Tomok Kini Pemilik Street Churros Cawangan Ke 17, Seremban
Tomok Kini Pemilik Street Churros Cawangan Ke 17, Seremban
A big big congratulations!
Penyanyi Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok kini meluaskan bidang perniagaan dengan membuka satu lagi francais makanan pencuci mulut berasal dari Korea Selatan yang popular Street Churros di Aeon Mall Seremban 2, Seremban baru-baru ini.
Tomok Pemilik Street Churros di Aeon Mall Seremban 2, Seremban |
Selain aktif dalam dunia hiburan sebagai penyanyi Tomok tidak ketinggalan merebut peluang berkecimpung dalam perniagaan dan menjadi francais Street Churros.
Street Churros di Aeon Mall Seremban 2
Pelancaran Pembukaan Francais ke 17 Street Churros, Seremban |
Nora berkesempatan hadir sempena pembukaan cawangan Street Churros ke 17 di Seremban baru-baru ini dengan kehadiran Tomok sebagai pemilik francais. Untuk pengetahuan korang, pada hari pembukaan cawangan ini terdapat Mug dan Botol Street Churros limited edition yang eksklusif dengan tandatangan dari Tomok itu sendiri. Tapi hanya pada 19 Januari 2020 sahaja iaitu hari pembukaan cawangan Street Churros di Aeon Mall Seremban 2.
Nora dapat lihat sendiri sambutan daripada orang ramai yang berada di Aeon Mall Seremban 2 sempena pembukaan francais Street Churros milik Tomok sangat menggalakkan. Sambutan ini datangnya dari para peminat Tomok, peminat churros dan juga datangnya daripada pengunjung pasaraya itu. Ramai yang beratur untuk membeli churros dan mengambil peluang untuk membeli limited edition merchandise yang eksklusif dengan harga murah.
Set Churros dalam My Treasure Box |
Sepanjang majlis pembukaan francais tersebut, Tomok turut mendendangkan lagu-lagu miliknya buat peminat dan pengujung di pasaraya itu sebagai tanda penghargaan beliau kepada mereka.
Nikmati Churros di Street Churros Seremban
Untuk pengetahuan korang, churros ni sedap dimakan time panas-panas baru rasa nikmat sebab lembut dan gebu. Di Street Churros ni kalau nak tau style untuk order simple je, korang order je pilihan churros korang baru churros dibuat dan di goreng, siap sahaja korang boleh makan. Senang bukan? Paling penting ia tidak mengambil masa yang lama.
Tomok Kini Pemilik Street Churros Seremban |
Selain itu, churros yang terdapat di Street Churros ni banyak pilihan tau, antaranya churros yang berbentuk horseshoe yang mempunyai perasa yang berbeza antaranya chocolate, cinnamon dan Taro. Haaaa churros Taro ni adalah churros flavour baru tau warna purple gittew. Sedap tau, korang wajib cuba. Terdapat juga pilihan menu churros lain iaitu Filling Churros, Fries Churros, Stick Churros dan Long Fries.
Baca juga : Churros Dari Korea Kini Di Malaysia
Baca juga : Churros Dari Korea Kini Di Malaysia
Haaaa, korang yang berada di sekitar Seremban mahupun yang tinggal di Negeri Sembilan jangan lupa singgah ke Street Churros untuk menikmati churros yang sedap resepi original dari Korea Selatan. Buat korang dan suka makan Churros boleh pergi ke outlet di Aeon Mall Seremban 2.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Street Churros boleh layari :
Website :
Facebook :
Instagram :
Tunggu apa lagi, JOM CHURROS !
25 Comments
Baguslah Tomok, antara artis berwawasan..
ReplyDeleteBetulkan liez. Tomok ambil peluang join francais. Sebelum ni chatime.
DeleteSedapkan Nora Churros. Lepas ni kalau nak makan senang dah kat Aeon Mall S2 ada. Teringin nak makan boleh je pergi bila bila masa
ReplyDeleteSedap makan masa panas² kan mimi. Yang Taro tu sedap pulak. 1st time rasa tau. Tulah dh ada dekat bebila blh pergi nanti.
DeleteTahniah Tomok di atas pembukaan outlet Street Churros yang baru di AEON Seremban 2... #ilovestreetchurros seap!
ReplyDeletemmg suka churros kt sini...sama mcm mkn kt korea dlu
ReplyDeleteSedapkan churros dia mama tisya. Lagi pulak ada flavour baru.
Deletetahniah tomok. bagus tomok rajin berniaga
ReplyDeleteOrang Johor ni tunggu gak, sapalah artis yang nak bukak kat Johor ni kan, nak jugaaa rasa huhuhu mesti sedapkan!
ReplyDeleteTahniah buat Tomok..
Adalah nanti artis nak buka dekat JB. Yelah bandar beso kan sis lin. Hehehhe
DeleteBagus tomok ni. Bisnes minded. Boleh perginjauh dalam pelbagai bidang
ReplyDeleteBetul tu kak ayu. Bagus dia ni xbuka restoran tp jd francais
DeleteWahhh tomok pon da berjinak dalam bisnez. Kita x pernah makan lagi street churros ni. InsyaAllah nanti nk terjah kat seremban 2
ReplyDeleteTahniah kepada Tomok sebab berjaya menjadi pemilik street churos ni. Setakat ni saya tak pernah lagi cuba street churos ni. :)
ReplyDeleterasa mcm pernah nampak jenama ni, tak tahu pulak tu tomok punya.. sebab selalu artis letak nama dia sekali dalam jenama tu.
ReplyDeleteTahniah utk Tomok. Bagusnya bila berkecimpung dlm dunia perniagaan.
ReplyDeletei love street churos as well. every week go 1 U sure buy
ReplyDeleteMy girls love to eat Street Churros! Nice that it is available di Aeon Mall Seremban 2 now too! Congratulations to the boss
ReplyDeletewah.. teringin pulak nak rasa street Churos ni.. tak pernah rasa lagi mana-mana churos.. maybe street churos ni yang 1st la nanti.. heheehh
ReplyDeletetahniah buat Tomok...best menyanyi, pandai business kan. Insyallah sampai Seremban pasti nak singgah
ReplyDeleteRawlins memang penggemar Street Churros sebab rasanya authentic macam kat Australia. Tahniah Tomok
ReplyDeleteWow.. Tahniah tomok n wife... Lama xmkn street churros ni... Sedapnya kalau amik dipping dia caramel n choc.. Nyummy
ReplyDeleteTahniah Tomok. Selain menyanyi ada juga bisnes kan. Terbaik lah. Qiss memang suka Street Churros ni sebab sedap. Ada masa nanti boleh pi oulet Tomok pulak.
ReplyDeleteTahniah buat Tomok.
ReplyDeleteBaru tahu nama sebenar dia, hehehe.
Ouh street churos ni resepi dari korea rupanya. Hope boleh cuba bila ke seremban 2 nanti
Tahniah street churos atas pembukaan outlet ke 17 dan tahniah pada Tomok yg bijak mengorak langkah
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿