Nikmati Sambal Pedas Berapi Lava Crunchy & MOOK Dari Kayu Tiga

Sambal Dalam Masyarakat Malaysia

Sambal merupakan pemecah selera makan. Kalau tak pedas memang tak sah bagi korang yang gemar makan pedas-pedas. Tak ada sambal dalam hidangan kira tak lengkap makanan. Sebab itulah masyarakat kita Melayu sinonim dengan sambal setiap hidangan makan tengahari atau makan malam. Kalau bukan sambal bertumis, sambal yang segera atau tidak tumis pun dah cukup memadai bagi peminat sambal.

Begitu juga dengan suami Nora. Mesti ada sambal dalam setiap hidangan. Sejak Nora cuba sambal dari Kayu Tiga ni, dah memudahkan Nora menambat selera suami. Yelah, masak tak pedas pun tak apa sebab dah ada sambal pedas berapi dari Kayu Tiga.

Sambal Pedas Berapi Dari Kayu Tiga

Kayu Tiga menawarkan 2 jenis sambal pedas berapi mengikut tahap kepedasannya iaitu Sambal Pedas Lava Crunchy dan Sambal MOOK. Bagi Nora kedua-dua sambal dari Kayu Tiga memang pedas dan tahap kepedasan tu kategori berapi. Memang ada ummmphhh sambal ni tau.
Nikmati Sambal Pedas Berapi Lava Crunchy atau Mook dari Kayu Tiga bersama dengan nasi panas-panas memang membuka selera. Peminat pedas berapi sampai leleh air mata boleh cuba Lava Crunchy, pedas berapi tahap sederhana cuba MOOK kerana kedua-duanya mempunyai ramuan yang berbeza.

Sambal Lava Crunchy Kayu Tiga

Sambal Lava Crunchy Kayu Tiga

Sambal Lava Crunchy memberikan tahap kepedasan 100% pedas. Kategori pedas berapi berasap dengan menggunakan ramuan asli yang memberikan keenakan menikmati sambal Lava Crunchy ni. Boleh juga simpan sambal ni dijadikan stock di rumah atau boleh bawa travel ke mana-mana je sebab ianya tahan selama 1 tahun. Tapi, kalau dah buka seal ianya tahan hanya sebulan saja.




Bahan-bahan :
Cili, bawang minyak, belacan, ikan bilis, asam keping, garam, gula dan perasa yang dibenarkan.


Berat : 150g
Harga : RM15 (harga asal RM20)

Sambal MOOK Kayu Tiga


Sambal MOOK Kayu Tiga


Kayu Tiga memberi kelainan tahap kepedasan pada Sambal MOOK yang mana ianya sesuai untuk mereka yang tidak tahan dengan pedas berapi. Tahap kepedasan Sambal MOOK hanya 60% sahaja dan ia mempunyai bahan ramuan yang berbeza dengan Lava Crunchy.


Keistimewaan Sambal MOOK mempunyai rasa yang masam-masam pedas kerana terdapat belimbing buluh dalam ramuannya. Sambal MOOK juga tahan sebulan selepas buka seal tapi kalau tak buka lagi boleh tahan setahun. So, boleh buat stock untuk puasa nanti.
Sambal Mook Kayu Tiga
Bahan-bahan :
Bilis, bawang, cili, minyak, belimbing buluh, dan perasa yang dibenarkan.
Berat : 150g
Harga : RM15 (harga asal RM20)



Untuk makluman korang, sekarang ni Kayu Tiga ada buat promosi dengan menawarkan harga RM15 satu pack sambal. Haaa bolehlah korang beli buat stock dirumah sementara promosi ada ni kan sebab harga asal sambal ni RM20. Dah jimat RM5 kalau korang rebut peluang beli masa promo ni.

My Thought




Bagi Nora yang suka pedas memang akan jadikan sambal dari Kayu Tiga sebagai stock di rumah. Maklumlah bekerja dan ada baby kan. So, nak jaga perut suami ini pilihan Nora Sambal Lava Crunchy dan MOOK melengkapkan hidangan keluarga kami.


Lava Crunchy memang betul-betul pedas berapi. Sikit saja dah cukup meresap pedas dia. Suami memang minat betul dengan sambal ni. Bagi Nora yang suka pedas sederhana dan masam-masam akan pilih MOOK sebab dalam sambal ni ada belimbing buluh.


Untuk maklumat lanjut boleh tekan link di bawah :
Instagram :
Facebook :
Tempahan :

8 Comments

  1. sayaa... jenis x minat pedas. tp klu pedas yg sedap bestt. Btw masak sayur tu nampak sedap

    ReplyDelete
  2. sedap nya. saya jenis tak pedas sangat dan kurang sikit pedas. hehe. kira pertengahan la :D

    ReplyDelete
  3. hari tu Bonde makan dengan masak lemak kobis juga memang terbaik gabungan sambal mook dan lava cruncy so sedap

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wrmbth Sis Ummu Zarra.Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  5. Sedapkan nora sambal ni makan sekali nak berkali kali..kalau gabung dua dua sambal ni lagi kebaboom rasanya

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sis Ummi Zara , jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  7. kena dengan nasik panas sedap ni kak

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿