Salam Ramadhan,

Dalam tidak sedar sekejap sahaja masa berlalu hari ini dah 15 Ramadhan.

Beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut Syawal. Pasti minggu-minggu akhir Ramadhan ramai yang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya.

Koleksi Pakaian di Butik Novembermate
Bagaimana dengan persiapan pakaian raya korang? Dah pilih tema baju raya dan korang dah shopping ke belum?

Persiapan raya Nora ala kadar tapi tetap shopping baju raya yang sesuai untuk Nora, Zarra dan suami. Syawal 2018 ni, merupakan tahun pertama Nora dan Zarra menikmati hari raya dengan keluarga yang lengkap di mana tahun ini Zarra beraya dengan seorang ayah. Maklumlah selama 5 tahun kami beraya berdua dan di temani mak abah serta adik beradik. Syukur alhamdulillah kerana Allah beri nikmat yang tidak terhingga.


Koleksi Pakaian di Butik Novembermate
Sempena sambutan Raya 2018, Nora berkesempatan ke Butik Novembermate yang mengeluarkan koleksi pakaian muslimah dengan design-design yang boleh meperlihatkan kejelitaan wanita-wanita di luar sana. Design baju baju yang ada di Novembermate mengikut trend terkini.


Koleksi Pakaian Kanak-Kanak di Butik Novembermate
Pertama kali masuk ke Novembermate, nora jadi tak keruan, maklumlah ada design baju yang Nora berkenan. Memang teringin sangat nora nak pakai baju peplum moden untuk raya tahun ni. Untuk pengetahuan korang, Butik Novembermate sentiasa menampilkan rekaan terbaru mengikut peredaran fesyen semasa. Jadi para pengikut setia butik ini tidak menunggu lama untuk memiliki koleksi rekaan terbaru. Haaaaa sure ramai yang suka dengan koleksi-koleksi dari Butik Novembermate kan.


Kalau korang ke Butik Novembermate, pasti korang tidak balik dengan tangan kosong. Sebabnya, Novembermate sangat menitikberatkan soal kualiti, rekaan & jahitan. Oleh itu butik ini hanya mengambil hasil rekaan terbaik dan menjual dengan harga yang mampu milik yang mana Novembermate mempunyai designer yang tersendiri. Haaa kalau korang nak tahu, Butik Novembermate ni diusahakan oleh bekas seorang wartawan dari stesyen TV RTM.

Koleksi Ketemporari

Antara koleksi-koleksi dari Butik Novembermate terdiri daripada pakaian muslimah. Sempena Raya 2018Novembermate mengetengahkan koleksi pakaian modern dan ketemporari.

Koleksi Pakaian di Butik Novembermate
Butik Novembermate merupakan tempat terbaik untuk korang memiliki koleksi baju raya yang mengikut peredaran zaman. Ini kerana Novembermate menawarkan koleksi-koleksi pakaian muslimah sesuai di pakai bukan sahaja musim perayaan tetapi boleh dipakai waktu bekerja. Selain itu, Nora berkenan kerana di sini terdapatnya blouse dan koleksi ketemporari.


Menggunakan fabrik yang berkualiti semestinya koleksi di butik ini gabungan diantara kain import bersama pereka yang terbaik menjadi satu kolaborasi sempurna dalam penjenamaan Pakaian Muslimah Butik Novembermate.

MOOD RAYA ON !!!

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi-koleksi terbaru Butik Novembermate dengan walk-in :

NOVEMBERMATE (Level 1)
1-11-02 Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
.
Landmark:
- Same block as LeeyanaRahman
- Behind Wisma PKNS


Boleh juga online dan follow seperti berikut :


Atau terus whatsapp di : www.wasap.my/60166086277


4 Comments

  1. bestnya, banyak juga pilihan baju dia kan

    ReplyDelete
  2. cantiklah baju warna pink tu...sesuai dengan Nora

    ReplyDelete
  3. wah cantiklah baju yg zarra pakai tu.. kasut pun ada ye

    ReplyDelete
  4. Cantik cantik kan baju yang ada di Novembermate ni Nora. Suka sangat

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿