Affan Essential Oil Membantu Bayi Tidur Lena |Salam kesayangan ibu-ibu, mommy-mommy, mama-mama semua. Hari ini Nora nak berkongsi dengan semua satu produk yang boleh membantu bayi tidur lena. Al maklumlah Nora baru melahirkan anak kedua pada 27 April 2019 yang lalu dan sekarang baby Nora dah berumur 3 bulan lebih. Pada usia ini, pastinya ibu bapa akan kerap mengalami gangguan tidur terutama bayi yang sukar tidur disebabkan selesema, batuk, kembung perut mahupun demam.


Affan Natural Telon Oil & Affan Natural Baby Balm
Affan Essential Oil mempunyai dua rangkaian produk yang terdiri daripada Affan Natural Baby Balm dan Affan Natural Telon Oil. Kedua-dua produk Affan Natural Baby Balm dan Affan Natural Telon Oil, antara set minyak telon terbaik untuk bayi kembung perut dan bayi yang alami ketidakselesaan pernafasan akibat selesema dan batuk. Nora suka Affan Natural Essential Oil kerana ia lebih natural dan sesuai untuk semua keadaan. AFFAN Natural Baby Balm dan Natural Minyak Telon berasaskan bahan semulajadi ini boleh disapu terus ke kulit serta dihidu bagi melegakan pernafasan. Sebagai ibu, apa yang Nora risaukan adalah baby anaqi yang kini telah dihantar ke rumah pengasuh. Faham-fahamlah bila anak telah dihantar di bawah jagaan orang lain. Kadang-kadang balik rumah pasti Anaqi akan bersin, batuk, hidung berair, panas badan dan kadang-kadang perut dia tidak selesa. Sudah semestinya keadaan ini merisaukan Nora dan pastinya pada waktu malam Nora akan sapu kedua-dua minyak telon dan baby balm dari Affan Natural ini pada Anaqi. 

Affan Natural Telon Oil & Affan Natural Baby Balm

KEGUNAAN AFFAN NATURAL TELON OIL DAN AFFAN NATURAL BABY BALM

Affan Natural Telon Oil


Affan Natural Telon Oil
Kegunaan Natural Minyak Telon Affan 
  • Minyak telon  membantu merawat perut kembung, perut berangin serta membantu melancarkan pernafasan ketika selsema dan menghangatkan tubuh badan si manja.
  • Membantu menenangkan emosi bayi yang meragam dan kuat menangis . 

Bahan Kandungan
  • Minyak telon ini dirumus khas dari minyak almond, halia, daun pudina, habbatus sauda Organik, bunga geranium, minyak kayu putih, lavender, bunga kenanga (ylang ylang), minyak bunga dan vitamin E. 


  • Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steroid, paraben, bahan pewarna, pewangi tiruan. Bau bauan adalah dari bahan-bahan tumbuhan semulajadi (essential oil) .

Cara Penggunaan

Kebiasaannya Minyak Telon digunakan selepas bayi dimandikan untuk memberi kesegaran pada si manja. Selepas mandikan anak, pastikan sapu minyak telon Affan pada perut bayi untuk elakkan kembung perut dengan cara titiskan ditelapak tangan dan buat sapuan terus ke perut bayi untuk memberi rasa kehangatan. Sapukan dan gosokkan juga minyak telon di dada bayi, belakang badan bayi dan juga tapak kaki. Sapu dua kali sehari ataupun lebih jika perlu. 

Packaging

Dalam betuk botol – 20ml

Harga Asal

RM35.00


Affan Natural Telon Oil & Affan Natural Baby Balm

Affan Natural Baby Balm


Affan Natural Baby Balm
Kegunaan Natural Baby Balm Affan


  • Baby balm Affan membantu merawat kulit seperti ruam lampin, ruam susu dn juga ruam akibat panas.
  • Melindungi kulit bayi yang sensitif.
  • Membantu merawat kulit kering dan kulit sensitif yang mengelupas sehingga menjadi kerandangan.

Bahan Kandungan
  • Diperkaya dengan minyak almond dan minyak zaitun untuk melindungi kulit bayi atau kanak kanak serta membantu mengekalkan kelembapan kulit bayi.
  • Mempunyai Essential oil 100% organik, ekstrak minyak dari bunga kenanga, lavender, shea butter,habatus suada dan geranium rose yang membantu sebagai aromaterapi dan memudahkan bayi tidur lena tanpa gangguan dan tidak meragam.

Cara Penggunaan

Sapu dan gosokkan balsem pada kulit bayi untuk membantu penyembuhan dan mampu menenangkan kulit yang sensitif dan keradangan. Balsem ini juga berfungsi untuk ruam lampin. Sapu dua kali sehari atau lebih jika ianya perlu.

Packaging

30 gram

Harga Asal

RM45.00

Harga Promosi

RM39.00



Affan Natural Telon Oil & Affan Natural Baby Balm

My Thoughts

So far, Nora suka Affan Natural Essential Oil kerana ia merupakan antara set minyak terbaik dengan bau yang menyenangkan untuk hilangkan kembung perut, selesema dan batuk selain mampu memberi kehangatan pada bayi. Untuk pengetahuan korang, bayi yang tidur mencukupi dan berkualiti adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, keupayaan kognitif dan ragam perasaan bayi. Selain itu, kita sebagai ibu bapa perlu luangkan masa untuk membantu si manja berehat dan bersedia untuk tidur adalah merupakan masa yang ideal untuk mengeratkan ikatan sentuhan dan perasaan dengannya di samping merangsang deria si kecil. Ini membuatkan masa tidur bayi lebih bermakna dan lena lebih lama. Affan baby balm dan telon, minyak untuk bayi kembung yang sangat best untuk korang gunakan pada si manja. Pasti si manja akan riang, selesa dan boleh tidur lena dengan lama kerana tidak alami perut kembung.


Affan Natural Telon Oil & Affan Natural Baby Balm
Untuk mendapatkan bayi tidur lena, sebagai ibu bapa perlu sering lakukan urutan yang menenangkan pada bayi dengan sapuan minyak telon kerana ia merupakan satu cara yang terbaik untuk membuatkan si manja berasa selamat, disayangi dan selesa untuk tidur. Minyak telon yang bagus dan mudah untuk dipakai dengan melakukan urutan pada si manja dan boleh membantu ibu mengenal pasti tindak balas terhadap bahasa badan si manja. Cara ini merupakan masa yang terbaik untuk membuatkan si manja berasa selamat dan terjamin.

Testimoni Pengguna

Hasil carian imej untuk affan natural essential oil
Affan Natural Telon Oil & Affan Natural Baby Balm
Hasil carian imej untuk affan natural essential oil
Affan Natural Telon Oil & Affan Natural Baby Balm
Untuk ibu bapa yang ingin tercari-cari minyak telon untuk si manja korang, Nora syorkan Minyak Telon dari Affan Natural Essential Oil ni iaitu Affan Natural Telon Oil dan Affan Natural Baby Balm. Kedua-dua produk minyak telon dan baby balm yang senang di bawa ke mana saja korang pergi dan ia sangat berguna apa jua kedaan saat si manja memerlukan. Haaaaa, korang pasti jatuh cinta dengan bau set minyak telon Affan yang sangat sesuai dengan bayi dan kanak-kanak. Jom sokong produk muslim dengan membuat pembelian segera buat si manja tidur lena.

Untuk maklumat lanjut tentang produk boleh rujuk di bawah ini :




25 Comments

  1. wah best balm ni dah try bagi dekat anak

    ReplyDelete
  2. Minyak baby ni bagus kalau terdiri dari bahan organik. Wahhhh senang baby tidur....mama papa pun senang hati. Kalau terjaga je pasti susah hati kan?. Baby kena banyak tidur untuk pertumbumbuhan yang sihat.

    ReplyDelete
  3. Bagus ek produk Affan ni. Seakan produk tasneem tu ye? Bagus la dapat bantu ibu2 utk atasi pelbagai masalah ketidakselesaan pada bayi kan

    ReplyDelete
  4. Mesti bau wangi ni.. Sedap kalau bau dekat baby ni... Tenang ja rasa... Terus rasa rindu nak ada baby.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah ada produk baharu dalam pasaran Malaysia. Apapun terima kasih sudi berkongsi satu produk yang bagus . Insha Allah boleh Naim "rekemen" dekat abang2 Naim haha

    ReplyDelete
  6. Wah! Affan ya? New produk untuk pengetahuan cx ni. Boleh cuba beli nanti ntk mewborn baby soon

    ReplyDelete
  7. tak boleh move on tengok packaging dia yang comel. nak cuba cari la nanti. tunggu ada next baby pulak.

    ReplyDelete
  8. bagus la zaman skang. byk produk trusted sebegini.
    dulu kala time aida ber anak kecik, not so viral produk gini.
    dok la dgn satu minyak tulisan cina tu :) hi hi hi hi...
    yg ni much better sebab ada plak eo lavender. terbaik!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, banyak dah sekarang produk yang berasaskan bahan semulajadi. Yang penting selamat & serasi anak guna. Bila permasalahan anak pun dapat dibantu, senang lah sikit kerja para ibu kan? Tapi tula, first time dengar nama brand affan. Biasa dengar tasneem naturel :)

    ReplyDelete
  10. bagusnya. elok untuk anak anak kecil. kena ada setiap rumah.

    ReplyDelete
  11. Bagus sebenarnya produk ni coz pernah da cuba sampai la ni masih guna untuk anak ketiga saya baby Ummu. Bukan apa, produk affan ni dia ada sijil organik tau. Kita sebagai Muslim bukan saya perlukan produk yang halallan tapi juga toiyibah...

    ReplyDelete
  12. nampak selesa je dia..bagus minyak telon ni dapat buat baby selesa. Badan takda sejuk, takde kembung..benda wajib bila nak jadi ibu, ada abbay..tapi kadang mak ayah pun guna..ehhee

    ReplyDelete
  13. moga produk affan ni terus serasi dengan baby anaqi. produk muslim yang bagus, harus dimiliki. moga anaqi membesar dengan sihat ye.

    ReplyDelete
  14. First time dgr produk ni. Nampak menarik. Mcm bolehlah nk beli nnti utk kakak saya, in shaa Allah bulan 10 ni melahirkan. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  15. wah.. dah besar alfian sekarang. baru beberapa bulan je kan.waktu kecil ni la kena jaga waktu malam kan. nak lena kan si kecil bukan mudah. hopefully baby balm ni memmbantu la

    ReplyDelete
  16. Harganya berbaloi Nora...akak nak cuba juga untuk Tufael. Senang nak bawa travel sebab akak ni jenis travel banyak. Pakaging dia pun comel-comel je

    ReplyDelete
  17. Sukanya baby dapat guna Affan hehehe setiap ibu bapa yang baru dan juga ada anak kecil wajib ada produk ni kerana ia bagus diwaktu kecemasan... Takut nanti ibu bapa yang susah nak tidur terganggu...

    ReplyDelete
  18. La ni dah ada macam2 jenama minyak telon dan balm untuk baby. Suka sapu minyak telon kat Hud, (masa dia baby dulu) setiap kali lepas bagi mandi dia. Selesa je tengok dia tidur.

    ReplyDelete
  19. Nak cari jugaklah, anak I malam-malam susah nak tidur, selagi tak penat melampau selagi tu dia tak nak tidur. Nak cuba bagi dia bau-bau wangi ni pulak, tengok dia ada rasa tenang tak nak tidur lepas sapu.

    ReplyDelete
  20. menariknya.. org dewasa pun boleh guna kan

    ReplyDelete
  21. Memang bagus kan set affan ni.. Sesuai utk para ibubapa ada set ini utk anak2.. Selesa nak guna dan yang bestnya dpt elakkan dr kembung perut.

    ReplyDelete
  22. bagus ada essential oil nie dalam membantu ibu2 utk menidurkan anak2 mereka. agak kesian juga bila ibu2 terpaksa bersengkang mata bila baby dorg xleh tidur.

    ReplyDelete
  23. bagus produk Affan ni.. serasi dengan anak saya.. skrg ni memang tak tinggal pakai minyak telon Affan tu..

    ReplyDelete
  24. harga dah mampu milik tu dan minnyak telon ni bagus utk baby, mak pun tak risau kan

    ReplyDelete
  25. macam bagus produk ni. harga pun berpatutan. nanti nak kena cari ni. wajib untuk mereka yang ada anak kecil kan

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿