7 Hidangan Cepat dan Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand™ #DudukRumah
Salam Ramahan
kepada semua muslimin sekalian.
Sekarang dalam tak diam kita
telah melalui Fasa ke #3 Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dan semalam Perdana
Menteri telah umumkan yang kita akan lalui PKP Fasa ke #4 mulai 29 April 2020
sehingga 12 Mei 2020. Nora harap, Ramadhan kali ini kita semua dapat lalui
dengan penuh kenikmatan dan melalui kehidupan baru dengan mengikut saranan
kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid 19. Kekal #dudukrumah dan jangan ke
sana ke sini.
Jadi, sepanjang tempoh PKP ni, kita telah menjadi chef terkenal dalam rumah dengan pelbagai hidangan. Ada antara kita yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.
Jadi, sepanjang tempoh PKP ni, kita telah menjadi chef terkenal dalam rumah dengan pelbagai hidangan. Ada antara kita yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.
Apa yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan?
Mari sama-sama mencuba resipi
mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan
penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk
melengkapkan hidangan. Jika kita tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah
apa saja yang ada mengikut citarasa sekeluarga. Tiada dapur api atau ketuhar? Kita masih boleh gunakan Ketuhar
Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.
1. Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur
Dengan mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan
beberapa rempah asas? Kita boleh menyediakan
kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein
yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™
yang manis dan telur sangat enak.
Malahan, kita hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.
2. Pizza Tuna
Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda
berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna
yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda
dan tambah sedikit jagung manis Ayam
Brand™ atau bahan lain. Bakar
dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.
3. Nasi Lemak Pandan
Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk
menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk
nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak.
4. Pasta Sardin
Seminggu
anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan
malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam
Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm.
5. Kari
Mackerel
Tidak pernah masak kari tapi
anda teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah
hidangan ringkas dan anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin.
Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.
6. Kentang Tuna Pedas
Anda hanya perlukan kentang,
satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng
semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan
dengan bahan yang anda ada.
7. Sardin Gulung
Goreng
Raikan kejayaan anda dapat
membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam
Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam
telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah
hari atau pilihan makan malam yang ringan.
Untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand™ sepanjang tempoh PKP tamat, anda boleh layari laman sesawang Ayam Brand. Nora harap anda kekal sihat, kekal duduk dirumah dan jalani Ibdah Puasa dengan penuh Keberkatan. Amin.
Laman Sesawang Ayam Brand™
5 Comments
Banyak juga resipi dari ayam brand ni nora. Nanti mimi nak cubalah. Ada juga menu berlainan untuk dibuat kan
ReplyDeleteIye nampak ringkas kan. Jom cuba resepi ni nak?
Deletesedap nampak smua tu...boleh la try nnti
ReplyDeleteSuka masakan yang ringkas2 je skrg ni...lepas terawih sedap makan...kan?
ReplyDeletemasak simple2 ja smpena puasa ni..hihi
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿