Resepi Ketam Lemak Cili Padi
Memandangkan sekarang musim ketam dengan harga yang murah pulak tu, apa lagi en.suami borong sakan dengan saiz ketam sederhana. Adalah dalam 30 ekor untuk RM30.
Suami kata nak makan puas-puas katanya.
Resepi Ketam Lemak Cili Padi
Ketam (10-15 ekor)
Santan (Nora guna 2 kotak santan yang kecil)
Cili padi (segenggam @ agak² korang nak pedas ke tidak)
Kunyit hidup
Asam keping
Serai
*korang juga boleh tambah nenas @ lain²
Cara-Cara
Blend cili padi & kunyit hidup masukkan ke dalam periuk. Orang tua kata bagi cili masak dulu. Masukkan ketam yang telah dibasuh tadi bersama sedikit air ke dalam periuk dan kacau. Dah menggelegak masukkan santan, serai dan asam keping. Kacau sebati, masukkan perasa dan kacau lagi jangan sampai pecah lemak. Dah siap korang boleh hidang.
Nora masak gulai ketam ni kosong je. Nak lagi sedap campur dengan nenas.
So,korang masak apa untuk keluarga?
7 Comments
lama pula tak buat gulai ketam nie.. kalau tambah nenas memang best..
ReplyDeleteMasaklah.. leh mkn ramai2. heheheh
DeleteSedapnyaaaaaa....wekend ni nak cari ketam la..akak kalau makan ketam x kisah harganya mahal ke murah janji puas makan kan..selalu beli time musim dan isi dia penuh
ReplyDeletesedap ni nora, linda pun kdg2 masak kosong je.
ReplyDeletealamak lazatnya lapar plak perut ni nora oii
ReplyDeleteFuh feveret ni. Tambah ada telur..
ReplyDeleteHadoi mak sedapnya Nora.. lama tak makan ketam masak lemak..
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿