Udang Galah Viral Masak Lemak Cili Api
Salam kesayangan...
Baru-baru ini heboh dengan udang galah viral dengan harga yang murah sekitar RM1 seekor dan ada yang berharga RM1.50 mengikut saiz udang galah. Bukan sahaja udang galah yang viral dengan harga murah malah ikan juga dijual dengan harga murah. Nora beli udang galah viral ni di Kampung Sg Penchala. Ramai cikgu pakat beli sebab murah. As long as kami makan tak ada allergy dan selamat semuanya. Alhamdulillah.
Ok, kali ni Nora nak share resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api sebagai pemikat hati suami. Haaaa sesekali suami balik jumpa kita, apa salahnya masakkan special sikit. Cewahhhhhh...
UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan
Udang Galah - 20-30 ekor
Cili Api - Segenggam - 15-20 biji
Kunyit Hidup - 1.5 inch
Serai - 2 batang
Asam Keping
Santan
Cara-cara
Basuh bersih udang galah dan buang sesungut. Kisar atau tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai lumat. Titik serai. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air atau santan cair. Masak sehingga hilang bau peda atau bau cili. Masukkan udang galah dan serai yang telah dititik. Kemudian masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan asam keping kacau jangan sampai pecah lemak. Pssstttt... tapi nora dah terpecah lemak sebab leka dok basuh pinggan dekat sinki. Hahahah please jangan ikut tabiat macam ni ehhhh.
Bila dah empuk masak dan cukup bahan perasa korang boleh matikan api kemudian hidangkan untuk insan tersayang.
Nora goreng juga ikan pelaling dengan harga 3 ekor RM2. Haaa murah tak? Fresh dan puas hati tau.
Alhamdulillah berselera suami makan. Yang penting licin.
Korang kalau buntu nak masak apa, bolehlah masakkan udang lemak cili api. Asalkan udang tak semestinya udang galah sajo !
Korang kalau buntu nak masak apa, bolehlah masakkan udang lemak cili api. Asalkan udang tak semestinya udang galah sajo !
Boleh juga cuba resepi lain untuk pikat hati suami di dapur Ummi.
13 Comments
mak ai sedapnya udang
ReplyDeletelapar tgk udang galah tu...yummmy
ReplyDeleteAlaaa ..saje je goda kan...mengada la...ni yg nak kena pi cari udang galah ni...
ReplyDeleteFavorite ana ni nora. Kalau dpt tak pandang dah lauk lain. Sorang ratah pun boleh habis.
ReplyDeleteAmboi mak buyungg...sedapnya lauk hehe
ReplyDeletefulamak sedapnya.. leleh air sekejap hihii
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletesaya pun suka gak udang galah comel tu. aritu suami ada beli kt pasar tani sini
sedapnya lauk tu haaaa... fav ni udang galah masak lemask cili api
ReplyDeleteSedapnya nora.pekat gilosss kuah dia..merecikkkk
ReplyDeleteYa Allah Ya Tuhanku !!!!! hahahaha.. godaan duniawi ini menggugat perasaaan !!
ReplyDeletesedapnya!..mmg favorite saya udg galah ni..lapar pula rasa
ReplyDeletehttps://www.ohlawa.com/tips/rawatan-alternatif-masalah-jangkitan-kuman-dalam-darah/
Fuhh sedapnyaa udang masak lemak cili api tu.
ReplyDeleteSedapnya kak. Masak lemak udang tu klu ada belimbing buluh tambah dalam tu, lagi sedap lah.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿