4 Tip Untuk Sahur Yang Sihat
Salam kesayangan...
Ramadhan bakal menjelma. Sudah
semestinya kita sebagai umat Islam persiapkan diri untuk menjalani ibadah
Puasa. Kali ni Nora nak kongsikan dekat korang tips untuk sahur yang sihat.
Maklumlah, walaupun kita
berpuasa, kita perlu bersahur bagi menampung lapar dan dahaga sepanjang kita
berpuasa sebelum berbuka.
Sumber : Google |
Ramai yang tahu bahawa sahur
itu penting, cuma kadang-kadang kita ketandusan idea untuk menyediakan makanan
pada waktu pagi.
Sahur merupakan makanan yang yang dimakan oleh umat Islam sebelum
Subuh kerana ia merupakan hidangan sebelum berpuasa antara subuh hingga
matahari terbenam. Sangat disyorkan untuk makan kerana membantu memberi tenaga
sambil berpuasa pada siang hari. Walau bagaimanapun, bangun waktu pagi untuk
menyediakan makanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Sumber : Google |
Apa yang penting makanan yang kita makan waktu sahur adalah
seimbang untuk membekalkan tenaga yang mencukupi dan semestinya adalah sihat. Nora
cadangkan 4 tip mudah untuk sahur yang sihat.
1. KUMPULAN MAKANAN UTAMA
Hidangan semasa sahur seharusnya kaya dengan karbohidrat dan serat kompleks. Cuba makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin serat tinggi, roti, oat, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika kita ambil pemakanan ini akan membuatkan kita berasa kenyang untuk tempoh lebih lamadan membantu mengekalkan tahap glukosa darah yang stabil.
Cuba juga makanan berprotien tinggi seperti ikan, daging, susu, telur atau yogurt. Protien mengambil masa yang lama untuk dicerna dan boleh membantu kita memelihara masa yang lama dalam menahan lapar dan dahaga.
2. MINUM AIR YANG BANYAK
Ketika sahur kita digalakkan untuk minum air sebanyak yang mungkin. Begitu juga ketika berbuka puasa. Ini kerana bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi pada hari berikutnya.
3. JAUHI DARI GODAAN
Haaa ini penting. Tidak kira godaan dari manusia, dari makanan atau godaan apa jua sekalipun. Walaupun makanan yang dilihat itu terlalu menggoda ketika sahur, namun perlu kawal nafsu sendiri ok.
Terdapat beberapa makanan yang mungkin tidak memberi manfaat kepada diri kita semasa berpuasa. Sebagai contoh, makanan pedas, berlemak dan berminyak. Sebolehnya kita elakkan makanan sebegitu kerana ia akan membuatkan kita berasa haus dan memberi rasa ketidak selesaan pada perut.
4. JAUHI MUNAMAN BERKAFIEN
Mengelakkan Minuman Kafien. Harus elakkan minum minuman berkafien kerana
kafien mengandungi diuretik dan akan membuatkan kita mudah haus atau dahaga.
Jangan terus stop ambil kafien sebaliknya secara beransur-ansur bagi
mengelakkan berlakunya sakit kepala dan perubahan mood.
Sumber : Google |
Mengelakkan Minuman Kafien.
Harus elakkan minum minuman berkafien kerana kafien mengandungi diuretik dan
akan membuatkan kita mudah haus atau dahaga. Jangan terus stop ambil kafien
sebaliknya secara beransur-ansur bagi mengelakkan berlakunya sakit kepala dan
perubahan mood.
Ok, sekiranya korang berpuasa, cuba amalkan makanan yang sihat
iaitu mudah simple dan berkhasiat. Sebagai contoh just ambil simple food
seperti sandwich tuna atau apa jua sandwich kerana ia telah merangkumi serat
dan protien yang diperlukan sepanjang hari.
Sumber : Google |
Selain itu, korang juga boleh merncang hidangan sahur bagi
memastikan dapat cukup nutrien yang diperlukan dan mengelakkan makanan yang
tidak sihat. Jadi, dengan adanya tip sahur yang sihat dapat membantu kita mengawal daripada kenaikan berat badan. Hehehe seram kalau baju raya tak muat.
5 Comments
Thank you for sharing...
ReplyDeleteSahur paling penting nak kena jaga kan?
ReplyDeletesetakat ni khaty try 2 gelas sebelum dan 2 gelas selepas sahur air suam tapi sebelum habis waktu sahur la..
ReplyDeleteBagus tups nih boelh diamalkan
ReplyDeleteGood Sharing Nora, boleh cuba nie. Selalunya Kak Sue kalau sahur makan kurma ja sebab tak lalu nak makan..
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿