WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE BERI 999 STIK PERCUMA

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE
Khas untuk pencinta makanan western yang berada di Johor Bahru, korang berpeluang untuk menikmati 999 stik PERCUMA yang bernilai hampir RM50,000 di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.

Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja  sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Wowww ! Ini sangat berbaloi!



Ini merupakan sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kepada pelanggan yang setia menyokong sejak restoran WISH ini dibuka pada Februari lalu.

Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.



Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini.

Untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi atau layari laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut.

Telefon : 013-7333280

WADIHANA

Kalau korang nak tahu keistimewaan hidangan Wadihana adalah terletak pada gravy atau kuah stik yang dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. 



Untuk pengetahuan korang, Wadihana akan merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Bukan seakadar ingin memastikan hanah kuahnya sedap sahaja, malah pemilik WISH juga sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

Selain daripada hidangan stik, WISH juga menyediakan tempat membakar piza mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa. Ini khusus untuk mereka penggemar piza.











Walaupun lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru, namun pemilik WISH menjangkakan mendpat sambutan luar biasa daripada kalangan penghuni kota Johor Bahru.

Kecekalan pemilik WISH ini setelah jatuh bangun dalam dunia perniagaan, mereka bangkit denagn keazaman dimana mereka percaya akan kuasa pemasaran online dan telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.

MAKLUMAT PERNIAGAAN:

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH

36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422


8 Comments

  1. Alaaa kenapa bukan dekat taman melawati. Kalau tak boleh terjah. Hehe.tp serius steak dia semua sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan jauh plak yg free ni. Ehheheh tp kt tmn melawati pun ade steak yg sedap. Ehehhehe

      Delete
  2. Sedapnyaaaaa..akak dah la pencinta Steak...cuma kena kurangkan sekarang sebab kesihatan..well sebulan sekali boleh la..hehehe...apesal la jauh sangat kan..kalau dekat dah lama akak terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Sme ngn saya. Jauh sgt. Heheh kat KL sy taulah. Tapi kat sekitar seremban belum ada yg penuhi citarasa.

      Delete
  3. Jauhnya Johor. kalau dekat dah berdesup dah dapatkan cepat hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya, untung siapa langkah kanan ni

    ReplyDelete
  5. mencabarnya tgk steak yg sedap2 tu

    ReplyDelete
  6. Wah sedap nie Nora tapi jauhnya la hai.. kalau dekat boleh jugak singgah.. hehehe..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿