Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta Sepanjang Kempen Cahaya Raya Shopee
Salam kesayangan...
Baru-baru ini Shopee ada menganjurkan kempen sempenan sambutan perayaan Aidilfitri nanti. Nak tahu apa yang menarik? Jom Nora kongsikan...
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara
dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah
bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000,
sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai
RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu
usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun
akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan
potongan harga sehingga 90%.
Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee
telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk
mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena
musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah
mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut.
Berikut merupakan antara maklumat menarik hasil
daripada kaji selidik tersebut:
1. Kaji
selidik tersebut mendapati, 85%
peserta adalah golongan belia berusia
bawah 35 tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang.
2. Jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor, dengan rekod lebih 20% daripada jumlah keseluruhan
peserta.
3. Penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peserta kaji selidik ini
dan mereka mendapati membeli-belah secara dalam talian adalah lebih mudah di
samping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk
4. 80% responden membuat persiapan sempena
Hari Raya kira-kira sebulan sebelum
bulan Ramadan
5. Kira-kira 90% daripada jumlah peserta
membeli-belah secara dalam talian secara kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
6. 95% responden lebih gemar membeli-belah
secara dalam talian kerana tawaran harga
dan promosi yang dilancarkan.
7. Selain
itu, faktor lain seperti kemudahan, variasi produk dan insentif lain termasuk penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran yang selamat juga memainkan peranan - semuanya
boleh didapati di Shopee!
8. Menariknya,
5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah Pakaian Lelaki (yang merupakan kategori
pilihan utama, mengatasi Pakaian Wanita
dan Beg & Dompet Wanita) dan Kasut Lelaki.
9. Bagi
golongan lelaki pula, 5 kategori pilihan mereka termasuklah Pakaian Lelaki, Aksesori,
Kasut Lelaki, Beg & Dompet Lelaki dan Fesyen Muslim.
10. Lebih daripada 40% responden membelanjakan lebih daripada RM200 setiap orang untuk
membuat persiapan sempena Hari Raya.
“Kami merancang Kempen Cahaya Raya kami berdasarkan
hasil kaji selidik tersebut. Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih
100,000 produk yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagai
kategori seperi Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan Rumah & Ruang
Tamu dan banyak lagi. Bersesuaian dengan konsep balik kampung sempena Hari Raya
untuk sambutan bersama keluarga dan insan tersayang, kami ingin menghadiahkan
sebuah Rumah Impian dan dua buah kereta sebagai kejutan sempena kempen ini.
Kami berharap, kejutan ini ibarat sebuah impian menjadi kenyataan bagi pemenang
bertuah kami,” kata Ian Ho, Pengarah
Urusan Serantau Shopee.
“Sejajar dengan perkembangan teknologi yang
diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat
membeli-belah dari luar talian ke dalam talian. Berdasarkan pada data VisaNet,
perbelanjaan menerusi e-dagang dalam kalangan pengguna telah meningkat sebanyak
dua kali ganda berbanding transaksi secara bersemuka. Sepanjang musim perayaan
ini, kami berpegang teguh pada usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee
untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia dan kami komited untuk
mengembangkan industri bayaran secara elektronik di Malaysia,” kata Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka
seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet,
Universal Traveller, Russell Taylors, Dettol dan banyak lagi untuk menawarkan
pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga
6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei.
Sepanjang kempen ini, pengguna Shopee juga berpeluang
untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar,
televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal
memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini. Pada masa yang sama, pengguna juga
boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang
membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen & Aksesori Wanita dan
Lelaki, Kesihatan & Kecantikan, dan jualan kilat Shocking Sale akan
dilancarkan 5 kali sehari.
Bermula 19 April, anda boleh meninjau sendiri antara
koleksi daripada Kempen Cahaya Raya akan datang, layari: https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya-raya
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App
Store dan Google Play.
4 Comments
wahhh bestnya join.lama rabia tak singgah blog akak ni
ReplyDeletewahh amar pun selalu gak shopping online ni,tq
ReplyDeletemenarik ni
ReplyDeleteMenarik nie Nora..
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿