Salam Ramadhan ke 18 Kesayangan ummi...


Pasti minggu-minggu akhir ni ramai yang buntu untuk masak juadah berbuka puasa kan. Apatah lagi ada yang sibuk membuat kuih. Maklumlah lagi beberapa minggu lagi kita umat Islam semua akan meraihkan Lebaran Syawal.

Korang pernah tak layari laman web TESCO?

Haaa sempena bulan Ramadhan penuh bermakna ni, laman web Tesco ada menyediakan resepi buat korang yang ketandusan idea untuk memasak hidangan bulan puasa ini. Nora pertama kali buka laman web Tesco bulan Ramadhan ni dan ternampak ada bahagian Resepi.



Haaa apa yang menarik, resepi yang dikongsikan di laman web ini mengikut brand makanan tertentu seperti Maggi, Knorr, Nestle, Cornflakes, Nestum, Kit Kat, Lady Choice dan banyak lagi. Selain daripada menu masakan seperti resepi Ikan Bakar Petai, resepi Sup Daging Berempah, resepi Nasi Mandi, resepi Sambal Terung Leleh, resepi Kurma Ayam dan banyak lagi.


Apa yang menarik minat Nora adalah untuk mencuba beberapa resepi yang ada di dalam laman web Tesco ini. Antara resepi pihan hati Nora yang ingin cuba sebagai juadah berbuka puasa itu pun kalau sempatlah kan heheheh..

Resepi Ikan Bakar Petai 



Bahan-Bahan

¼ cawan Minyak Masak
A (dikisar)
3 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
40gm (kering) cili kering
¼ cawan air

B
1 ekor ikan merah
20 butir petai yang telah dikopek
2 batang serai yang dihiris
1 helai daun limau purut, dihiris
5 sudu besar sambal yang telah dimasak (bahan A)
1 ½ sudu besar Maggie Cukup Rasa
1 inci kencur
1 biji perahan jus limau.

Cara Penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan ketepikan.
2. Guna kertas aluminium, jadikan bentuk sampan yang memuatkan ikan.
3. Masukkan sambal, serai, MAGGI Cukup Rasa dan gaul mesra.
4. Lumurkan campuran ke serata ikan dan masukkan ikan ke dlam sampan aluminium tadi.
5. Sumbat kencur ke dalam ikan dan tabur petai di atas ikan.
6. Sebelum masak, perah jus limau nipis untuk rasa masam. Tutup kertas aluminium.
7. Panaskan kuali, panggang ikan di atas kuali selama 20-25 minit atau panggang dalam ketuhar

Tips : Keluarkan sedikit minyak daripada sambal sebelum dituang atas ikan.

Menariknya laman web Tesco ni korang juga boleh beli barangan secara online di Laman Web Tesco.








4 Comments

  1. wau..sedapnya sebab ada petai tu

    ReplyDelete
  2. wah ada resepi ke kat website tesco.. nak pegi singgah lah

    ReplyDelete
  3. Pergghh tak pernah pula buka sebelum ni..Menarik betul.

    ReplyDelete
  4. senangnya, baru tahu ada web ni

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿