Teruja Sambut Syawal Dengan Insan Baru
Salam Lebaran
Alhamdulillah syukur kita telah menyambut syawal. Sambutan syawal yang penuh kemeriahan bagi meraikan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.
Untuk tahun ini merupakan tahun yang cukup bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ni. Dengan kehadiran insan baru dalam hidup ini yang bergelar suami cukup sempurna lebaran kali ini kami satu keluarga. Insan paling bahagia sudah semestinya Nur Izarra Qistina.
Untuk tahun ini merupakan tahun yang cukup bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ni. Dengan kehadiran insan baru dalam hidup ini yang bergelar suami cukup sempurna lebaran kali ini kami satu keluarga. Insan paling bahagia sudah semestinya Nur Izarra Qistina.
Persiapan syawal kali ini bersederhana. Nora seperti biasa akan memastikan persalinan Zarra cukup maklumlah kemeriahan ini untuk anak-anak didahulukan. Tema kami warna hijau sebab suami tidak gunakan lagi baju melayu pada tahun lepas. Haaaa untuk pengetahuan korang, sejak berjumpa semula dengan suami kami memang dah mula raya sedondon walaupun tak pernah beraya bersama ketika itu.
Bagi setiap orang, syawal kali ini pastinya memberikan definisi dan pengertian berbeza buat diri masing-masing. Begitu juga Nora dan Zarra. Ini merupakan pertama kali Zarra sambut hari raya aidilfitri bersama insan bergelar ayah. Since Zarra kecil dia tidak pernah merasainya. Tahun pertama zarra lahir dia hanya sambut raya bersama Nora dan atok nenek serta adik beradik Nora yang lain.
Sekarang kami menyambutnya bersama suami di sisi selain ahli keluarga dan sanak saudara. Raya pertama hari itu kami terlebih dahulu beraya di Batu Anam, Segamat, Johor iaitu di rumah keluarga mertua, kemudian raya kedua baru kami dapat jumpa mak dan abah Nora di Segamat dan bergerak ke kampung halaman Nora di Sagil, Tangkak, Johor.
Hubungan kekeluargaan yang terjalin ini semoga sampai ke akhir hayat. Zarra insan paling gembira sambut raya bersama sanak saudara sebelah ayah dia. Maklumlah sebelah suami keluarga besar. Adik beradik saja ada 7 orang dan anak buah ada 13 orang. Senang kata Syawal 2018 complete keluarga suami berkumpul seramai 29 orang kesemuanya.
Tahun pertama raya sebagai sepasang suami isteri cukup memberikan kenikmatan yang telah lama Nora tidak rasai. Bila dah kahwin kenalah ikut giliran kan, makanya tahun pertama ni dimulai dengan beraya di rumah suami. Seronok bila sesi salam bersalaman. Anak buah suami yang ramai dan besar-besar memeriahkan suasana. Selepas sesi bersalaman kami bergegas ke kedai gambar untuk ambil gambar di studio kemudian baru pergi beraya ke rumah sanak-saudara suami.
Harapnya tahun akan datang masih berjumpa Ramadhan & Syawal.
3 Comments
wahhh meriahnya sampai 29 orang! Selamat Hari Raya kak :D
ReplyDeleteselamat hari raya..:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Nora! jelas terpampang kebahagiaan di wajah mu ittewww.. Semoga Nora terus berbahagia bersama suami dan anak terchenta!. Maaf zahir batin.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿