Luangkan Masa Bersama Anak Membawa Manfaat
Sememangnya aktiviti riadah mental sangat baik untuk kanak-kanak kerana ia membantu merangsang pertumbuhan fizikal dan mental mereka. Sebagai ibu bapa, luangkan masa bersama anak-anak dengan bermain, berinteraksi bergurau secara tidak langsung membantu proses perkembangan mereka.
Macam Nora yang mempunyai anak-anak sedang membesar terutama yang berumur 1 tahun 10 bulan dan baby serta anak perempuan berumur 10 tahun cukup hujung minggu bermain dengan mereka. Ini memandangkan kami suami isteri bekerja da masa dengan ana-anak sangat terhad.
Namun begitu, sebagai ibu bapa bermain bersama anak-anak dengan memastikan aktiviti riadah dapat dilakukan dengan penglibatan ahli keluarga yang lain, seperti penglibatan ibu dan ayah ini barulah menyeronokkan!
Bermain bersama anak adalah langkah terbaik untuk menyokong perkembangan mereka. Nora dan suami perlu luangkan masa bersama anak yang kecil sekerap yang boleh agar dapat membantu tumbesaran anak untuk membesar dengan sihat, gembira dan aktif.
Sebenarnya, kita tidak perlu memberikan anak barang mainan yang mahal. Sebaliknya apa yang ada di rumah juga boleh diberikan kepada anak-anak seperti kotak kosong atau bekas makanan sebagai mainannya.
4 Comments
bestnya mandi kolam.. comeyy aje swimming trunk baby kecik tu hee :)
ReplyDeleteBukan min lagi sikecik tu ha...seronok betul di mandi kolam...
ReplyDeleteSeronok kan kalau dapat luang masa dengan anak-anak macam nie. Kemahin lagi masing-masing seronok berendam ya..
ReplyDeletealolo comelnya baby .. confirm bebudak suka main air.. takyah pegi bercuti kat umah aje boleh luang masa macam ni kan
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿