Salam Tiga Ramadhan...

Dikesempatan ini Nora mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga bulan yang mulia ini kita penuhi dengan ibadah dan kebaikan...

Sumber : Google
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi nikmat pada puasa kali ini di mana Nora dapat menjalani ibadah puasa sebagai seorang ibu dan juga isteri. Terus terang Nora kata nikmat ini telah lama Nora tidak rasai.

Untuk puasa kali ini, syukur anak Nora, Izarra telah berpuasa penuh selama 2 hari. Harap dia mampu menjalani ibadah menahan lapar dan dahaga. Walaupun tiada paksaan namun dia bersemangat.

Berbalik pada tajuk yang Nora nak kongsikan pada korang adalah kisah semalam di mana selepas mengambil zarra balik dari sekolah agama, kami berdua gerak untuk pulang ke Seremban berbuka puasa bersama-sama suami.

Ini kali pertama pada bulan puasa melalui perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban selama 2 jam setengah akibat kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas ini disebabkan berkemungkinan ramai masyarakat yang pulang awal pada bulan Ramadhan dan berpusu-pusu keluar dari tempat kerja pada waktu yang sama. Selain itu ia juga hujan lebat mempengaruhi kesesakan lalu lintas di mana pastinya pemanduam menjadi perlahan.

Sangat mencabar sebab zarra ada bersama-sama dan dia juga berpuasa. Kesesakan berlaku bermula dari Kerinchi Highway yang mengambil masa terlalu lama. Nora nak melepasi tol Sungai Besi hampir 2 jam sedangkan selama ini perjalanan hanya mengambil masa satu jam lebih sahaja.


Namun, Alhamdulillah Zarra dapat menahan lapar dan kami juga sempat singgah ke Petronas untuk membeli bekalan makanan sebagai juadah untuk membatalkan puasa. Terus terang bukan senang nak tenteramkan anak yang usia 7 tahun baru pertama kali berpuasa.

Gigih pujuk zarra supaya sabar. Bila tanya lapar sangat ke tidak, dia kata tidak. Nora juga pesan kalau tidak tahan boleh makan tapi zarra sendiri yang tidak mahu. Alhamdulillah berjaya zarra habiskan puasanya.


Kesesakan lalu lintas dari highway Kerinchi sehinggalah ke tol Sungai Besi. Selepas dari itu Nora pecut ke Seremban dan kami selamat sampai pada jam 7.45 malam. Hati gembira bila suami turut tunggu untuk berbuka puasa bersama-sama.

Ini pengalaman Nora di awal bulan Ramadhan bersama insan tersayang. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan kami.

2 Comments

  1. Selamat berpuasa Nora! semoga terus dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari ALLAH SWT> Wahh...tumpang happy bila dapat berbuka puasa bersama suami dan anak. Take care dear!

    ReplyDelete
  2. rata-rata sekarang jangan sesak rasa tak nak pergi mana-mana sekarang nih nak muntah duduk dalam kereta didalam kesesakan jalanraya....

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿