Persediaan Keperluan Bayi Ke Hospital Sebelum Bersalin
Salam kesayangan...
Lamanya Nora tak update blog. Mood kemalasan dan sebenarnya terfikir nak closed je blog ni. Tapi tulah sayang pula sebab dari suka-suka boleh jana income dan sekarang macam nak kembali seperti dulu. Blog just suka-suka. Aci tak?? Lagi pun blog ni bukan ada readers yang berribu-ribu pun puluh pun belum tentu ada. Heheheh...
Ok, kembali kepada tajuk, Nora nak share dengan mummy-mummy dekat luar sana yang akan melahirkan bayi. Tak kiralah anak ke berapa pun. Macam nora untuk pregnancy kedua ni baru dapat tahu cara-cara persedian dan keperluan barangan ibu dan bayi ke hospital. Maksudnya untuk kali ni lebih bersedia berbanding yang pertama.
Untuk pengetahuan korang, sekarang ni Nora dah memasuki 32 minggu. Jadi persiapan dan persediaan keperluan bayi ni Nora dah buat sejak 5 bulan lebih hari tu lagi. Bukan apa, memandangkan suami berkursus selama 3 bulan dan Nora pula duduk jauh dari pekan dan bandar so agak susah kalau tidak sediakan awal-awal.
Buat masa ni, tidaklah Nora beli semua keperluan bayi barangan yang baru memandangkan barang-barang Zarra yang lama masih ada lagi. Terutama pakaian dan mitten and booties. Walaupun ada yang warna pink, tapi mujur banyak warna biru dan putih. Sebab masa preggy kan zarra, Nora nak sangat anak lelaki. Beli barang pun banyak warna biru, putih dan hijau. Hehehhehehe...
Ok ni Nora nak kongsikan cara Nora buat persediaan keperluan bayi ke hospital. Nora dapat pun dari search dan bacaan dari web-web lain.
Kredit : Baby & Child |
KEPERLUAN BAYI KE HOSPITAL
1. Nora packing baju baby mengikut hari. Nora buat 4 hari sebab saja extra yelah mana tahukan incase lambat discharge. Nora packing siap-siap ke dalam zipper bag. Kalau dulu Nora campur je baju Nora dan baby dalam 1 bag. Jenuh jugak tiba-tiba kena masuk labour room terkial2 nak keluarkan barang. So kali ni, decide packing ikut keutamaan dalam 1 bag plastik.
Isi Yang Ada Dalam Zipper Bag
1. Baju Baby ( 2 lengan pendek & 2 lengan panjang setiap 1 untuk 4 zipper bag)
2. Mitten & booties
3. Barut
4. Bedung
5. Pampers
6. Hat (tak ada pun tak apa, kalau korang yang guna bedung yang ada hoodie)
Baju New Born Lengan Pendek |
Barangan Lain Yang Perlu DI Bawa
1. Extra pampers
2. Extra Bedung
3. Wipe Tissue
4. Baby Care (Mandian, bedak, lotion, cutton bud)
5. Minyak Yuyee @ telon
6. Napkin
7. Sapu Tangan Kecil (kot nak lap pape tapi boleh je guna napkin)
Baju New Born Lengan Panjang |
Ok, dekat bawah ni pula Nora prepare barang-barang yang sedia ada dan yang baru siap-siap susun dalam bakul. Cuma akan tambah lagi beberapa keperluan lain seperti baju. Barut baby ada yang mak Nora buat (warna putih) ada yang Nora beli.
Baju yang sedia ada dan keperluan lain |
Baru dua helai ada set rompers untuk baby yang bakal lahir ni. Kebetulan masa jumpa suami shopping sikit barang dan barang baby brand fify tengah sales. Terus grab. Murah-murah jerk.
12 Comments
Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby nanti.
ReplyDeleteberdebar2 ya kita ni nora..semoga Allah permudahkan urusan kita nanti..
ReplyDeletesemoga di permudahkan segala urusan ibu dan anak
ReplyDeleteKte baru bersalin disember 2017. Tengok baju2 baby ni n baca preparation akak rasa rindu nak bersalin pulak🤣🤣🤣. Moga dipermudahkan semuanya kak. Aminnnn...
ReplyDeletewah mesti berdebar2.. akak doakan semoga semuanya berjalan lancar ye nora. senang dah prepare awal
ReplyDeletemoga dimudahkan dan selamat segalanya.
ReplyDeletesenang dah pack macam ni kan Nora, nanti takdelah kelam kabut
ReplyDeleteNora zipper beg tuh beli online atau kedai baby eh?
ReplyDeleteNora beli dekay Okea. Kat DIY ngn Dasio pun ada mimie.
DeleteSalam kenal Nora..
ReplyDeleteNice sharing.. Info yang berguna kepada mommy terutama yang akan melahirkan anak sulung..
suka tengok orang buat persiapan bersalin ni...lama dah x merasa pengalaman ni..
ReplyDeletethank you sharing...doakan saya nak bersalin nnti...
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿