Mengidam Ayam Hutan Masak Lemak Cili Padi
Salam guys...
Ayam Hutan Lemak Cili Padi | Korang makan tak ayam hutan? Susah juga nak dapat. Kisahnya nak makan ayam hutan ni masa preggy. Tapi tak dapat. Yelah siapa yang nak mencarinya.
Mengidam Ayam Hutan
Ayam Hutan Lemak Cili Padi |
Mengidam Ayam Hutan
Sinonim bila mengandung mesti akan ada istilah mengidam kan. Ye banyak Nora mengidam dan tak semua dapat makan. Maklumlah sepanjang mengandung suami tiada di sisi jadi terlalu banyak yang sukar nak diperolehi. Kadang-kadang hujung minggu je dapat jumpa. Kadang-kadang 2-3 minggu tak jumpa.
Masa tekak nak sangat makan ayam hutan tu sampai menangis sebenarnya sebab memang dah tahu akan kecewa. Benda susah nak dapat. Cuma satu hari tu, kakak dekat office ada bawa bekal jadi kami ada share sorang sedikit makanan. Bila dia cakap dia bawa gulai ayam hutan gembira rasa hati. Tapi yelah benda tak banyakkan. Bila dapat merasa sedikit lepas makan baru cakap dekat dia yang sebenarnya Nora nak sangat makan gulai ayam hutan. Dia kata kalau ada lagi dia masakkan. Tapi ye lah benda susah nak dapat jadi tak da lah Nora tanya pada dia.
Ok, atas usaha kakak ipar maka dapatlah Nora makan ayam hutan. Kami beli seekor dan suami dah siap bersih dan potong. Bila free baru ada kesempatan nak masak. Nora ambil sedikit jugak untuk di masak bersama bubur anaqi.
sumber : google |
Ayam Hutan Lemak Cili Padi
Seekor ayam hutan
1 biji kelapa (santan)
2 batang serai
Kunyit hidup - kisar
Cili padi - kisar
Asam keping
Rebung *optional
Kecutkan ayam dan bahan kisar/tumbuk sehingga empuk. Ayam hutan perlu rebus lama seperti ayam tua. Kemudian masukkan serai, asam keping dan santan. Kacau sebati dan masukkan perasa dan kacau kemudian boleh dihidangkan.
Baca juga resepi : Ikan Baung Masak Lemak Cili Padi
Alhamdulillah akhirnya mengidam ayam hutan semasa mengandungkan anaqi akhirnya dapat juga makan ketika umur anaqi 6 bulan. Syukur.
13 Comments
Dkt sini susah nak dapat juga. Akhirnya ada rezeki juga nora makan ayam hutan kan. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSedap ye nora ayam hutan masak gulai. Mimi tak pernah makan ayam hutan masak gulai
ReplyDeleteRasanya lebih lazat ayam kampung ori berbanding ayam hutan
ReplyDeleteSusah tu nak dapat ayam hutan.
ReplyDeletesalam kenal.
ReplyDeleterare sangat ni.
alhamdulilah dapat rasa nya.
jarang amkan ayam hutan ni..kene pandai masak la..namapk sedap dibuat lemak cili padi ni
ReplyDeleteTak pernah lagi makan ayam hutan. Selalu makan ayam kampung je...
ReplyDeleteZaza pulak rasa lapar gila tgk masakan ni.. Kebetulan perut pun tengah kosong lagi..
ReplyDeleteKalau mengidam tu, kena cari. Alhamdulillah sedap masakan.. Shad xbiasa mkn lagi ayam hutan.
ReplyDeleteMasa mengandungkan Tufael akak teringin makan ayam hutan ni. Alhamdulillah rezeki dapat merasa
ReplyDeletesyukur dapat juga ye apa yg diidamkan anaqi yg tingin tu
ReplyDeletewaalaikumussalam. tak penah makan lagi la setakat ni ayam hutan ni. hehe
ReplyDeleteMana nak dapat ayam hutan ni...nampak sedap je...kena pandai cari ni kan?
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿