Assalamualaikum...

Takwim Persekolahan dan Cuti Perayaan Tahun 2020 | Cuti persekolahan tinggal beberapa minggu saja lagi akan menutup tirainya. Pasti ibu bapa ramai yang telah menyediakan keperluan persekolahan anak-anak sebagai persediaan sesi persekolahan Tahun 2020.

Dengan itu, sesi persekolahan 2020 mempunyai takwim persekolahan dan takwim perayaan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak pengurusan sekolah pastinya telah merangka perjalanan aktiviti persekolahan mengikut takwim penuh sesi persekolahan 2020 dan takwim cuti perayaan untuk persediaan perancangan sekolah.

Tidak ketinggalan ibu bapa juga boleh merancang cuti bersama keluarga berdasarkan takwim yang telah dikeluarkan oleh KPM. Cuti Penggal Ppertama bermula pada 13/14 Mac hingga 21/22 Mac 2020, manakala Cuti Pertengahan Tahun bermula pada 22/23 Mei hingga 6/7 Jun 2020 dan Cuti Penggal Kedua pada 24/25 Julai hingga 1/2 Ogos 2020 serta Cuti Akhir Tahun bermula dari 20/21 Nov hingga 31 Dis 2020.

Bersama ini di sertakan Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2020 mengikut negeri dalam Kumpulan A dan Kumpulan B.

Jadual Cuti Perayaan 2020

Berikut adalah Jadual Cuti Perayaan 2020 yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan ibu bapa merancang percutian bersama keluarga.


Dengan adanya takwim dan jadual cuti perayaan, bolehlah ibu bapa merancang aktiviti keluarga pada tahun 2020. Semoga dengan adanya info ini dapat membantu ibu bapa membuat persediaan awal untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.

14 Comments

  1. Mimi dah siap tanda dekat kalendar kuda 2020 cuti sekolah sempena perayaan nanyi. Advance sangat kan. Dah siap plan nak cuti bila tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh terbaik mimi. Heheh kalender kuda tu jugak syok kan.

      Delete
  2. Cuti byk khamis jumaat tahun depan kan..sabtu pun sama. Nmpknya kurang cuti lah para pekerja semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a ana. Tu yg seronokkan. Leh plan dgn family

      Delete
  3. Tahun depan pun banyak extra cuti...bokeh la simpan untuk sampai hujung tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak SA haishh mcm plan nak cuti 3 bulan je lg thn depan

      Delete
  4. Bagus ada jadual ni. rujuk awal².. leh wat plan awal²

    ReplyDelete
  5. Senang nak plan if nak kemana2 dah ada takwim ni

    ReplyDelete
  6. Wah senang rujuk ni..hahaha..dah start kene tengok semua ni

    ReplyDelete
  7. Itu la... Kita pon skrg dh kene tgok cuti sek tahun dpn awal2 hihi

    ReplyDelete
  8. Mmg wajar utk take note Cuti-cuti ni. Senang klau nk g bercuti..

    ReplyDelete
  9. Senang kan ada takwin dan jadual macam nie.. senang nak rancang cuti..

    ReplyDelete
  10. Wah dah ada takwim. Boleh la akak plan tarikh bercuti nanti

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿