Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan
satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang
berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).
Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran
kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan
masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan
ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh
membuat bayaran menerusi online pada
bila-bila masa dengan mudah dan cepat.
Bagi
menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah
tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan
iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat
menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60
jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat
iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.
Antara
objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para
peniaga online, sendirian berhad yang
mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan
di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum
yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.
Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini
disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri
Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi
dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif
Samsudin.
Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan
penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih
ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang
tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai
4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan
kutipan sebanyak RM2.5 juta.
SYARAT DAN CARA
PENYERTAAN KEMPEN:
●
Sertai dalam tempoh kempen bermula dari
1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya
di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP
agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta
kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Kempen Jom Berzakat ni, korang boleh layari laman web Ppz mahupun facebook Ppz seperti di bawah :
”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”
4 Comments
mcm2 adiah disediakan...sambil berzakat bole menang hadiah
ReplyDeleteSenang dah warga WP nak bayar zakat skrg ni. Online je. Tu kalau tak bayar juga tak tau lah kan. Mana tau boleh menang hadiah juga kan.
ReplyDeleteKempen yang bagus dan memudahkan pengguna
ReplyDeleteThk u for sharing
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿