Pilihan Terbaik Juadah Berbuka Puasa Sepanjang Ramadhan di Rangkaian Restoran Me'nate Steakhub
Salam 12 Ramadhan...
Sudah pasti ramai yang mencari tempat yang menarik untuk berbuka puasa bila tibanya Ramadhan. Ini kerana, masa inilah selalunya ramai yang mengambil peluang untuk mengeratkan ukhwah.
Buffet Ramadhan Me'nate Steak - RUSA GOLEK |
Untuk Ramadhan kali ini 1439 Hijrah, Restoran Me'nate Steakhub membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej buffet berbuka puasa bertemakan "Western & Local Delicacies Buffet" yang pastinya memberi keunikan tersendiri dengan menyajikan 3 set menu berbeza yang bersilih ganti setiap hari.
Restoran Me'nate Steakhub mengetengahkan konsep gerai untuk menampilkan kelainan dan pilihan mengikut kategori hidangan. Setiap gerai dan seksyen mempunyai menunya tersendiri. Dengan hampir 40 jenis hidangan setiap hari yang terdiri daripada seksyen pembuka selera, salah dan sup, gerai daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut, dan seksyen minuman sejuk dan panas akan disediakan untuk pelanggan.
Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Me'nate Steakhub juga turut menghidangkan set nasi seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Beriyani dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin menjamu selera.
Tarikan utama di Me'nate sudah semestinya seksyen panggang dengan kebiasaan menu tarikan kambing golek. Namun untuk Ramadhan tahun ini, Me'nate Steakhub membawa kelainan dengan menu unik iaitu Rusa Golek yang segar dengan perapan rempah yang memikat selera.
Menu yang disajikan sepanjang Ramadhan ini antara menu yang terbaik hasil kesepakatan chef dan pihak pengurusan Me'nate Steakhub dalam memastikan juada yang disajikan menjadi kegemaran para pelanggan sewaktu berbuka puasa.
Menarinya pakej buffet Ramadhan di sini adalah harganya yang berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak bermula jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam di mana pelanggan oleh menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang berbaloi memenhi citarasa segenap lapisan dengan hidangan makanan barat dan makanan melayu dalam masa yang sama.
Bagi pelanggan yang tidak dapat menikmati buffet Ramadhan tetapi teringin untuk menikmati steak dan makanan barat di Me'nate Steakhub, tidak perlu risau sebabnya selepas jam 8.30 malam restoran akan meneruskan operasi seperti biase sehingga 11 malam.
Kalau korang nak tahu, Me'nate Steakhub ni telah memenangi 2 anugerah berprestij pada tahun ni sebagai restoran steak dan makanan barat terbaik di Malaysia. Selain itu, korag juga perlu tahu yang Me'nate Steakhub mempunyai empat cawangan yang terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Kesemua cawangan menawarkan pakej buffet Ramadhan yang sama.
Ruangan solat juga ada disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menunaikan solat.
0 Comments
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿