Pastinya ramai yang mengenali jenama keluaran Carrie Junior. Jenama yang memperkenalkan set penjagaan diri bayi dan kanak-kanak sudah lama bertapak di pasaran lebih dari 20 tahun. Teringat zaman dulu-dulu guna bedak jenama Carrie Junior memang wangi dan jenama ini popular dengan tag line "Tak Pedihkan Mata". Dan kini, anak-anak Nora juga turut menggunakan produk dari jenama Carrie Junior kerana baunya yang wangi dan serasi untuk kulit anak-anak.


Terkini, Carrie Junior telah memperkenalkan siri baru mereka Baby Carrie yang difomulasikan daripada bahan yang dirumus khas 100% organik. Antara bahan organik yang terdapat dalam siri baru ini adalah seperti Organic Oat Milk & Milk of Almonds  dan Organic Almond Oil Wheat Germ Oil. Kesemua bahan ini difomulasi khas untuk kulit bayi dan kanak-kanak kerana ianya bagus untuk melembut dan melindungi kulit mereka.

Baby Carrie Baby Bath

BABY CARRIE Head to Toe membersihkan kulit kepala & kulit sensitif bayi dengan lembut dan diperkaya dengan minyak gandum, kaya dengan Vitamin E, sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. Ia melembapkan kulit bayi secara intensif dengan minyak badam organik agar kulit lembut & licin.



• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Tidak memedihkan mata 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi 
• Bebas sulfat, sabun, paraben, pewarna, MIT


BABY CARRIE Bath membersihkan kulit sensitif bayi dengan lembut dan mengandungi susu oat organik & susu badam untuk memperbaiki kelembapan kulit bayi, mengawal kehilangan kelembapan & menguatkan kulit. Keanjalan kulit bayi ditingkatkan dengan Vitamin A & E, yang juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. 

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Tidak memedihkan mata 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi 
• Bebas sabun, paraben, pewarna, MIT



BABY CARRIE Lotion memberikan kelembapan cepat selama 48 jam pada kulit bayi dengan kesan tidak berminyak dan rasa ringan. Ia diperkaya dengan gliserin untuk menghidrat dan menenangkan kulit bayi dengan susu oat organik & susu kacang almond untuk melembabkan & melindungi kulit. 

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Mengekalkan kelembapan selama 48-jam 
• Bebas alcohol, paraben, pewarna, minyak mineral


BABY CARRIE Nourishing Oil sangat sesuai untuk urutan ikatan bayi. Ia menenangkan & melegakan kulit kering dan mengunci kelembapan kulit bayi. Campuran yang diperkaya dari minyak badam organik, minyak gandum & minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Mengekalkan lebih kelembapan
• Melembapkan & melembutkan

Baby Carrie Junior

Happy tengok anak-anak selesa dan ceria setiap kali selepas mandi dengan menggunakan produk mandian dari Baby Carrie Junior. Terutama untuk hero Nora pastinya melegakan hati bila kena buih di mata pun masih boleh gelak lagi dan pastinya tidak meragam cukup para ibu berasa tenang. Ini semestinya akan memberikan anak-anak semangat melakukan aktiviti -aktiviti dunia kecil mereka di rumah. Produk yang berasaskan bahan organik adalah menjadi pilihan terbaik dalam memastikan ianya benar-benar selamat digunakan terutama buat bayi.

Untuk dapatkan produk ini, korang boleh berkunjung di semua rangkaian farmasi, kedai dan pasaraya yang berhampiran. Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari :-





2 Comments

  1. seronok tengok Anaqi mandi ...bestnya ada baby carrie ni ye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh tulah. Dia bab mandi memang suka. Xsangka Carrie Junior ada produk based organic. Sesuai utk anaqi yg ada kulit sensitif.

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿