Majlis Pengumuman Dan Buka Puasa Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya Mendapat Perhatian Pihak Korporat
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan
Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment dan merupakan
Industrial Collaboration Program yang terbesar dan julung-julung kali diadakan
didalam industri seni persembahan. Ini adalah untuk memperkasakan warisan tidak
ketara (Intangible Heritage) telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat.
Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan
Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini
PIPE! maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak
Bangsawan dengan skala yang lebih besar.
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan
Budaya!
Pat
Ibrahim Project Entertainment (PI.P.E) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN) akan membawakan festival ini jelajah bermula pada bulan
Jun 2018 dengan melibatkan lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Bersesuaian dengan jenamaan festival ini iaitu Jerayawara Pekan Bangsawan
Warisan Budaya (JPBWB) mengandungi empat (4) komponen di dalamnya terdiri dari
forum, pameran dan jualan, bengkel dan persembahan Bangsawan. Misi Jerayawara
Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB) adalah untuk memelihara santun melayu,
budaya dan warisan terutamanya warisan tidak
ketara dalam konteks bangsawan.
Komponen
Pertama – Forum
Forum
yang akan membentangkan dan memperkenalkan semula Bangsawan kepada Para Remaja.
Selain daripada itu, PIPE juga akan berkongsi bagaimana inisiatif dan kajian
yang dibuat untuk menambahbaikkan lagi dengan gabungan inovasi dan teknologi
tanpa menjejaskan struktur asal Bangsawan. Selain daripada itu para jemputan
penceramah akan membincangkan hala tuju Bangsawan dan juga industri seni
persembahan.
Komponen
ke Dua - Pameran & Jualan
JPBWB
membawa barang-barang pameran yang bersesuaian dengan festival ini, khazanah
warisan seperti songket, keris, tanjak, tenun, tekad dan banyak lagi
bahan-bahan warisan yang jarang dilihat. Pameran ini juga membuka ruang bagi
pengemar bahan- bahan warisan untuk bertemu dan bertukar pendapat (Networking).
Komponen ke Tiga – Bengkel
Ini adalah komponen yang paling diminati dan ianya eksklusif untuk 200
orang setiap negeri, dimana, Ketua Unit didalam produksi ini akan mengendalikan bengkel dengan
peserta. Mereka akan berkongsi pengalaman dan ilmu (Knowledge transfer) bagi
menjayakan pementasan. selain daripada itu, peserta mendapat nota-nota dan Buku
khas yang akan di pasaran pada 2019. Ketua Unit yang akan mengendalikan bengkel
-bengkel ini adalah :-
Pat Ibrahim - Ketua Pelatih
Siti Jasmina Ibrahim - Penulis skript
Idzuan Samad - Pereka Produksi
Akma Suriati - Pereka Kostum
Saiful Ridzuan - Pengarah Muzik
Fitri Hiswady - Pelatih Vokal
Azhar Zainal - Teknik Lakonan
Pat Gui & Hamidon - Pengurusan Pentas
Eja
Ibrahim - Pembangunan Perniagaan Seni Persembahan
Komponen ke Empat - Persembahan Bangsawan Dendam Laksamana.
Bangsawan Dendam Laksamana, cerita dari mata penulis, didasarkan pada
halaman di Tuhfat Al Nafis, yang menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah-2 yang
dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan membalas pembunuhan isterinya Wan
Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan. Kisah
yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu yang lebih
tua.
Lebih banyak masa, kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh
para pendongeng dan salah satukarya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang
merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh
Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom.
Sebagai infomasi, teater di bawah tajuk yang sama yang dipentaskan
tahun lalu telah mendapat 4 nominasi dalam 15th Boh Cameronian Awards iaitu
Calon Pelakon Lelaki Terbaik, Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Calon
Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu
akan menampilkan wajah-wajah lama dan baharu. Gandingan segar yang akan
diperlihatkan kali ini menampilkan Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Jay
Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Azhar,
Asmidar, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi.
Malah tulang belakang pekan ini turut membariskan nama-nama yang sudah
dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus
Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman
(Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti
Jasmina selaku penulis skrip.
Orang ramai, para peminat bangsawan khususnya dan masyarakat setempat
awam bakal bertemu dengan produksi ini di lapan (8) buah negeri bermula dengan
:-
Johor - 25 Jun- 1 Julai,
Melaka - 2-8 Julai,
Pahang - 9-15 Julai,
Terengganu - 15-21 Julai,
Pulau Pinang - 22-28 Julai,
Kedah - 30 Julai- 5 Ogos,
Perak - 5-11 Ogos
dan akan berakhir di Kuala Lumpur pada 29 Oktober hingga 11 November
2018.
Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline
0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online
pipent.peatix.com akan bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.
1 Comments
ray teringin nak pegi
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿