26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
Assalamualaikum dan salam hujung minggu rakan readers Nora. Esok dah mula bekerja dan anak-anak dah mula kelas PdPr alhamklumlah cuti CNY dah habis. Maka kembali rutin harian macam biasa. Sementara belum start kerja dihujung minggu ni apa kata ikut Nora untuk kenali Mommy Blogger Paling Best 2021 ini. Tapi list yang Nora nak kongsikan tidaklah semua mommy blogger yang ada di luar sana dan ini sebahagian sahaja. Nora yakin ramai Mommy Blogger yang hebat-hebat diluar sana, next time Nora kongsikan yang lain pula.
Ok, sebelum Nora meneruskan 26 Mommy Blogger untuk korang kenali, Nora nak share sikit berkenaan diri Nora dan juga bagaimana wujudnya blog ummizarradotcom ni. Yelah, kot masih ramai yang tak menegnali Nora kan, mungkin sebab nama yang digunakan berbeza. Hehhehe..
Bila Mula Mempunyai Blog?
Ok, Nora sebenarnya terjebak dengan blog ni since 2008 lagi, masa tu Nora bekerja di sektor swasta sebagai Secretary Cum Account. Itupun rakan serumah yang ajar Nora buat blog. Masa tu blog Nora dikira macam diari sebab banyak luahan hati kisah peribadi Nora kongsikan. Tapi, masa tu nama blog Nora bukanlah guna nama yang sekarang ni yelah masih belum kenal apa itu domain semua tu kan. Zaman tu, banyak rakan-rakan blog yang jadikan blog tu medium chit-chat atau istilah blog walking. Seronok tau. Siapa kenal Nora masa tu kenallah, yang pasti rakan sezaman dengan Nora semua power-power dah kecuali Nora yang lambat sikit bab-bab ni. heheheh.
Bagaimana Wujudnya WWW.UMMIZARRA.COM?
Haaaa, masa ni dah tahun 2014 kalau tak silap Nora start tukar nama blog dan tukar dari blogspot kepada domain sendiri. Nama tu wujudnya rakan blogger yang tolong bagi cadangan dan dia yang bantu Nora register domain. Kenapa Ummizarra?? Sebabnya masa tu Nora merupakan single mother kepada seorang anak perempuan bernama Nur Izarra Qistina dan anak panggil Nora sebagai Ummi. Dan dek kerana itu juga semua social media Nora menggunakan nama anak. Senang kata macam nama anak ni membawa rezeki jugaklah.
Start dari tu Nora join event, dan kenali ramai blogger-blogger hebat. Anak Nora jugalah penyebab Nora gigih berblogging dan mungkin rezeki ketika itu blog merupakan salah satu side income walaupun ianya tidaklah membanggakan sangat. Kalau nak diikutkan rakan-rakan blogger dan rakan media hanya mengenali Nora sebagai Zarra atau Ummi berdasarkan pengenalan Nora kepada mereka. Namun lama kelamaan ramai yang dah tahu siapa itu Ummi atau Zarra. Dan sekarang, Nora seorang mommy kepada 3 orang cahayamata. Blog Nora juga kongsikan tentang resepi, parenting, petua, travel dan banyak lagi. Perkongsian bersama keluarga sebagai ibu juga isteri.
Ok, cukuplah serba sedikit, Nora masih lagi belajar untuk menjadi blogger seperti rakan-rakan yang lain dan semenjak pindah ke Negeri Sembilan Nora tidak lagi terlibat dengan event-event seperti mana dulu. Rindu?? Sudah tentu rindu sangat nak jumpa rakan-rakan blogger yang lain. Jadi, kali ini Nora nak kongsikan dengan korang senarai 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 untuk korang ikuti di mana mereka kesemuanya seorang ibu dan juga isteri. Perkongsian mommy blogger berkisarkan kekeluargaan, tips dan macam-macam lagi.
SENARAI 26 MUMMY BLOGGER PALING BEST UNTUK 2021
Jom ikut Nora terjah ke blog Mommy Blogger dengan hanya click pada banner sahaja ! Mudah kan??
1. Siti Awadah (Sis Awa)
Start Blog Since 2017 |
Siti Awadah merupakan owner bagi biters group. Sis Awa merupakan mommy kepada 6 orang anak dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau pakar dalam dunia blog serta gigih menjana pendapatan dengan Adsense. Nora kenal Sis Awa masa nak minta buatkan template blog dan terus Sis Awa offer join Biters. Nora suka dengan Sis Awa sebab seorang yang tidak lokek ilmu. Meh lah kenal dengan beliau mesti korang suka.
2. Ardini Humaira
Start Blog Since 2008 |
Ardini Humaira merupakan seorang mommy blogger kepada 2 orang cahaya mata. Sama tahun sertai blog tapi Nora masih tak kenali Dini lagi masa ni. Dini menulis blog, sejak dari zaman persekolahan dan sekarang full time mommy blogger. Dini pernah keguguran sebanyak 5 kali, dan berhenti kerja ketika mengandung anak kedua. Serius berblog start 2010 lagi. So, kalau korang nak kenali Dini yang suka menulis cerita menarik boleh baca blog beliau ya.!
3. Nabiha Mohd Mashut
Start Blog Since 2006 |
Nabiha Mohd atau dikenali sebagai Bie Mohd. Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE sehingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka. Menarik sangat tau blog Bie Mohd ni, banyak inspirasi aktiviti bersama anak yang dikongsikan. Haaaa dalam tempoh PKP ni bolehlah korang terjah blog beliau untuk buat aktiviti bersama anak-anak korang pula.
4. Mrs Pip
Start Blog Since 2015 |
Mrs.Pip merupakan seorang mommy blogger kepada 3 orang anak. Beliau juga seorang surirumah sepenuh masa dan sangat suka layan KDrama. Beliau berhenti kerja untuk menjaga anak sejak tahun 2013 lagi. Banyak cerita menarik yang dikongsikan oleh Mrs.Pip di blog beliau.
5. Lea Razali
Lea Razali merupakan Ibu kepada 2 orang anak dan suri rumah. Lea mula ingin jana pendapatan melalui blog dengan perkongsian resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog. Jom kenali Lea dengan cerita yang dikongsikan dalam blog.
6. Azlinda Alin
Start Blogging Since 2012 |
Azlinda Alin merupakan Mommy blogger kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga. Nora kenali Linda agak dah lama juga semasa join event sama-sama. Seorang yang peramah dan kuat bekerja. Banyak cerita menarik yang dikongsikan Linda dalam blog beliau.
7. Fuzy Rahamah Hamid
Start Blog Since 2006 |
Fuzy atau dikenali sebagai Umi Fuzy merupakan surirumah sepenuh masa kepada 6 orang anak. Mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS). Nora kenali Umi Fuzy sebagai seorang yang happening, peramah dan sifat keibuan sangat-sangat. Kenali beliau ketika event dan review dulu.
8. Mamy Syu
Start Blog Since 2012 |
Syuhadah atau dikenali sebagai Mamy Syu merupakan mommy blogger kepada 3 orang anak iaitu Naufal, Nufael dan Hawraa. Mamy Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami selama 9 tahun. Wow hebat sangat tau juga tidak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan, review, resepi serta lifestyle sebagai suami isteri PJJ.
9. Alia Farhan Said
Start Blog Since 2008 |
Alia Farhan merupakan mommy blogger kepada 2 orang anak perempuan. Alia suka memasak dan dikongsikan di dalam blognya banyak resepi, traveling dan banyak lagi. Asalnya Alia berblog juga sama dengan Nora sekadar suka-suka namun kini perkongsian di blog beliau banyak yang menarik. Jomlah baca.
10. Wan Rokiah (Wawa)
Start Blog Since 2020 |
Wawa merupakan Ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama menjana income bersama shaklee dan adsense. Wawa juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa. Jadi korang boleh follow Wawa ye.
11. Chaza Xiaojie
Start Blog Since 2011 |
Chaza Xiaojie atau dikenali sebagai CX merupakan mommy blogger kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji. Perkongsia CX di dalam blog sangat menarik penuh dengan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga.
12. Nurul Aleya
Start Blog Since 2020 |
Nurul Aleya mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. Start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi. Haaa bukan kaleng-kaleng ya, dah lama sebagai blogger cuma blog yang baru ni lebih fresh fokus kepada parenting.
13. Ciktom
Start Blog Since 2010 |
CikTom merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata juga fulltime mommy blogger. Pada awal berblog banyak share tips, tutorial blogging & cara buat duit online namun, sekarang lebih banyak create awareness tentang parenting, homeschooling & emas sebagai hobi 😂
14. Yaya Azura
Start Blog Since 2010 |
Yaya Azura merupakan mommy blogger kepada 2 orang anak lelaki. Mula berblog sebagai diari menceritakan perihal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.
15. Rozita
Start Blog Since 2008 |
Rozita merupakan mommy blogger kepada 5 orang anak iaitu 4 lelaki 1 perempuan. Kak Ita bekerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah dan menulis blog bermula sebagai hobi dengan menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak. Kak Ita juga suka berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi. Nora dah jumpa Kak Ita beberapa kali juga semasa gathering dan juga event.
16. Bonde Zaidalifah
Start Blog Since 2010 |
Bonde Zaidalifah atau dulu Nora kenali sebagai Zaidalifah Ashiteru yang merupakan mommy blogger kepada seorang puteri. Bonde menulis blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen. Nora kenali Bonde pertama kali event di Seremban produk review dan sehingga sekarang masih berhubung.
17. Meksah
Start Blog Since 2020 |
Meksah, Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman. Jom kenali beliau.
18. Fadzi Razak
Start Blog Since 2014 |
Fadzi Razak merupakan mommy blogger kepada 2 orang anak lelaki iaitu Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah, Nora kenali Fadzi ketika sama-sama join event dulu. Seorang yang peramah dan tidak kedekut ilmu bila ditanya.
19. Maesarah
Start Blog Since 2007 |
Maesarah . mommy blogger kepada 3 org anak. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah.
20. Atul Hamid
Start Blog Since 2016 |
Atul Hamid Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.
21. Zaza Azman
Start Blog Since 2020 |
Zaza Azman Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti dengan mengguna samaran sebagai Mama monsta, iaitu mama untuk sepasang anak-anak monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisahkan perkembangan anak-anak. Jom baca cerita menarik di blog Zaza.
22. Marina Bashah
Start Blog Since 2019 |
Marina Bashah,merupakan seorang mommy blogger bekerjaya dan ibu kepada 3 anak dara. Selalu kongsi mengenai persekolahan anak, tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.
23. Aida Hanafiah
Start Blog Since 2010 |
Aida merupakan mommy blogger kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.
24. Siti Rohaida
Siti Rohaida, mommy blogger kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.
25. Norhana Rosmida
Start Blog Since 2017 |
Norhana Rosmida merupakan mommy blogger kepada 2 orang anak juga sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi Hana memang suka menulis dari zaman University dan banyak perkongsian di blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.
26. Sharina
Start Blog Since 2010 |
Sharina atau dikenali sebagai opzzpinky merupakan mommy blogger kepada sepasang anak, Edan dan Eshal. Beliau dahulu blog adalah tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki pula, alhamdulilah. Perkongsian di blog tentang lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips yang diceritakan di dalam blog beliau.
Alhamdulillah selesai Nora kongsikan dengan korang 26 Mommy Blogger Paling Best 2021 ini. Bolehlah berkenalan dan terjah blog mereka. Mommy blogger yang Nora kenal kebanyakkannya surirumah yang banyak kongsikan tentang parenting, resepi, aktiviti keluarga, travel, tempat makan dan banyak lagi. Tidak kurang juga mommy blogger yang berkerjaya dan masih punyai masa untuk berkongsi cerita menarik di dalam blog masing-masing.
13 Comments
Tahniah semua yang tersenarai
ReplyDeletemoga ukuwah kita terus berpanjangan dan selamat berkenalan kepada semua singgah sini No. 16 dari www.bondezaidalifah,com
ReplyDeleteWahh ada nama zaza skali.. Thanks awak.. Semoga kita semua terus berkarya lg dgn bagus.
ReplyDeleteinsyaallah akan kunjungi mereka semua
ReplyDeletehi Nora...bila baca ni rindu nak gather gather dengan blogger macam dulu-dulu kan tapi sejak PKP ni rasa malas pun ada nak keluar
ReplyDeleteyeayyyy, ada blog kita tersenarai hehehe...tq Nora
ReplyDeleteYeay.. akak ada jugak dalam list.. terima kasih ya dik!
ReplyDeletesalam.. terima kasih lekatkan blog sis di senarai. salam kenal pd yg belum kenal :D terus sukses ye nora!
ReplyDeleteWow Menarik.. Terbaik list mommy blogger kali ini.
ReplyDeleteWow thank you untuk list ni...memang mencari list blogger nak terjah. Nak tambah reading list. :)
ReplyDeletewow.. terima kasih share. boleh baca semua blog ni nnti
ReplyDeleteproduk iks
cara buat kerepek pisang
ikan segar
keperluan dapur
Terbaik! :D
ReplyDeleteForex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.
Forex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿