recommended dekat korang untuk
cuba adalah Seafood Platter dan Pizza Rendang yang bagi Nora ia memuaskan dan
menyelerakan tekak. Untuk Seafood Platter terdapat Udang, Sotong, Isi Ikan,
Lala dan Indomie di bawahnya manakala Pizza Rendang yang cukup rasa rendang dengan
doh yang nipis dan cruncy. Air pula, korang yang suka minuman panas cubalah
rasa Rossie Latte yang menggunakan sirap rose special di Blue Cafe.
Blue
Cafe ni terletak sederet dengan shop lot lain dan bersebelahan dengan kedai
mencuci kereta. Sebuah cafe yang mempunyai dua tingkat ruang makan menawarkan
menu-menu western dan fusion untuk korang nikmati secara santai waktu lunch, hi
tea mahupun dinner. Blue Cafe juga menerima Private Service untuk korang yang
inginkan ruang lebih selesa di mana terdapat juga bahagian ruangan untuk
bersila.
Tonton juga video menu yang ada di Blue Cafe, Cheras.
Tonton juga video menu yang ada di Blue Cafe, Cheras.
Jangan
lupa untuk korang singgah di Bandar Mahkota Cheras bagi menikmati menu western
food di Blue Cafe sekiranya korang berada di Cheras.
Waktu
Operasi :
Dibuka
Setiap Hari Kecuali Isnin
Buka
pada 12.00 tengahari sehingga 12 malam.
Blue Cafe
No. 7, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras, Selangor
10 Comments
Wah menarik nie Nora, boleh lah singgah nanti bila ke Cheras..
ReplyDeletefulamak, western food mmg lah kegemaran kami anak beranak. boleh cuba lah nanti
ReplyDeletesemua sedap2 kan nora..
ReplyDeleteAlahai sedapnya semua menu tu. Lapar perut tgk satu2 gambar tu. Nak Cuba lah nnti.
ReplyDeleteMalam malam tengok entry penuh gambar makanan...adoii.nampak sedap semua menu
ReplyDeleteTengok gambar nampak menarik
ReplyDeleteWaah banyak juga menu yang menarik ni
ReplyDeletesedapnya telan air liur tengok gambo hahaha
ReplyDeletePizza rendang tu lain daripada yang lain. Nampak sedaap semua menu dekat sini, boleh lah nanti try bila bila ke area Cheras.
ReplyDeleteAina suka western food akak. Grill lamb chop tu mengoda, pergh!.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿