Aktifkan Diri Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung
Salam Kesayangan…
Ada berita gembira khusus untuk wanita bertudung. Safi Shayla merupakan pakar rambut untuk wanita bertudung telah melancarkan produk barunya yang lebih trendy dan sesuai untuk penjagaan rambut walaupun bertudung sepanjang hari.
Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.
Keyakinan diri adalah kunci utama bagi
golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan
bertenaga. Oleh sebab itu, golongan
wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun
kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia
dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan
ini.
SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.
SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.
SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang
mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal.
Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan
dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan
Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan
kegatalan kulit kepala dengan cara
mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan
rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut
lebih lembap dan bersinar.
Micro
Bamboo Charcoal
membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut
berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan
kotoran, Micro Bamboo Charcoal
menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau
rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung
kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.
SAFI SHAYLA kini mengeluarkan
rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan
baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman
yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48
jam.
Pakar dalam penjagaan diri,
SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana
sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan
rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA inginmembantu golongan
wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagimengejar impian dan
cita-cita setinggi gunung,tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan
wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang
baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak
Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.
Mist 2 in 1
Mist 2 dalam 1 Rambut &
HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat
kering. Berbeza dengan produklain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan
khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut
ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut& HIjab sangat sesuai dalam
kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia
dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan
rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan
membuatkan rambut lebih ringan.
Hasil gabungan ramuan syampu
dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan.
SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu –Licin Terurus dan Hitam
Menawan.
Minyak Rambut Safi Shayla
Minyak rambut SAFI SHAYLA
pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan
rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.
Setiap variasi produk yang
dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama
lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA,ia dapat
memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan
mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA
boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1.
Syampu
– 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Segar
& Bermaya – MengandungiNano Lipid
Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran
minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan
lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.
b) SAFI SHAYLA Syampu Licin
Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan,
melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan
rambut anda lebih
mudah
untuk djaga/dimanja.
c) SAFI SHAYLA SyampuAnti-Kelemumur–
Mengandungi Micro ZPT Complexdimana
ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan
basuhan yang pertama.
d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan
Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5,protein gandum yang dapat mengukuhkan
struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
e) SAFI SHAYLA Syampu HitamMenawan–
Juga mengandungi
Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci
kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.
f) SAFI SHAYLA Syampu-Kontrol–
Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau
di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa
sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.
g) SAFI SHAYLASyampu Kawalan Minyak–
Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut
berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan
minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran
dan menyegarkan kulit kepala.
h) SAFI SHAYLA Syampu KawalanRambut
Rosak – Mengandungi amino complex
yang membantudalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut
sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.
2. Syampu pouch –
480G (RM14.65) (5 Variasi)
a) SAFI SHAYLA
Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA
Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA
SyampuItch-Kontrol
d) SAFI
SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA
Syampu Licin Terurus
3. Syampu pump –
520G (RM19.90) (5 Variasi)
a) SAFI SHAYLA
SyampuKawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA
Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA
SyampuItch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA
Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA
Syampu Licin Terurus
4. SAFI SHAYLA
Mist 2 dalam 1Rambut dan Hijab– 100ML (RM17.90)
Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam
Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab
mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia
membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari
cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan
sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.
5. SAFI SHAYLA
Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga terdapat
dalam dua variasi Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:
1. Minyak organik
Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut
yang mengandungi anti-bakteria.
2. Minyak Moroccan Argan
Organik– Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam
hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan
mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada
masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
3. Minyak Zaitun Asli –
Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
4. Minyak Vitamin E –
Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi
anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
6. SAFI SHAYLA Minyak
Rambut – 100ML (RM11.90)
SAFI SHAYLA Minyak
Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organikdan
juga Minyak Zaitun
asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-
SAFI SHAYLA
Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat
menjadikan kulit
kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya
matahari.
SAFI SHAYLA Kawalan
Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut
kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
SAFI SHAYLA
Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan
dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang
berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak
rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut.
Urutkan
secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung
rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian
produk syampu SAFI SHAYLA.
SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA
adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA
boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam
talian.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman
sesawang
Facebook : SAFI | Instagram : @safimalaysia
2 Comments
Syampu Safi Shayla.memang wangi dan best kan Nora. Mimi memang pakai..best
ReplyDeleteKak Sue memang pakai syampu Safi Shayla nie Nora. Sekarang ada produk baru dari Safi Shayla nie, tak sabar nak cuba serum n mist rambut n tudung tu.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿