Kerang Rebus Paling Mudah Dan Sedap
Salam sayang semua...
Kerang Rebus |
Kerang Rebus Paling Mudah Dan Sedap cara Nora memang sangat mudah. Main campak-campak je. Siapa sini suka makan kerang? Mesti ramai yang suka makanan laut ni kan.
Resepi Kerang Rebus
Bahan-bahan diperlukan:
- 1kg Kerang
- 1 labu bawang besar- dimayang
- 2 ulang bawang putih - dimayang
- 3-5 biji cili padi - hiris @ titik
- 3 batang serai dititik
- 1 helai daun kunyit
- Garam secukupnya
Kerang Rebus |
Cara menyediakan dan memasak:
- Kerang yang dah dibersihkan perlu dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, daun kunyit dan garam. Masukkan air agak² korang perlu dan pastikan kerang tu boleh masak.
- Masak kerang sampai masak atau terbuka kerang tu. Ikut korang nak macam mana.
- Dah siap masak boleh hidang untuk dimakan. Nak makan camtu saja, atau dijadikan lauk dengan cicah sambal kicap atau sos thai pun boleh.
Boleh cuba resepi : Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan
Khasiat Kerang
Khasiat kerang yang perlu korang tahu adalah makanan laut yang mengandungi banyak nutrisi bergantung kepada berapa banyak yang kita perlu.
Antara Nutrisi yang ada pada kerang :
- Protein
- Lemak
- Asam lemak omega-3
- Zat besi
- vitamin A
- vitamin B12
- vitamin c
- Kalsium
- Kalium
- Mangan
- Selenium
- Karbohidrat
- Kalori
"Adapun beberapa manfaat kerang untuk kesihatan bagi mengatasi anemia dan menjaga kesihatan jantung."
5 Comments
Sekarang susah nak dpt kerang fresh kan..kalau nak makan kerang yg betul2 fresh kena pi pasar besar pepagi..
ReplyDeleteErmm sedapnya kerang rebus..
ReplyDeletesuka kerang rebus
ReplyDeleteSuka juga kerang rebus...kerang bakar. Nyumsss!!!
ReplyDeletenow, kalu gi pasar, kering kekecik :(
ReplyDeletenak sgt buat gini.
tak berjumpa sgt kerang yg molek2.
sedap nyer lah kerang rebus.
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿