Salam kesayangan semua…

Salam 7 Ramadhan buat kaum muslimin sekalian…


Baru-baru ini Nora berkesempatan membeli belah Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan. Kalau korang nak tahu kedai Jalan Jalan Japan ni umpama gedung barangan preloved dengan harga murah dan berkualiti. Sebab apa Nora kata murah? Mana tak murah kalau barang di Mudah, eBay, Facebook, Instagram atau page lain di jual cecah ratusan ringgit tapi di Jalan Jalan Japan dengan kualiti yang sama, barang yang sama boleh dapat harga serendah RM2 sehingga puluhan ringgit sahaja.

Jalan Jalan Japan Barangan Preloved
Lagi best, ada barangan yang susah nk dapat atau senang kata barangan ‘rare’ tapi di sini korang boleh miliki. Haaaa ni barangan direct dari Matahari terbenam okehhh sudah semestinya kita tahu bahawa orang Jepun memang jaga barang mereka dengan baik. Jadi walaupun preloved Ia tetap berkualiti dan memuaskan hati. Best wooo rambang mata tau.

Jalan Jalan Japan Barangan Preloved
Alhamdulillah rezeki bulan puasa, Nora bersama rakan blogger diberi peluang untuk shopping di Outlet Ke-3 Jalan Jalan Japan di Centerpoint Seremban. Senang kata soft launching sebelum pembukaan rasmi Jalan Jalan Japan.


Berita terbaik untuk warga Seremban, outlet ke-3 Jalan Jalan Japan akan dibuka pada 2 June 2018 (tinggal beberapa minggu sahaja) dan yang pasti korang juga akan teruja apabila masuk ke dalam kedai yang mana JJJ menyediakan lebih dari 300,000 barangan preloved yang berkualiti datangnya terus dari Jepun.



Jalan Jalan Japan berada di Seremban dibuka di Centerpoint yang dulunya dikenali sebagai pasaraya Ocean. Sebenanrnya Centerpoint telah diberi nafas baru sebabnya tempat ni masih banyak shoplot yang kosong. Rasanya boleh kira beramai ramai manusia yang datang mall ni. Heheheh tapi Nora selalu datang pergi ke D.I.Y. Kemungkinan tak lama lagi akan meriah Centerpoint ni sebab The Store pun akan dibuka di sini.

Jalan Jalan Japan Barangan Preloved
Kalau korang nak tahu, kedai Jalan Jalan Japan ni besar tau, barangan pula disusun mengikut item kategori tertentu. Tapi tu lah kira besar dan jenuh nak belek satu persatu. 



Bag Yang Dibeli Di Jalan Jalan Japan
Bahagian baju Nora tak berapa tengok sangat tapi item kasut memang kesukaan. Dapat juga Nora grab kasut untuk Zarra. Kemain suka dia tu pun dengan harga hanya RM10. Kebanyakkan kasut rate harga lingkungan RM10 – RM60 jerk. Kualiti okeh !


Jalan Jalan Japan Barangan Preloved
Haaa kalau korang nak tahu barangan preloved dari Jepun ni bukanlah barangan yang dah rosak tau tapi merupakan barangan yang mereka tidak perlukan lagi memandangkan saiz rumah di Jepun kecil dan memaksa mereka melepaskan barangan mereka ke kedai-kedai preloved seperti Jalan Jalan Japan. Istilah yang sering kita guna adalah Bundle. Tapi preloved di Jalan Jalan Japan berbeza dari bundle yang sedia ada tau…



Ini terbukti apabila suami Nora beli backpack yang masih berkualiti dengan harga yang murah. Nora pula grab 2 bag dengan kondisi barangan seperti baru okeh. Tak caya korang tengoklah gambar ni.

Bag Yang Dibeli Di Jalan Jalan Japan

Bukan Nora sahaja yang teruja, En Suami pun geram part dia suka pergi bahagian sweater dan seluar. Sekali dia nampak ada bahagian memancing. Hahahah ketinggalan tu lah leka kat bahagian baju saja. Ok opening nanti boleh terjah lagi.





Selain dari item yang Nora sebutkan, Nora juga geram sangat dengan item barangan baby. Ya ampun permainan baby murah-murah dan ia berjenama tau. Hurmmm tak ada baby so mampu tengok je lah. Hehehe Zarra pula bukan suka permainan seperti anak patung mahupun permainan lain.



Terdapat juga barangan untuk bersukan tau senang kata macam-macam item yang ada di jual di Jalan Jalan Japan. Set pinggan mangkuk pun hadooo okeh !

Jalan Jalan Japan Barangan Preloved
Sepanjang beli belah di Jalan Jalan Japan, Nora dan suami bawa 2 bakul tarik yang mana kami isi barangan yang berkenan di hati. Hahah ikutkan hati lebih dari tu okeh tapi sabar dan tahankan diri. Suami kata next time datang lagi banyak benda yang dia nak beli lagi.


So, korang warga Seremban jangan lepaskan kenikmatan membeli belah barangan dari negara matahari terbenam ni tau. Sangat recommended untuk korang yang suka barangan preloved yang berjenama. Cepat pergi serbu Jalan Jalan Japan pada 2 june 2018 nanti.

  

Muka happy bila dapat shopping. Nora belanja RM101.00 hahahah terlebih RM1 jerrr. Memang puas hati dan korang boleh tonton video sepanjang Nora shopping di Jalan Jalan Japan.


Item Yang Di Beli Di Jalan Jalan Japan
Jangan lupa serbu outlet ke-3 Jalan Jalan Japan pada 2 June 2018. Ada Lucky Draw menarik menanti korang.

Korang boleh klik lokasi Jalan Jalan Japan di Centerpoint, Seremban.
Centerpoint Seremban


4 Comments

  1. Teringin nak ke JJJ ni. Suka tgk barang2 yang ada dekat sana.

    ReplyDelete
  2. Betul ke kat gambar ketiga dari atas tu baju harga RM1? Saya jual donat coklat pun RM1 tau hehe. Baju RM1 tu, saya tak salah pandang ke?

    ReplyDelete
  3. Banyak tu seratus je.. Memang murah sangat tu.

    ReplyDelete
  4. Sakan ya shopping Nora, tak pernah lagi Kak Sue ke JJJ nie..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿