Rindu Nak Bercuti? Ini Yang Boleh Dilakukan Percutian Selepas PKP
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers ummizarradotcom. Harapnya semua sihat-sihat saja, Nora dan keluarga jua sihat Alhamdulillah. Semua orang pastinya bimbang untuk keluar memandangkan sekarang kita sedang jalani PKP 2.0. Pandemik Covid19 masih belum reda jadi rasa stress dan bosan bila tidakdapat lalui kehidupan seperti sebelum pandemik. Rindu sangat rasa nak pergi bercuti dengan family. Rindu nak pergi jalan-jalan dengan anak-anak yang baru kenal dunia. Sekarang nak pergi bercuti pun rasa terhad kan.
Dengan
keadaan sekarang semua pergerakan terbatas dan orang ramai diminta untuk kekal
di rumah serta tidak dibenarkan untuk keluar sewenang-wenangnya. Dari start Negara
dilanda Covid, kita semua terpaksa menjalani kehidupan norma baharu. Jadi,
tidak mustahil bahawa kebanyakan dari kita merancang untuk kembali menjalani
kehidupan seperti biasa dan pasti ramai yang sudah mula 'rindu' nak bercuti.
Nora
rindu nak perg bercuti, memadangkan Nora sekarang tinggal berdekatan dengan
Negeri Melaka, memang ada perancangan selepas PKP berakhir nak bawa keluarga
berjalan-jalan dan bercuti di negeri bersejarah.Ye lah cari hotel dekat-dekat je
dengan Nora, jadi pergerakan tu tidak memerlukan perjalanan yang panjang dan
memenatkan. Maklumlah Nora ada baby yang berusia 3 bulan dan anak berusia 1
tahun lebih dan Nora pilih merancang ke Melaka bagi mengelakkan pergi tempat
ramai orang maka, Nora plan nak pilih hotel
di luar Bandar Melaka.
Namun,
Nora pasti ada juga antara korang yang masih berasa takut dan tidak merancang
sekali untuk keluar berjalan mahupun bercuti. Ini apa yang boleh dilakukan percutian
selepas PKP nanti untuk keluar bersama-sama keluarga. Dengan membuat pilihan
untuk bercuti di dalam Negara.
Kita
semua maklum, nak buat pilihan hotel memang mudah sangat, just google sahaja hotel Melaka pasti akan berderet keluar
senarai hotel yang ada. Boleh juga buat pilihan dari harga rendah sehingga
harga tinggi bergantung kepada keinginan masing-masing. Tapi, jangan lupa untuk
review juga hotel Melaka yang bakal menjadi pilihan supaya tidak tersalah pilih
dan kecewa dikemudian hari.
Aspek
kebersihan menjadi keutamaan Nora dan keluarga. Dengan keadaan virus Covid 19
masih belum hilang, Nora ingin pastikan premis hotel dilengkapi dengan cecair
pembasmi kuman (hand sanitizer) di setiap check-point
seperti di kawasan lobi, diruang lift, dan setiap sudut laluan orang ramai bangunan
hotel.
Nora
pasti, kebanyakkan hotel Melaka juga
telah mengikut norma baharu dengan menyediakan kaedah daftar masuk tanpa
sentuhan iaitu hanya menggunakan aplikasi telefon pintar. Selain itu, pastinya
kebanyakkan hotel teah menetap SOP seperti saranan kerajaan di mana setiap
bilik akan di bersihkan dengan pembasmi kuman selepas pengunjung keluar dan bersedia
menerima tetamu yang baru.
Nora
lebih suka memilih hotel berbanding homestay sekiranya ingin bercuti bersama
family kecil Nora. Sebab itu Nora plan nak mencari hotel di luar Bandar Melaka
kerana Nora pasti kurang pengunjung atau tidak ramai orang disekeliling selain
dapat menghirup udara yang segar dari alam semulajadi.
Senang
kata, Laman web traveloka.com memang sangat mudah digunakan untuk korang mencari hotel dengan mudah kerana pilihan yang
meluas mengikut destinasi korang.
SENARAI HOTEL MELAKA
Nora kongsikan dengan korang beberapa hotel yang boleh menjadi pilihan korang dengan rate harga yang pelbagai.
1. Bayview Hotel Melaka
Antara komen pelanggan :
- · Hotel yang bagus berhampiran dengan bandar. Bilik yang diberikan sangat besar untuk seisi keluarga. Tempah tanpa keraguan.
- · bilik dan hotel yang bagus .. bersih dan berhampiran hospital putra
- · perkhidmatan yang sempurna dan baik..sangat bersih
Lokasi :
Jalan Bendahara,
Melaka City Center, Melaka City,
Melaka,
Malaysia, 75100
2. Faithview Hotel &
Suites Melaka
Antara komen pelanggan :
- · Bilik bersih dan selesa serta ada kolam renang yang besar & breakfast yang lengkap. Sangat sesuai untuk percutian keluarga.
- · Harga yang sangat berbaloi untuk 2 bilik dalam 1 hotel. Lokasi pula sangat dekat dengan bandar melaka. Parking kereta di sediakan. Kolam renang besar dan sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa.
Lokasi :
1, Jln KLJ 5,
Taman Kota
Laksamana,
75200 Melaka
3.
Semabok Inn
Antara komen pelanggan :
- · Bagus, bersih. Dan sangat selesa. Murah tetapi penuh dengan kualiti.
- · Tidak banyak. Kami tinggal di sana untuk kesegaran sahaja.
- · Kakitangan yang ramah dan selamat. Biliknya bagus dan bersih
Lokasi :
396, Jalan
Semabok,
75050 Melaka,
4.
Swiss-Garden Hotel Melaka
Antara komen pelanggan :
- · Bersenang-senang di sana. Makanan sedap. Bilik bersih yang luas. Yang terbaik adalah kolam renang kanak-kanak dan dalaman, sesuai untuk keluarga
- · Saya mempunyai penginapan yang paling menyenangkan di sini! Tempat ini sangat strategik kerana berhampiran dengan menara langit pantai, pusat beli-belah pantai dan pelayaran sungai dan banyak lagi! Makanannya juga sedap! Ibu dan ayah saya menyukainya! Kolam ini sangat besar dan dapat memenuhi banyak orang di sana kerana sekarang ini adalah waktu yang sangat baik tetapi masih ada jarak fizikal kerana kolam itu sangat besar! Amat disyorkan!
Lokasi :
T2-4, The
Shore @ Melaka River,
Jalan
Persisiran Bunga Raya,
Melaka City
Center, Melaka
5.
The Straits Hotel & Suites
Antara komen pelanggan :
- · tempat tinggal yang sangat bagus. kakitangan yang bagus tetapi hotel perlu meningkatkan lif..seperti semuanya baik-baik saja dan disyorkan
- · Super terbaik semua kemudahan kolam renang terbaik memang hebat
- · Daftar masuk dan daftar keluar cepat. Tiba sekitar jam 1 tengah hari dan mereka membenarkan saya mendaftar masuk dengan segera. Biliknya bersih, tempat tidur dan bantal yang selesa. Kami mempunyai penginapan yang menyenangkan di sini. Sarapan pagi juga enak. Akan mempertimbangkan untuk kembali ke sini pada masa akan datang.
Lokasi :
No 1- B,
Jalan Melaka Raya 2,
Taman Melaka
Raya, Melaka City Center,
75000 Melaka
Secara umum, kesemua yang Nora kongsikan dengan korang adalah perancangan Nora dan korang juga boleh bercuti selepas PKP nanti. Sekurang-kurangnya apa yang Nora rancangkan ini dapat membantu industri pelancongan yang sememangnya terjejas akibat pandemic Covid 19.
Remark: Walau ke mana pun kita semua nak pergi
bercuti atau berjalan-jalan, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus
Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri dengan dengan memakai mask,
sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP
yang telah ditetapkan #KitaJagaKita #kitamestimenang
14 Comments
Pandai Kakak Selfie 1 Family, seronokkan cuti bersama keluarga moga lps PKP ni boleh pergi lagi
ReplyDeleteBetul bonde seronok bercuti ngn anak2. sesekali reward. tak sabar nak hbs PKP
DeleteNak sgt gi Melaka. Pernah gi masa sek men n ngaji di UM dulu2 tp mmg keadaan dah byk berubah
ReplyDeleteWahhh lama sangat dh tu abg kie. saya pun jarang ke Melaka dan memang banyak sangat perubahan di negeri tu.
DeleteRindu nak pi jenjalan.. suka gi melaka
ReplyDeleterindukan mamapp. nk jalan-jalan bawak anak-anak. cepatlah habis PKP ni.
DeleteRindu nak bercuti kan Nora.. Kak Sue pun suka bercuti kat Melaka. Boleh lah refer sini nanti..
ReplyDeleteBetul kak sue rindu sangat nak bercuti. bukanlah kata nak berjalan jauh sangat. lebih kepada rindu nak bau hotel. heheheheh
Deleterindu nak ke Melaka...sangat2 rindu :)
ReplyDeleteJom ummi fuzy habis PKP plan ke Melaka ngn family. mesti seronokkan.
DeleteAna pun prefer dok hotel dari homestay. Selalu gak booked dengan traveloka.
ReplyDeleteBetul tu ana rindu nak bercuti kan. Just relax je pun bkn nk jalan2 tmpt ramai org. Cepatlah habis PKP kan.
DeleteHotel the straits tu famous tu
ReplyDeleteYeke. Tak pernah stay situ lagi. Thank you sharing
Delete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿